When I Miss You...

Layout by : Yeza리키
Background : xoxoxo
Best view by Google Chrome.

KISAH AKU DAN SITI NURHALIZA...
Selasa, 7 Jun 2011 | 0 comments






antara kolksi album2 dan majalah siti yang ada dlm simpanan..ada byk lg..nie separuh je..

Aku dan Siti nurhaliza....

Kalau korang nak tahu dulu-dulu aku tak pernah pun nak minat kt artis nie..Maklumlah dulu aku kira macam budak NerdLah juga.( nerdlah sgttttttttttt hehe)artis-artis nie aku tak layan pun setakat minat gitu-gitu ajeee..Paling yang dapat menarik perhatian aku pun setakat Fauziah latiff...Itu pun pasal dia comel dan aku suka tgk gaya dia di atas pertas..Tapi One day a long time ago..(Speaking londonlah plk..)aku terdengar satu suara (tolong jangan takut ye nie bukan cerita antu..)Suara org nyanyilah kt radio..Sedap dan merdu lemak berkrim disukai ramai...ala2 iklan susu plk..hehe Selepas tue baru aku taw pemilik suara itu adalah seorg yang bernama SITI NURHALIZA..nama nie mcm tak glamourkan artiskan suka isi nama glamour2 u...kamariah jadi kay...tapi sekarang nama Siti tue adalah satu brand yang popular..

OklH BErbalik story tadi..lepas dengar lagu itu aku pun cari pasal penyanyi ini..Baru aku tahu siti nie study lagi masa nie dia dah Form 5 nak ambil SPM..Korang nak tahu tak lagu yang aku dengar tadi lagu tue adalah JERAT PERCINTAAN..masa nie aku budak-budak lg(kira budak lah pasal sekolah lg hehe)..manalah pernah bercinta..jadi bila dengar lagu cinta nie..layannnn jelah tambah2 yang nyanyi tue memang comel giler..lagilah bertambah2 minat..Jadi mulai dari hari itu aku menjadi pendengar dan fans setia Siti nurhaliza..Tapi yelah dulu zaman sekolah manalah ada duit lagi nak beli album..Duit pun Abah yang kasi..masih lagi dapat BIasiswa BAMA..(biasiswa Abah dan Mak..hehe)jadi korang nak taw apa aku buat...aku kumpul tiap2 hari 1 ringgitkan..duit saku ..jadi lama2 jadi bukuit..(bak kata johan..)Dulu yang paling2 mampu beli pun Kaset..Harganya RM18.90..album pertama Siti jERAT PERCINTAAN..ini juga adalah album pertama yang aku beli..sanggup tue tak makan kt kantin..rela lagi bawa bekal pergi sekolah semata-mata nak berjimat untuk beli album..Iyalah tak akan aku nak mintak duit Abah aku..Sah-sahlah tak dapatkan..Lagipun aku dah diajar kalau nakkan sesuatu itu mesti berusaha..hingga berjaya..Tak cukup duit aku berniaga plk kt kelas aku jual asam boi..korang mesti pernah makan asam masin merah tue isi dengan limau kasturi..Bungkus jual satu 50 sen ..umah aku kan ada limau kasturi..modal niaga pun tak banyak setakat nak beli asam masim je..Laku juga aku punya jualan..last2 berjaya juga aku beli happylah pasal dapat beli album penyanyi pujaan aku..hasil usaha sendiri...Bangga nie..hehe..

Bukan setakat album dan kaset je aku beli dan kumpul..Mana2 majalah yang ada muka siti wlaupun kecil aku tetap beli..nasib baik muka tauke kedai tue tak ada muka Siti klau tak dengan tauke kedai tue aku beli..Dasyat tak...Dulu majalah HAI aku suka kumpul..pasal majalah nie suka ambil Siti jadi cover dan satu lagi pasal murah.Hanya RM2..sekarang dah naik..Budak2 sekolah macam aku nie sukalah beli..Kalau ada muka siti keluar TV buat persembahan akulah org pertama yang duduk menghadap tv..sampai akak aku gelar aku antu siti...hehe..antu tullah akak aku tue..suka suki dia je nak gelar aku antu..

Bila aku dah kerja jadi aku adalah duit untuk beli album Siti..Album Siti nie makin mahal..klau zaman sekolah beli kaset je dah keje dengan CD sekali aku beli..CD siti aku rasa mahal gak,,lagi2 CD konsert dah dekat RM29.90..lagi2 dulu siti selalu keluarkan album 2 kali setahun..album tradisional dan pop..Nasiblah dia keluarkan album 2 kali klau berkali2..mau kopak duit gaji aku sebulan..takpalah untuk SIti memang berbaloi-baloi..

bagi aku siti nurhaliza berade daLam 'class' die yang tersendiri...
ape sahaje yang ade pade die....
memberi 'aura'...
penuh karisma....
penuh dengan keLembutan...
siti comeL....
n she's hot dengan cara die yang tersendiri....
dan bagi aku.. Siti penuh dengan Tuah..!!(Ayat pinjam nie..hehe)

Kawan-kawan aku ada yang Anti Siti..alasannya Siti poyolah..tak mahu bergambar dengan lelakilah.mengada-ngadalah..Banyak songehlah..menyampah Siti asyik menang je tak ada org lain ke..asyik2 muka dia je ambil anugerah..Bernanah juga telinga aku bila diorg kutuk Siti depan2 aku..Saje jekan...Tapi tak akan sebab artis aku nak bergaduhkan..rileks jelah tapi aku tetap back up Siti..Bagi aku Prinsip yang dia pegang itu yang menjadikan dia lain dari lain..Siti merupakan artis pertama yang letak syarat tak mahu bergambar dengan artis lelaki kat dalam majalah.Isu itu konrolversi jugalah,,sampai ada wartawan hiburan yang kecil hati dengan Siti..(poyo betullah wartwan tue...)tak nak bagi publisiti kat Siti lagi..Siti pun masa tue pun hampir2 nak tarik diri dari dunia seni..ingat lagi kata2 keramat Siti masa buat pc pasal isu nie pada wartwan.."Siti tak akan biarlah mak siti menangis kat kg"....tapi lama2 wartwan mula faham prinsip Siti.bila Siti baik dengan wartwan hiburan kt malaysia nie..ada plk komen siti beli wartawan..kelakarkan..mcm2 diorg kata untuk fitnah Siti..Siti naik dengan bakat dan telent yang dia ada..Bagi aku klau artis itu punya bakat wartwan akan cari juga story pasal dia..Siti ada semua itu bakat,suara,muka dan pernampilan juga sikap beliau yang humble dan merendah diri..

teringat lagi..
sorang artis lelaki.. yang waktu tu popular....
bergambar bersama....
tapi.. biLe siti toLak 'sentuhan' dari artis Lelaki tersebut...
terus keLuar statement..
yang Siti tak akan dapat pergi jauh dengan sikap die macam tu...


so.. nah...
seLepas berbeLas tahun..
siti masih tetap ungguL...!!!
langsung tak de 'tuLah' dari artis lelaki tersebut...

Dulu masyarakat sibuk2 nak tahu pasal Siti..dengan sapa siti bercinta..Dan bila Siti umumkan secara langsung kt tv..majlis perkahwinan dia..artis malaysia pertama umum tarikh perkahwinan kt tv..hebat u..dasyat tul penangan siti..hampir semua wartwan di malaysia dan indonesia berkumpul di PC..umumkan calon yang bertakhta di hati Siti ,,Akhirnya terjawap sudah teka-teki calon suami Siti adalah Dato khalid mohd jiwa..atau lebih dikenali sebagai dato k'..masa tue kelompok peminat siti terbahagi dua..satu yang berpaling arah dari siti dlm erti kata lain tak minat dah kt siti..satu lagi yang setia dan menghormati pilihan siti..korang rasa aKU kelompok mana..hehe..aku ada di dua kelompok itu,,Aku memang tak suka dengan pilihan Siti kerana bagi aku Siti berhak dapat yang lagi terbaik dari dAto k'tapi cinta itu butakan..sapalah aku untuk mempersoalkan pilihan siti..Tapi aku tetap terus minat dan setia menyokong siti..Aku tetap hormat pilihan dia..Walaupun masa tue Siti teruk kena hentam sana sini kerana memilih Duda dan digelar perampas suami org..Dan ramalan menyatakan berakhirnya zaman kejatuhan Siti sudah bermula..itu dulu..sampai sekaRang siti tetap popular dan masih terus memonopoli anugerah..artIS PALING POPULAR SEBANYAK 6 KALI.ada artis lain boleh cabar tak..artis paling popular wanita sebanyak 13 kali berturut2...walaupun selepas berkahwin..moral of the story..Kalau artis tue ada bakat besar..cerita atau gossip nie tak akan menghilangkan bakat yang tuhan kurniakan untuk dia..Yang kutuk tue macamlah bagus sgt..hanya sebab siti memilih duda dia teruk dihentam..yang bujang adakah dapat bahagiakan siti..betul2 sempurnalah untuk siti..tak ada sapa boleh jawapkan..doakan yang terbaik untuk siti bukan mengharapkan siti dan dato k berpisah..

Aku makin pelik dengan anti2 Siti bila baca kt ruangan gossip bila siti sampai sekarang tak mengandung...ramai yang mengeji menyatakan itu adalah blasan siti kerana merampas suami org..Diorg yang mengutuk dan mengeji itu adakah tuhan untuk menentukan baik buruk seseorg..Aku rasa Siti pun memang mengharapkan akan memperolehi cahaya mata..iaitu anak..Tapi tak ada rezeki lagi nak buat macammana aku tetap doakan siti akan memeperolehi zuriat satu hari nanti..mesti comelkan macam siti..hehe

Pasal isu Siti pakai tudung atau berselendang..Aku pun tak suka cara dia pakai telekup kepala tue.Walaupun aku minat Siti tak semua perkara siti buat betul..Siti pun manusia biasa juga..mestilah tak lepas dari melakukan kesilapan..Tapi yang duk mengutuk siti tue sempurna sgtkah mentup aurat sgt ke..Bagi nasihat untuk Siti bagus untuk ke arah kebaikan tapi kt malaysia nie ramai lg artis yang seksi kenapa tak tegur pun..kenapa bila siti berbakul2 kutukan yang diterima Tapi ini semua pasal dia adalah Siti nurhaliza...klau org lain nak pakai apa pun diorg tak kisah kot..

Baru2 nie pertengahan tahun lepas aku jumpa Siti nurhaliza masa buat persembahan di karnival tempat aku tinggal..tapi sayang tak sempat bergambar dengan siti..ramai sgt org..lautan manusia,,aku pun dah macam sandin dlm tin duk terhimpit2 nk tangkap gambar siti ..masa tue siti datang dengan dato k' dato k boleh tahan hemsem juga..tgk dlm majalah mcm tak sepadan.tapi bila tgk kt face to face memang nampak sepadan siti dengan dato k'dato k pun baik dan mesra alam..asyik tersemyum je langsung tak kisah bila siti melayan peminat..respeklah kt dia pasal spoting habis..pasal itu kot siti boleh terpikat kat dato k..pasal dia memang memahami siti dan kerjaya seni siti..Akhirnya dapat juga tangkap gambar siti dan dato k'....puas hatilah semyum sampai telinga..hehe

Prinsip Siti yang aku pun pegang sampai sekarang.."Tak hidup dek puji tak mati dek keji" aku kagum pasal dia berjaya sekarang sebagai penyanyi.dan usahawan terkenal bekat usaha gigih beliau..bukan hanya mengharapkan Tuah semata2,,,

Oklah sampai kat sini dulu coretan aku..bagi yang minat siti mesti suka baca coretan ini..bagi yang anti siti mesti tak setuju dengan coretan ini..Tapi ada aku kisahhhhhh.....Yang penting aku tetap minat dengan seorg yang bernama Siti Nurhaliza..tapi aku tak fanatik sgt..aku tetap akan sokong siti..macam lirik lagu siti " panas terik hujan badai kita harungi bersama"

← NEWER
OLDER →