When I Miss You...

Layout by : Yeza리키
Background : xoxoxo
Best view by Google Chrome.

BAB 7 DAN 8
Selasa, 7 Jun 2011 | 0 comments

BAB 7

"APA awak buat kat sini?” tanyanya teruja sekali. Tidak menyangka dia akan dipertemukan semula dengan lelaki di hadapannya ini selepas tiga tahun tidak bertemu. Pertemuan yang tidak di duga.

Iskandar tersenyum janggal. Matanya meliar ke sana sini seolah cuba melarikan pandangannya dari terus menatap wajahnya. “Orang yang datang ke restoran Anjung Warisan ni semua nak makan, kan? Tak nak bersenam pulak?” jawab Iskandar janggal gayanya.

Dia tertawa geli hati. “Awak ni masih seperti dulu, kadang-kadang kelakar. Saya suka,” luahnya tulus dari hari.

Iskandar hanya tersenyum paksa.

“Alang-alang dah terserempak ni, apa kata kita makan bersama? Awak free tak?” ajaknya. Terasa rindu pula hatinya pada lelaki di hadapannya itu. Empat tahun tidak bertemu, sudah banyak perubahan pada Iskandar.

“Maafkan saya, mungkin lain kali,” Iskandar menolak ajakkannya lalu meninggalkannya sendirian di situ. Hatinya terkilan.

Pertemuannya dengan Iskandar semalan di Restoran Anjung Warisan telah menyampakan memorinya ke belakang. Empat tahun lalu. Serta merta menggamit perasaan serba salahnya. Hampir empat tahun menjalin cinta bersama Iskandar semasa menuntut di UiTM, enam tahun lalu. Namun, perpisahan berlaku diketika tahun akhir, bila hatinya sudah beralih arah pada si kumbang lain.

Amanina tertunduk sambil membuang pandangan ke luar kondominium mewahnya di balkoni. Hari minggu begini dia lebih selesa duduk menghabiskan masa di rumah selepas penat bekerja. Melapangkan fikirkan. Kondominiumnya yang mengadap bukit sugguh mendamaikan pandangan. Sungguh ajaib ciptaan Tuhan. Kedamaian yang diberikan tidak tertanding dengan apa sekali pun. Namun pertemuan tidak diduga semalam telah mengembalikan memorinya yang hampir pudar.

Iskandar, lelaki yang telah dihancurkan hatinya hanya kerana sekeping hatinya sudah melayang pada lelaki lain. Lelaki itu terlalu tulus mencintainya. Lelaki itu terlalu ikhlas menyanyinya. Namun, kerana terlalu ikutkan perasaan, hati lelaki itu telah dihancuri sewenang-wenangnya.

Dia menyangka cintanya pada Khairulnizam berbalas kerana sikap lelaki itu yang terlalu mengambil berat padanya. Belum pun ada kata putus mengenai perasaan Khairulnizam padanya, dia terlebih dahulu menjauhkan diri dari Iskandar. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Khairulnizam.

Selepas pertama kali Khairulnizam melafazkan kata sayang padanya, hatinya terus terpagut pada sikap ambil berat dan keikhlasan lelaki itu. Dengan tanpa berfikir panjang, lafaz perpisahan terus diluahkan pada Iskandar. Dek kerana mengikutkan hati yang terlalu gahirah mengharapkan cinta Khairulnizam, dia sanggup mengorbankan cintanya yang sudah tersemai selama hampir empat tahun bersama Iskandar. Begitu hebat penangan cinta.

Namun, semester akhir semuanya terbongkar. Sikap ambil berat dan selalu meluangkan masa Khairulnizam untuknya bukanlah lahir dari rasa sayang yang melibatkan hati dan perasaan kasih seorang lelaki pada perempuan. Namun, sayang Khairulnizam untuknya tidak lebih dari sayang seorang abang pada adik perempuannya. Kasih pada seorang sahabat sejati yang boleh berkongsi segalanya.

Bila nasi sudah menjadi bubur, dah tak boleh nak ubah jadi nasi lemak. Bubur lambuklah jawabnya. Di saat hatinya kecewa, tiada siapa yang datang mengubati hatinya. Di saat itu, Iskandar sudah menjauh membawa hatinya yang luka. Di ketika itulah baharu dia merasai, betapa pedihnya terseksa kerana cinta

Tanpa sedar air matanya menitis perlahan. Terkenangkan sejarah lalu membuatkan luka lama kembali mengores. Empat tahun dia cuba menerima kenyataan yang Iskandar bukan lagi milikinya. Empat tahun dia cuba untuk tidak mahu ambil tahu tentang lelaki itu. Dia tidak mahu menghancurkan hati Iskandar lagi. Namun, perkembangan terbaharu lelaki itu tetap sampai ke hujung telinganya melalui Khairulnizam.

Sehingga kini, hubungannya dengan Khairulnizam masih baik sejak mereka habis belajar di UiTM empat tahun lalu. Sangkanya tiga tahun ini sudah cukup untuk dia menghapuskan cinta pertamanya. Namun, ternyata usahanya sia-sia. Selepas pertemuan semula dengan Iskandar semalam, serta merta perasaannya yang sudah dikuburkan kembali diselongkar. Perasaan yang sudah dipadam kembali menyala menghangatkan jiwa.

Apakah dia masih merindukan Iskandar? Apakah dia masih mendabakan kasih Iskandar menyebabkan sehingga kini dia masih belum ada pengganti? Apakah perlu dia maraih cinta Iskandar semula kerana dia tahu Iskandar kini kembali bujang?

***

“ARGH!!!” jeritan itu telah mengejutkan Iskandar yang baharu sahaja selesai mandi. Dengan hanya bertuala dia melangkah keluar biliknya.

“Apa hal ni pagi-pagi dah terjerit-jerit macam Jane panggil Tarzan?” pekik Iskandar dari aras atas. Dia tahu suara jeritan itu milik Rudiana.

Diam. Tiada respon diberikan. Hatinya terdetik rasa cemas. Namun dia yakin, semua ini pasti ada kaitan dengan Maisarah dan Harez yang tidak habis-habis ingin memperdajal pengasuh mereka. Dia berharap Rudiana dapat bertahan. Jika tidak, peninglah kepalanya mahu mencari pengasuh baharu. Langkah disusun menuruni anak tangga.

“Apa hal ni?” tanya Iskandar sudah bercekik pinggang. Kelihatan Harez dan Maisarah sudah duduk berdua di meja makan. Iskandar menapak menghampiri meja makan. Seketika dahinya berkerut.

Mak ai, banyak gila makanan. Ada kenduri ke apa ni? Iskandar terkejut. Ini kali pertama dia melihat hidangan sarapan pagi sebanyak ini. Mi goreng, nasi goreng, roti bakar dan… cucur bawang? Melihat cucur bawang itu dia kembali teringat saat pertama kali dia mengenali Rudiana. Dari tragedi Rudiana tertangkap kerana mencuri cucur bawanglah bermulanya episod perkenalan mereka. Sangkanya pertemuan mereka tamat sampai di situ sahaja. Tidak menyangka pentemuan itu berlanjutan sehingga gadis kasar itu menjadi pengasuh anak-anak tirinya dan… menjadi isterinya. Iskandar malu-malu.

“Jemput sarapan Encik…” Rudiana tidak menghabiskan kata-katanya bila melihat keadaan Iskandar ketika ini. Apa hal dia turun pakai towel aje ni?

“Oh mak kau!” Iskandar terlatah spontan dek terkejut. Terkejut melihat keadaan Rudiana yang dah macam baharu terjatuh dalam kilang tepung. “Kenapa dengan muka awak tu?” tanyanya serius sekali. Dia tidak sedar yang dia hanya bertuala sahaja ketika ini.

Rudiana tersengih sumbing sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. “Bedak sejuk Encik Is, tak sempat nak cuci pagi tadi terus aje bangun buat breakfast ni,” jawab Rudiana selamba. Dalam sembunyi dia menjeling tajam pada Maisarah dan Harez yang sudah menahan gelak melihat keadaannya ketika ini. Muka putih melepak dengan tepung. Semasa dia ingin membuka pintu kebinet dapur untuk mencari kopi, berkampit-kampit tepung dan berbiji-biji telur menghempap mukanya. Dan dia tahu semua ini rancangan Maisarah dan Harez.

Selesai solat subuh pagi tadi dia terus menyediakan semua sarapan pagi yang ada di atas meja makan ketika ini. Dia yang sudah hidup berdikari sejak berusa 15 tahun, sudah terbiasa menyediakan makan seperti ini. Semuanya atas tunjuk ajar Rosalinda. Kalau tiada Rosalinda, mungkin masak nasi pun dia gagal sampai sekarang.

“Bedak sejuk?” Iskandar tidak percaya dengan jawapan Rudiana itu. Dia tahu semua ini angkara Maisarah dan Harez untuk menghalau Rudiana.

“Maisarah, Harez, baik kamu berdua cakap. Apa yang dah kamu berduabuat? Kenapa kamu berdua ni hah? Asyik nak menyusahkan papa aje?” Iskandar sudah naik angin. Kedegilan kedua-dua anak tirinya itu semakin hari semakin menjadi-jadi.

Maisarah dan Harez sudah memuncungkan mulut. Buat-buat tidak dengar pertanyaan Iskandar.

“Relakslah Encik Is, apa hal pagi-pagi dah nak naik angin. Rezeki tak mahu dekat nanti,” celah Rudiana sambil tersengih-sengih.

Iskandar merenung tajam pada Rudiana. Dengan pantas dia melangkah menuju ke dapur. Dia ingin melihat sendiri apa sebenarnya berlaku di dapur sehingga menyebabkan Rudiana bersalut tepung sebegitu.

“Eh, Encik Is nak pergi mana?” halang Rudiana. Masakan dia ingin membenarkan Iskandar ke dapur yang dah macam tongkang pecah itu? Dia tidak mahu Maisarah dan Harez jadi mangsa makian Iskandar di pagi hari yang indah ini.

“Awak ke tepi boleh tak?” pinta Iskandar serius nadanya.

Rudiana masih menghalang laluan Iskandar. Sedaya upaya dia melarikan pandangannya dari terus melihat keadaan Iskandar yang boleh dikatakan separuh bogel itu. Selamba aje lelaki ni pakai towel depan aku. Dia ni tak tahu ke aku ni perempuan? Detik di hati Rudiana.

“Tepilah,” pinta Iskandar sambil mengorak langkah ke depan.

Terkial-kial Rudiana menghalang langkah Iskandar. Dia cuba menolak tubuh Iskandar yang tidak berbaju itu tapi dia tak berani untuk menyentuhnya. Bahaya!!! Bukan muhrim!!! Eh… bukan muhrim ke? Bukan aku dengan dia dah…

“Tepilah,” Iskandar masih berdegil mahu melangkah ke dapur.

Rudiana tetap mengahalang. Sibuk menghalang pun, langkahnya tetap sampai ke dapur.

Dalam keasyikan mereka berdua main tarik tari dan tolak-menolak, tanpa sedar kaki Rudiana terpijak telur ayam yang sudah pecah di atas lantas. Tanpa diduga dia tergelincir lalu hilang imbangan badan. “Argh!!!” hanya jeritan yang dilontarkan.

Bila melihat tubuh Rudiana tiba-tiba hilang imbangan lekas Iskandar memaut tubuh tinggi lampai itu ke dalam pelukannya. Namun, nasib mereka berdua masih disapa malang. Iskandar turut tergelincir akibat cecair telur yang sudah melumuri hampir keseluruhan lantai dapur itu. Masing-masing hilang imbangan badan lalu rebah ke lantai. Iskandar menghampap tubuh Rudiana yang sudah rapi di dalam pelukkannya.

Kepala mereka terhantuk bersama dan bibir mereka saling bersatu. Masing-masing tergamam. Mata bertentang mata. Buat seketika meraka saling berpandangan. Tanpa sedar bibir mereka masih melekat.

“Ehem… ehem!” terdengar suara Maisarah berdehem.

Mereka berdua tersentak, lekas Iskandar meleraikan pelukan. Rudiana sudah menutup mulut. Tidak menyangka semua ini berlaku. Dia tidak dapat terima kenyataan bila bibirnya sudah disentuhi oleh lelaki. Tidak!!! Aku telah dinodai!!! Jeritnya di dalam hati.

“Maafkan saya,” pohon Iskandar serba salah lantas bangun, niat ingin membantu tetapi dia juga turut tergolek. Tiba-tiba dia gelisah. Bibir diketap. Terasa tepung di hujung lidahnya. Badannya juga sudah terkena tepung dan telur yang melakat pada tubuh Rudiana tadi.

“Argh!!!” tiba-tiba Rudiana yag sudah duduk dia atas lantai beralaskan tepung dan telur itu menjerit sekuat hati sambil menutup mukanya.

“Kenapa?” tanya Iskandar cemas.

Rudiana lekas mendepakan tangannya ke arah bawah pusat Iskandar. Lekas Iskandar melihat arah itu.

“Ya Allah!” tidak sedar tualanya sudah terlucut. Dengan pantas dia menacapai tualanya yang sudah jatuh ke lantai lalu membaluti tubuhnya semula. Dengan perasaan malu yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata dia berlari ke aras atas menuju ke biliknya. Sempat dia menjeling sinis pada Maisarah dan Harez yang sudah menahan gelak di meja makan. Rancangan dua beradik itu berjalan seperti yang dirangka. Malahan lebih teruk dari apa yang diduga. Mereka berdua saling bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan.

Rudiana mengintai di sebalik jari-jarinya yang runcing. Selepas dipastikan kelibat Iskandar sudah tiada di situ dia mengalihkan tangannya. “Hui… suwei(malang) aku 40 hari… eee…” dia mengeletik seram. Kenapa dia perlu melihat semua itu pada hari pertama dia berkerja???

***

ISKANDAR meraup wajahnya sambil tertawa sendirian. Malunya aku!!! Teriaknya di dalam hati. Macam manalah tualanya boleh terlucut dengan sendirinya tadi? Dia pun satu, tak perasan pula hanya bertuala. Bila mengingatkan apa yang berlaku di dapur tadi, dia tertawa sendiri. Merah mukanya menahan malu. Rudiana telah melihat apa yang tak sepatutnya dilihat. Malu seh…

Dia melangkah ke hadapan cermin panjang di pintu almari pakaiannya. Tubuhnya yang terdapat kesan tepung dan telur dipandang lama. Dia tersengih sendirian. Satu perasaan aneh muncul di hatinya. Perasaan yang pernah dirasai lapan tahun lalu. Tapi pada situasi yang berbeza. Apakah dia sudah… Ah! Jangan nak mengarutlah Iskandar! Dia menidakan kata hatinya sendiri.

Dia melangkah menghampiri cermin. Wajahnya dipandang dekat di permukaan cermin. Kesan tepung masih bersisa di bibirnya. Dengan lembut dia menyentuh bibirnya sendiri. Senyuman bahagia terukir sendiri. Saat bibirnya melekat dengan bibir Rudiana di dapur tadi terimbas kembali di tabir pandangannya. Lama jugalah bibir mereka bertaut menjadi satu. Adalah dalam 30 saat. Di ketika itulah dia dapat merasa kehangatan bibir Rudiana. Dan…

“Kau jangan nak mengarutlah Iskandar. Kau dah lupa apa yang Zakiah dah buat pada kau? Mencintai kau hanya ingin melarikan diri dari tanggungjawab menjaga anak-anaknya? Lupa apa yang Amanina dah buat pada kau? Memusnahkan cinta kau tanpa sebab munasabah? Meninggalkan kau di saat kau hampir ke menara gading? Masakan kau masih tidak serik dengan apa yang berlaku?” Iskandar berkata-kata sendirian dengan banyangnya sendiri di cermin.

Bukan mudah untuk melupakan cinta pertamanya. Di ditinggal tanpa sebab yang boleh diterima dengan mudah. Amanina meminta putus dengannya tanpa sebab yang sahih. Apakah dengan alasan sudah tawar hati boleh diterima di saat cinta sudah tersemai hampir empat tahun? Satu alasan yang tidak logik untuk akalnya terima. Dari senyum bahagia kini bertukar senyum janggal. Dia kecewa dengan cintanya yang lalu.

Dua tahun lebih dia menderita akibat cinta pertamanya menyebabkan dia menukar tanggapan tentang cinta. Kata orang bercinta selepas bernikah sangat membahagiakan. Namun, jodohnya tidak menyapanya dengan cara itu. Jodohnya tidak semudah yang disangka.

Bertemu dengan Zakiah di sebuah pusat membeli belah dalam insiden pelanggaran kecil telah memutikkan salam perkenalan. Wanita yang lebih tua tiga tahun dari usianya itu nampak anggun dengan gaya rangginya. Dalam masa tidak lebih tiga bulan mereka berkenalan Iskandar terus melamar Zakiah tanpa terlebih dahulu mengenali hati budi wanita itu. Dia ingin mencuba nasib bercinta selepas bernikah.

Namun, jodohnya masih tidak menyebelahinya bila rahsia besar Zakiah terbongkar selepas majlis pernikahanya dengan wanita itu. Iskandar mendesah. Dia melangkah ke jendela biliknya. Mengenang nasib hidupnya yang masih berat jodoh walaupun sudah di ambang perkahwinan. Mujurlah belum ada rasa cinta pada Zakiah. Jadi kekecewaannya tidaklah terlalu mendalam. Permandangan sebuah taman rekriesi yang betul-betul mengadap banglonya di pandang sepi.


Pertemuan semula dengan Amanina di Restoran Anjung Warisan semalam benar-benar menarik jiwanya ke kancah kenangan indah semasa mereka hangat bercinta di UiTM duhulu. Kenangan yang ingin dilupakan. Namun, kemunculan semula Amanina membuatkan semua kenangan lalu kembali terputar semula. Kenapa dia dipertemukan semula dengan Amanina di saat satu perasaan baharu mula memutik? Dia hanya mempu mengeluh.

Beberapa minit kemudian, dia melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri yang terkena tepung dan telur tadi. Mindanya sudah malas untuk memikirkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan cinta wanita. Dua sejarah cintanya sebelum ini benar-benar membuat dia serik. Dia hanya menyerahkan segalanya pada masa dan takdir. Biarlah masa yang menentukanya. Siapa sahaja jodoh yang diberikan-Nya, dia akan terima dengan hati yang terbuka.

***

“POLIS! Lari!!!” pekikkan itu mengejutkannya yang baharu sahaja selesai melakukan kerjanya. Tuala di kaki katil lekas dicapai lalu dibalut pada tubuhnya. Seorang lelaki berbangsa Cina yang sedang terdampar puas di atas katil turut kelam kabut mencari pakaiannya.

“Bos, cepat lari,” pekiknya pada lelaki berbangsa Cina itu sambil menyarung pakaian. Namun, semuanya sudah terlambat. Di saat dia membuka pintu bilik itu, tercegat dua orang angkota polis di muka pintu. Dia sudah tidak boleh melarikan diri ke mana-mana. Kegiatan jijiknya selama ini akhirnya dihidu oleh pihak berkuasa.

Kerana lelaki yang bernama Razmi dia tercampak ke kancah maksiat ini. Kerana cinta palsu lelaki itu dia terpaksa memperdagangkan dirinya. Kerana janji palsu lelaki itu, dia sanggup meninggalkan suami dan anak-anaknya.

Mengikut Ramzi bukan langkah yang betul. Sangkanya Ramzi boleh memberi kemewahan padanya. Namun, janji yang ditabur hanyalah dusta. Ramzi menipunya dengan mengatakan dia seorang ahli perniagaan berjaya. Sanggup memberi kemewahan padanya jika dia mahu hidup bersama lelaki hidung belang itu. Namun, selepas sebulan bersama, barulah dia tahu siapa sebenarnya Ramzi. Seorang ‘bapak ayam’ yang menggunakan tipu muslihat untuk mencari ‘ayam’ baharu untuk di perdagangkan sebagai pelacur. Dan dia salah seorang yang telah menjadi mangsa.


Akibat tipisnya iman di dada dan terlalu mengikut hawa nafsu yang membuak-buak, dia sudah terlanjur bersama Ramzi. Di ketika itu dia baharu sahaja seminggu bercerai dengan bekas suami pertamanya. Selepas habis edah, sangkanya Ramzi akan mengahwininya. Tetapi tidak, Ramzi mengugutnya. Jika dia tidak mengikut kehendaknya dia akan menyebarkan gambar dan video lucah mereka. Baru di ketika itu dia sedar, dia sudah ditipu oleh Ramzi. Namun, keinsafan itu tidak mahu menghampirinya bila dia sendiri semakin seronok dengan kerjanya iaitu dengan memperdagangkan tubuhnya.

Empat tahun hidup bergelumang dengan dosa benar-benar telah menghanyutkan dia ke kancah gelap itu. Hidup terus ditengelami nafsu dan hiburan dunia. Tiada sedikit rasa bersalah. Sehinggalah muncul seorang perempuan setahun yang lalu menghantar dua kanak-kanak kepadanya yang menyatakan kanak-kanak itu adalah anak kandungnya. Awalnya dia tidak percaya. Namun, selepas melihat nama ibu yang tertera pada surat beranak kanak-kanak itu barulah dia mempercayainya.

Hidupnya semakin rumit selepas anak-anaknya tinggal bersama. Semakin sukar untuk membawa pulang pelanggan ke rumah. Terpaksa menyewa hotel-hotel murah berdekatan. Sepanjang anak-anaknya duduk dengannya, sedikit pun tidak dihiraukan. Sehinggalah dia mengenali seorang pemuda kacak yang bernama Iskandar. Dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu tanpa pengetahuan Ramzi. Jika Ramzi tahu dia bermain cinta dengan lelaki lain, sudah pasti dia akan di belasahnya.

Dia intim dengan Iskandar bukan kerana cinta. Tapi dia terpaksa. Dia tidak sanggup ingin memberi anak-anaknya makan makanan dari sumber haram. Dia tidak mahu anak-anaknya hidup sepertinya. Dia rimas bila anak-anaknya ada di rumah. Dia juga terpaksa merahsiakan kewujudan mereka dari Ramzy. Dia takut jika Ramzi tahu anak-anaknya bersamanya, anak-anaknya juga akan senasib dengannya.

Tiga bulan mempermainkan perasaan Iskandar, akhirnya dia menerima lamaran lelaki itu tanpa banyak soal. Selepas majlis akad nikah, semuanya terbongkar atas rancangannya sendiri. Dia tidak mahu terus mempermainkan hati Iskandar yang budiman itu. Dia meninggalkan anak-anaknya bersama lelaki itu begitu sahaja tanpa khabar berita. Dia menerima lamaran lelaki itu bukan kerana harta walaupun dia tahu lelaki itu kaya raya. Dia menerima lamaran itu kerana ingin lari dari memikul tanggungjawab menjaga anak-anaknya. Dia tidak mahu anaknya terus menjamah hasil wang haram melaluinya. Dia ingin nasib anak-anaknya berjaya dan bukan malang sepertinya.

Dia kembali semula ke pangkuan Ramzi dengan hati yang lega bila anak-anaknya sudah diyakini hidup senang dengan lelaki yang hanya sempat bergelar suaminya tidak sampai pun sejam. Tiada pun rasa bersalah kerana telah memainkan hati seorang lelaki yang cuba membawanya ke jalan yang lebih lurus.

Air mata penyesalan menitik membasahi pipi. Kenangan itu benar-benar memayaukan perasaannya. Hampir enam bulan dia duduk di pusat pemulihan akhlak ini. Selepas di dapati bersalah kerana melacurkan diri, dia dimasukkan ke dapat pusat ini. Kebanyakkan insan-insan di dalam pusat ini senasib sepertinya. Hilang pegangan hidup hanya kerana nafsu dunia.

Di saat-saat kesunyian begini barulah dia merindukan cahaya matanya yang tidak pernah diambil peduli sejak kecil. Dia benar-benar menyesal kerana tidak membesarkan anak-anaknya. Dia menyesal kerana tidak menjaga anak-anaknya semasa mereka bersamanya selepas bekas suaminya meninggal dunia setahun yang lalu. Dia menyesal kerana mengabaikan darah dagingnya sendiri. Sembilan bulan dia mengandungkan kedua anaknya, dan menanggung perit melahirkan. Dengan mudah dia membuang anak-anaknya sendiri hanya kerana keseronokkan dunia.

“Zakiah, awak tak apa-apa?” tanya Shila kehairanan bila melihat kawan baiknya itu yang sedang termenung jauh, tiba-tiba menitiskan air mata.

Lekas Zakiah menyeka air matanya. Tangannya kembali laju mencabut rumput yang semakin merenek di dalam pasu bunga di hadapannya. mereka sedang menjalankan aktiviti membersih taman mini yang ada di pusat pemulihan akhlak ini. Pertanyaan Shila dibiarkan tergantung.

***

SEBAGAI pereka hiasan dalaman, kerjanya tidak pernah kenal cuti dan masa. Tangannya ligat mewarna sebuah rekaan baharu hiasan dalaman sebuah kondominium mewah. Sebelum melakarnya melalui perisian komputer, dia lebih sedang merekanya terlebih dahulu melalui lukisan tangan. Ia lebih memudahkan dan tidak merumitkan.

Minatnya hampir sama dengan minat kawan baiknya, Iskandar. Iskandar lebih cenderung pada rekaan luaran yang lebih dikenali sebagai landskap. Dia pula lebih mengemari rekaan dalaman. Menghias dalam rumah mengikut ciri-ciri dan konsep yang diingini pelanggan.

Ding dong! Bunyi loceng kondominiumnya serta merta menggangu fokusnya untuk mewarna. Kebiasaannya bila cuti hujung minggu, dia lebih gemar menyiapkan kerjanya di ruang tamu sambil menonton televisyen dalam keadaan santai. Tiada tekanan dan gangguan. Tapi hari ini, ada pula gangguan yang datang.

“Siapalah yang ganggu cuti aku ni?” rungutnya lalu melangkah menuju ke pintu utama kondominiumnya.

Selak kunci berantai dibuka. Dengan pantas tombol pintu diputar. Tercegat seorang wanita membelakanginya di luar.

“Ya, nak cari siapa?” tanya Khairulnizam teragak-agak. Dari bentuk tubuh dan gaya pakaian wanita itu seolah dia kenal. Da berfikir-fikir sejenak.

Wanita itu berpaling memandangnya. “Nizam…”

“Amanina?” Khairulnizam terkejut dengan kemunculan Amanina di kondominiumnya ketika ini. Jelas mata wanita itu membengkak seolah baharu lepas menangis. Apa sebenarnya telah berlaku? Dia tertanya sendirian.


BAB 8

KEADAAAN Dangan Coffie agak lengang tengah hari ini. Kebiasaannya cuti hujung minggu begini restoran ini akan dipenuhi dengan pelanggannya. Namun, tidak pula hari ini. Di satu sudut yang agak terceruk kelihatan Khairulnizam dan Amanina sedang duduk saling mengadap.

Lama Khairulnizam memandang wajah Amanina yang kelihataan sunggul. Hampir enam bulan tidak bertemu. Tiada apa yang berubah pada wanita itu. Masih sama seperti dulu. Cuma gaya pakaiannya sahaja yang berubah. Nampak lebih bergaya dan anggun sejalur dengan keriernya sekarang sebagai seorang pengurus projek.

“Kenapa ni?” tanya Khairulnizam agak hairan. Kebiasaannya bila mereka bertemu, Amanina kelihatan cerita. Namun hari ini, seolah ada badai kecewa baharu melanda jiwa wanita di hadapannya itu. Wanita yang selalu mengisi ruang hatinya.

Amanina mengeluh halus. Air minumannya dipandang sepi. Apa yang berselirat di hatinya ketika ini sungguh menyesakan. Kenangan lalu kembali menggamit jiwa. Kisah cintanya yang lalu kembali menguasai hati. Kenapa semua ini perlu berlaku?

“Is… I jumpa dia semalam,” jawab Amanina lemah sekali. Sedihnya kembali mengores hatinya. Kenangan lalu kembali bermain di pandangan mata. Di saat dia mengecewakan dan menghancurkan sekeping hati milik lelaki yang bernama Iskandar. Bahananya dia yang menanggung sehingga sekarang.

Khairulnizam mengeluh halus. Lebih sertahun dia tidak mendengar nama itu disebut oleh Amanina. Sangkanya wanita itu sudah boleh melupakan Iskandar. Namun kini, nama itu kembali terbutir di hujung bibir mungil gadis yang telah mengetarkan jiwa lelakinya itu.

Ya, lima tahun lalu dia jatuh cinta dengan gadis itu. Menyayangi gadis itu. Ketika itu mereka berada di tahun akhir di UiTM. Tetapi diketika itu dia tidak tahu yang gadis itu sudah dimiliki cintanya. Gadis itu pun tidak memaklumkan yang dia sudah ada sang pencintanya. Namun, di hujung pengajiannya semua terbongkar bila dia terlihat sekeping gambar yang mencetak gambar Amanina dan Iskandar di dalam sebuah buku kecil milik Iskandar. Dia pasti itu diari Iskandar. Di belakang gambar itu tertulis, ‘Aku dan kekaksihku Amanina’.

Hubungan rahsia antara Amanina dan Iskandar menyebabkan dia terlanjur cinta dengan kekasih kawan baiknya sendiri. Walaupun hatinya kecewa kerana bertepuk sebelah tangan, namun dia tetap mengagahkan diri cuba menerima kenyataan yang Amanina bukan miliknya. Selang sehari kemudian, dia berterus terang pada Amanina mengenai perasaannya pada gadis itu agar tidak muncul salah faham di antara Iskandar dan Amanina kerana sejak dia mengenali Amanina, gadis itu semakin menjauhi Iskandar. Dia tidak mahu menjadi perosak hubungan cinta sahabat baiknya sendiri.

Semasa majlis konvokesyen, barulah semuanya terbongkar bila Iskandar sendiri mengaku bercinta dengan Amanina semasa mereka sama-sama menuntut. Namun, semuanya sudah terlambat kerana di ketika itu hubungan itu sudah putus. Menurut Iskandar, Amanina yang inginkan perpisahan itu. Sehingga kini dia tidak tahu sebab utama mengapa Amanina memutuskan hubungan cintanya dengan Iskandar.

Sangkanya hubungan baiknya dengan Amanina habis sehingga tamat pengajian sahaja. Tidak sangka gadis itu masih mahu menghubunginya dan bertemu dengannya walaupun hanya sebagai kawan. Numun, sehingga kini rasa cintanya masih ada untuk gadis jelita itu. Tetapi perasaan itu terus di pendam kerana dia sudah terlanjur kata. Dia sudah mengakui sayangnya sebelum ini terhadap gadis itu hanya sekadar kawan dan mungkin boleh dikatakan sayang sebagai seorang abang kepada adiknya. Dia tidak boleh melepasi lingkaran itu. Sehingga kini tiada siapa yang tahu akan perasaannya yang sebenar pada Amanina.

“Nizam, awak dengar tak saya cakap ni?” Tanya Amanina bila Khairulnizam tiba-tiba sepi. Kaku. Wajahnya tidak beriak.

Khairulnizam tersentak kecil. Terkejut dengan pertanyaan itu. Terlalu jauh dia tenggelam dalam kenangan lalu. “Di mana kita tadi?”

Amanina mengeluh bosan.

“Okey, you jumpa Iskandar semalam. Jadi, apa yang berlaku? You berborak dengan dia? Bukan itu yang you harapkan?” tanya Khairulnizam bertalu-lalu. Cuba kembali ke topik sebenar.

Semakin sugul wajah Amanina. Pertanyaan Khairulnizam itu walau pun tak banyak, telah menguris hatinya. Dia sedang bersedih, boleh pula Khairulnizam begitu teruja ingin tahun apa yang berlaku semalam. Hatinya semakin terhiris. Sebagai kawan rapat, dia telah menceritakan segalan apa yang telah berlaku di antara dia dan Iskandar empat tahun lalu. Sudah tiada rahsia di antara dia dan Khairulnizam dalam hal dia dan Iskandar. Sebagai kawan baik Iskandar, dia tahu sudah pasti Iskandar sudah menceritakan segala-galanya pada Khairulnizam. Namun, sehingga kini Iskandar masih tidak tahu yang Khairulnizamlah punca dia memutuskan percintaannya dengan Iskandar.

Ya, dia sedar dia terlalu merindui Iskandar. Namun, dia juga mencuba untuk tidak muncul dalam hidup lelaki itu. Dia pernah menghancurkan hati lelaki itu. Jadi, dia tidak sanggup untuk berhadapan denga lelaki itu lagi walaupun hatinya meronta-ronta kerinduan. Dia tahu Iskandar membencinya. Tapi, apakah tiada kemaafan untuknya? Dalam tidak sedar hatinya sentiasa berharap agar ada ruang lagi untuknya di hati Iskandar.

“Saya minta maaf kalau pertanyaan saya mengores hati awak,” pohon Khairulnizam serba salah.

Amanina terus diam. Dia ingin bertemu dengan Khairulnizam hari ini sebanarnya, dia ingin meluahkan rasa hatinya. Namun, kesedihan yang melanda menyebabkan dia belum bersedia. Dia masih berkira-kira. Apakah lelaki di hadapannya itu sudi mendengar luahan hatinya?

“Kalau saya tanya sesuatu boleh?” Khairulnizam meminta kebenaran. Soalan yang bakal ditanyakan ini berkaitan dengan perasaan. Dia mengharap Amanina bisa menjawab soalannya dengan jujur. Jawapan dari Amanina adalah kunci penyelesaian untuk masalah ini.

Amanina angguk perlahan. Wajahnya masih bersedih.

“Kenapa setiap kali kita berbicara fasal Is awak akan berubah mood? Terus jadi muram? Awak masih menaruh hati pada Iskandar?” tanya Khairulnizam lancar. Sudah lama dia ingin menanyakan soalan ini. Baru hari ini ianya terluah. Setiap kali isu Iskandar berbangkit dalam perbualan mereka, pasti akan merubah emosi gadis di hadapannya itu. Jadi, dia perlu tahu apa perasaan sebenar Amanina terhadap Iskandar ketika ini.

Amanina kaku. Lama dia memandang Khairulnizam yang terus menanti jawapannya. Dia bingung. Apakah dia perlu berterus-terang? Atau… menafikan dan terus menafikannya? Dia keliru dengan kata hatinya sendiri.

***

DUA beradik itu saling berpandangan. Sudah pelbagai cara dan rancangan digunakan untuk mengenakan pengasuh mereka itu. Namun, pengasuh mereka itu seolah kebal dengan segala rancangan mereka. Tepung, telur, tergelincir, buat bersepah dan tunjuk protes sudah dibuatnya. Namun, pengasuh baharu mereka itu seolah tiada perasaan. Buat selamba sahaja.

“Kak, adik tengok macam tak apa-apa pun mak cik tu,” sungut Harez.

Maisarah yang sudah terlentok di sofa mengeluh halus. Seperti gaya seorang wanita berkejaya sedang dalam kegelisahan sahaja teletahnya. Pertanyaan adiknya itu dibiarkan tergantung seketika.

“Entahlah dik. Macam – mama kita dah buat, mak cik tu tetap tak kalah. Kakak dah tak ada idea dah nak kenakan dia,” jawab Maisarah hampa.

Harez memuncungkan bibirnya. Sebenarnya, mereka berdua bukanlah suka-suka memperdajal semua pengasuhnya sebelum ini. Tapi, mereka cuma inginkan sesuatu dari papanya. Sesuatu yang diharap-harap ada untuk mereka.

Mereka berdua serentak mendesah hampa. Masing-masing sudah buntu untuk mengenakan pengasuh baharu mereka itu.

***

RUDIANA menahan gelak sambil mengacau masakkannya di dalam kuali. Menyediakan makanan tengah hari untuk mereka. Masak pun apa yang ada dalam peti sejuk sahaja. Kebanyakkan isi peti sejuk di banglo mewah ini adalah makanan dalam tin. Jadi, nak tak nak masak ajelah sardin, kari ayam dan sambal tumis. Semuanya hanya perlu dipanaskan. Tidak perlu bersusah-payah nak mengiling cili, memerah santan dan menangkap ikan. Tuang-tuang, panaskan dah boleh hidang. Nasi di dalam peruk elektrik sudah tanak sejak lima belas minit yang lalu.

Lantak kau oranglah. Aku masak apa yang ada aje. Dia orang ni selalu makan makanan dalam tin ke? Tak bosan ke? Aku yang hidup bujang pun tak adalah makan makanan dalam tin hari-hari. Omel Rudiana sendirian sambil mencapai mangkuk di atas rak. Sempat dia mengintai dua beradik itu di ruang tamu. Asyik sekali berbual. Seolah sedang berdiskusi masalah dunia.

Tengah cari idea untuk cipta rancangan barulah tu nak kenakan aku. Jangan harap kau orang akan menang. Budak-budak ni satu aje kelemahan dia orang. Jangan dilayan sangat degil mereka. Buat tak tahu sahaja. Penat nanti, tahulah dia orang nak mengalah. Detik di hati Rudiana sambil menyenduk kari ayam yang sudah panas di dalam kuali ke dalam mangkuk.

Selesai sahaja, mangkuk-mangkuk yang sudah diisi dengan segala lauk yang dipanaskan tadi, dibawa ke meja makan. Kalaulah ada bahan yang cukup di dalam peti sejuk, sudah pasti dia akan masak masakan yang lebih sedap dari makanan di dalam tin ini.

“Harez, Maisarah mari makan. Makanan dah siap,” laung Rudiana lalu kembali ke dalam dapur.

Harez dan Maisarah melangkah menghampiri meja makan. Setiap lauk yang terhidang di atas meja di pandang. Balik-balik sardin, kari ayam dan sambal tumis. Dengan rasa bosan mereka berdua mula menyusun langkah menuju ke bilik.

“Hah! Nak ke mana tu? Kamu berdua tak lapar ke?” tahan Rudiana sambil meletak mangkuk berisi nasi yang masih berasap di tengah meja.

“Tak ada selera,” jawab Maisarah dan Harez serentak.

“Amboi… kecik-kecik lagi dah pandai memilih. Nanti lapar, perut tu masuk angin. Sakit. Padan muka,” sindir Rudiana.

Serentak mereka berdua menjelir lidah. “Wek!” Mengejek.

“He’eh, jelir lidah pulak. Wek!” Rudiana membalas. Turut menjelir lidah pada dua beradik itu.

Harez dan Maisarah membalas balik. Kemudian Rudiana pun balas lagi. Buat seketika mereka bertiga main jelir-jelir lidah. Rudiana pun satu, boleh pula dilayan perangai dua beradik itu. terserlah sikap keanak-anakannya.

“Apa hal ni?” tanya Iskandar yang tiba-tiba muncul dari arah tangga. Hairan melihat Rudiana dan anak-anak tirinya asyik bermain jelir-jelir lidah.

Harez dan Maisarah terus berlari ke dalam bilik yang bersebelahan dengan bilik Rudiana.

Rudiana menyembunyikan muka. Malunya!!!

Iskandar berkerut dahi memandang Rudiana yang sudah tersengih-sengih di meja makan. Macam budak-budak. Detik di hatinya. Dia yang yang hanya berseluar trek dan t-shirt santai melangkah menghampiri meja makan. Semerbak bau kari ayam sudah mencucuk hidungnya.

“Pandai awak masak,” puji Iskandar lalu melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi. Pandangannya sedaya upaya dilarikan dari bertenbung dengan pandangan Rudiana. Peristiwa pagi tadi masih segar di dalam ingatannya. Saat tualanya terlondeh. Rudiana sudah melihat apa yang tak sepatutnya. Rasa malunya masih menebal sehingga kini.

“Mana ada saya masak. Saya panaskan aje segala makanan dalam tin yang berdosen-dosen kat dalam peti sejuk tu. Cuma benda ni aje yang ada. So, saya panaskan aje.” Jawab Rudiana selamba. Dengan pantas dia mencapai manguk berisi nasi. Nasi disenduk ke atas pinggan Iskandar.

Iskandar kelihatan gelisah. “Emmm… saya nak minta maaf kat awak,” luah Iskandar nampak canggung.

Rudiana berkerut dahi. Mangkuk berisi nasi tadi diletakkan semula di tengah meja.

“Maaf untuk apa?” tanya Rudiana hairan.

“Pasal kat dapur pagi tadi,” jawab Iskandar malu-malu.

“Oh, its okey. Benda tak sengaja, kan? Tak ada siapa salah.” Rudiana tidak ambil kisah pun.

Iskandar angguk. Namun keadaan masih kelihatan serba tidak kena. Ada satu persoalan yang sedang meronta-ronta di benaknya perlu dilepaskan.

“Awak tak nampak apa-apa, kan?” diluahkan juga apa yang terbuku di hatinya.

Sekali lagi Rudiana berkerut dahi. “Nampak apa?” jawab Rudiana dengan soalan.

“Nampak benda yang tak sepatutnya awak nampaklah.”

“Benda? Benda apa?”

“Alah yang tu.”

“Tadi benda, ni yang tu pulak. Aduh… saya tak fahamlah!” Rudiana sudah bosan mahu berkias-kias lagi.

“Ala masa tuala saya terlondeh tulah,” lancar kata-kata itu menyusuri mulut Iskandar. Dia juga turut bosan bila Rudiana terus-terus bertanya. Tahu atau buat-buat tak tahu? Muka Iskandar sudah mula merona merah. Menahan malu.

“Mana ada nampak apa-apa. Merepeklah Encik Is ni,” balas Rudiana lalu melangkah laju ke dapur. Mukanya juga sudah merona merah menahan malu. Sedaya upaya dia cuba melupakan peristiwa pagi tadi. Bila sudah terlupa, Iskandar pula mengingatkannya pula. Masakan dia akan mengaku dia nampak apa yang tak sepatutnya pada Iskandar? Manjatuhkan aib lelaki itu pula nanti. Tapi bukannya dia senagaja. Semua berlaku di luar kawalan dan tanpa di duga. Masa yang berlalu mana boleh diundur.

Lama Rudiana cuba mengawal perasaan malunya sendiri di dapur. Selepas dirasakan dagup jantungnya yang tadi berdegup pantas bila mengingat apa yang telah berlaku pagi tadi di dapur ini, pasti akan membuat dadanya berdebar laju. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Apa yang pasti ini pertama kali dia merasai perasaan ini.

Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembus sepuas-puasnya. Meredakan gelojak jiwa yang berdetak laju secara tiba-tiba. Jag berisi air blue berry yang sudah dicapur dengan ais dicapai lalu dibawa ke meja makan. Sebelum sampai ke meja makan sempat lagi dia menarik nafas berulang kali cuba mengawal perasaannya.

Cawan di sisi pinggan Iskandar dicapai lalu isi jag dituang ke dalamnya. Kemudian, jag diletak di tengah meja. Dia mula menyusun langkah menuju ke biliknya.

“Awak nak ke mana tu?” tanya Iskandar yang sedang menyudu kari ayam ke atas pinggannya.

Langkah Rudiana terhenti dari terus melangkah. Lambat-lambat dia berpaling memandang ke belakang. “Saya nak panggil budak-budak tu makan sekali.” Jawab Rudiana.

“Tak payah. Kalau dia orang lapar pandai-pandailah dia orang nak makan. Mengada-ada. Dia ingat awak tu kuli dia ke? Dah, duduk sini teman saya makan,” arah Iskandar tegas sekali.

Rudiana sudah menelan liurnya kesat.

Apa hal pulak Encik Iskandar nak aku temankan dia makan ni? Aduh… perlu ke aku makan dengan dia? Apa alasan aku nak bagi ni? Desis hati Rudiana kegelisahan. Bukan dia tidak mahu. Tapi… dia pasti akan jadi tidak tentu arah bila berhadapan dengan Iskandar. Hal pagi tadi menyebabkan rasa malunya terus terpagut pada perasaannya.

“Emmm… tak apalah. Encik Iskandar makanlah, saya ada kerja sedikit kat dapur,” Rudiana beralasan.

Lantaklah alasan tu lapok ke tidak. Janji aku tak nak makan dengan dia.

“Saya cakap duduk sini, duduk ajelah!” Iskandar sudah mninggikan suaranya. Dia sudah menggunakan kuasa vetonya.

Hendak tidak hendak, Rudiana melangkah bosan menuju ke meja makan. Bosan bila dipaksa.

Nasib baiklah dia ni bos aku. Kalau tidak, dah lama aku sepak terajang dah.

“Duduk!” arah Iskandar.

Rudiana buat muka sambil melabuhkan punggungnya, terpaksa. Bencinya aku kena paksa!!!

Pantas Iskandar mencapai mangkuk berisi nasi lalu nasi disenduk ke atas pinggan di hadapan Rudiana.

“Eh, tak apalah Encik Is, biar saya ambil sendiri,” tegah Rudiana sambil mencuba merampas senduk di tangan Iskandar. Dia sebagai pekerja tidak layak untuk dilayan sedemikian oleh majikannya. Dia sedar dia hanyalah pekerja Encik Iskandar. Buat seketika mereka berebut-rebut senduk nasik.

Pelepek!

Mangkuk nasi di tangan Iskandar jatuh telungkup di atas pinggan Rudiana. Habis nasi di dalam mangkuk itu tumpah dia atas pinggan Rudiana. Lekas Iskandar kembali duduk di kerusinya sambil membuat muka selamba. Buat muka tidak bersalah. Nasi disuap ke mulut lambat-lambat. Pandanganya di larikan ke arah lain. Dia tahu Rudiana sedang merenung marah padanya.

“Tengok dah tumpah. Siapa nak makan nasi sebanyak ni?” rungut Rudiana bengang.

“Awaklah makan. Habiskan! Jangan nak buang!” jawab Iskandar masih buat muka selamba.

Rudiana sudah mengecilkan kelopak matanya memandang Iskandar. Bengang!

“Dahlah, saya dah kenyang,” ujar Iskandar sambil meletakkan sudu di perut pinggan. Nasinya hanya di jamah sedikit. Hakikatnya dia ingin melarikan diri.

Rudiana masih merenungnya sinis. Tangannya sudah menyenduk nasi yang membukit di atas pinggannya ke dalam mangkuk.

“Lepas kemas semua ni sila bersiap. Pukul dua petang nanti kita keluar pegi Carrefour. Beli barang-barang dapur. Ajak budak tu sekali. Tekak saya tak boleh dah nak terima makanan dalam tin ni. Sama aje rasanya,” dengan selamba Iskandar mengeluarkan arahan. Di hujung kata-katanya sempat lagi dia menyindir. Langkah di susun ke arah tangga untuk ke arah atas.

Rudiana masih merengus dan menjeling sinis. Dah buat salah pandai nak melarikan diri. Wek!!! Rudiana menjelir lidah pada Iskandar yang baharu sahaja ingin mendaki anak tangga.

“Apa awak buat tu? Jelir lidah kat saya erk?” pantas Iskandar menoleh.

Rudiana dengan pantas buat muka selamba lalu menapak ke dapur sambil membawa mangkuk berisi nasi. Melarikan diri. Aduh! Macam mana dia boleh perasan? Sengal betulah aku ni! Dia memaki dirinya sendiri.

Iskandar tertawa senang hati lalu menyambung langkahnya yang tergendala. Geli hatinya melihat gelagat pengasuh baharu anak-anaknya itu. Dia senang dengan Rudiana. Rudiana pengasuh pertama yang memanaskan makanan dalam tin di banglonya menggunakan dapur gas. Pengasuh yang sebelum ini, semua menggunakan microwave. Terdetik satu perasana indah di dalam hatinya. Tapi dia tidak dapat memastikan apakah perasaan itu.

***

“TERIMA kasih Nizam, sebab sudi luangkan masa untuk saya hari ini. Saya tak tahu nak luahkan pada siapa lagi selain awak,” ucap Amanina sambil mengelap pipinya yang sedari tadi dihujani air mata yang sukar untuk dikawal dengan sapu tangannya.

Khairulnizam mengukir senyum. Walaupun senyuman itu nampak janggal, demi sebuah kepercayaan dia perlu mengukir senyuman itu. Sejak empat tahun yang lalu, padanyalah Amanina sandarkan kepercayaan. Dialah tempat gadis itu meluahkan perasaannya. Dan dia sebagai sahabat hanya mampu memberi nasihat dan cadangan untuk mengubatan hati Amanina yang rawan.

“Its okey Nina. Hubungilah saya kalau awak perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan awak. Saya akan setiasa di sisi awak,” balas Khairulnizam spontan menggenggam lembut jemari Amanina.

Amanina terkejut. Lama dia melihat tangan Khairulnizam menggenggam tangannya.

Khairulnizam terperasan mata Amanina lama memandang tangannya. Dengan pantas dia menarik tangannya semula. Tanpa sedar dia telah menggenggam tangan Amanina. Tiada maksud apa-apa hanya sekadar ingin memberi semangat.

Entah menagapa, melihatkan kesedihan Amanina membuatkan hatinya juga turut merasa kesedihan itu. Sedaya upaya dia cuba membahagiakan Amanina. Namun, bila melibatkan hal Iskandar, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia tahu gadis yang masih didambakannya itu masih menaruh sayang pada kekasih lamanya. Demi kebahagiaan gadis itu dia sanggup mengorbankan perasaannya. Kebahagiaan Amanina adalah kebahagiaan dirinya juga. Dapat melihat senyuman Amanina bagai mendapat sinar dalam kegelapan.

“Maafkan saya,” pohon Khairulnizam serba salah.

Amanina hanya senyum. Dia tahu niat Khairulnizam hanya ingin memberi semangat padanya. Tiada niat lain.

Diam seketika.

“Kalau awak rasa awak masih sayangkan dia, lebih baik awak berterus-terang sebelum terlambat. Is dah kembali bujang sekarang,” hanya kata-kata itu yang dapat diberikan sebagai kata-kata semangat untuk Amanina. Walaupun perit untuk diluahkan. Bagaikan bebola berduri melintasi kerongkongnya. Demi keceriaan Amanina dia sanggup mengetepikan hatinya.

Amanina tidak mendengar kata-kata Khairulnizam. Sebaliknya matanya terkaku pada satu arah.

Khairulnizam hairan melihat keadaan Amanina yang tiba-tiba membeku. Matanya memandang ke arah pintu masuk restoran itu. Apa yang Amanina pandang? Dengan teragak-agak dia menoleh ke arah yang sama. Seperti Amanina, Khairulnizam turut terkaku seketika.

Kelihatan Iskandar bersama dua kanak-kanak dan seorang lelaki bertopi, berbaju t-shirt dan berseluar jean. Siapa lelaki itu? Macam pernah nampak. Tapi… di mana ya? Khairulnizam tertanya di dalam hati.

← NEWER
OLDER →