When I Miss You...

Layout by : Yeza리키
Background : xoxoxo
Best view by Google Chrome.

KISAH AKU DAN FAEZAH ELAI..
Selasa, 7 Jun 2011 | 2 comments




FAEZAH ELAI TUN FATIMAH

nana narita..
faezah dlm la dolce amira
lawa stail rambut diakan mcm babydoll..comel giler

DR NAJIHAH CINTA SEMPURNA

ANTARA PROMO ASTRO UNTUK DRAMA CINTA DAN KEADILLAN LAKONAN FAEZAH..






tajuk pun korang tahu pasal apakan...

First sekali aku nak bagitahu aku memang kenal Faezah Elai nie sejak Drama Sutera Maya lagi masa nie Faezah memegang watak Maya SOfea...Tapi aku dulu memang tak ada masa nak layan drama2 melayu kt tv nie..lagi2 masa kerja aku tak menentu..jadi aku lebih suka tgk telemovie dari drama bersiri yang kena mengikuti dari awal hingga akhir episode.lagi2 Sutera Maya ada 60 episode..panjang tue beb...jenuh nak tunggu ke habis.

Al-kisahnya pada satu hari aku terlihat dan tertengok satu drama nie kt tv3..Drama apa lagi tentulah drama ASMARA..Ada satu watak tue iaitu watak Zaliya kerek semacam je..dalam hati aku eleh minah nie apa kes kerek je..mcm bagus sgttt..masa fist time tengok tue memang aku tak minat langsung kat watak Zaliya Tapi kira Faezah telah berjaya membawa watak Zaliya dengan berkesan sekali.Kesian pulak kat Asmara hari-hari kena marah dengan Zaliya..Dapat suami yang hemsem dan baik macam tue pun nak marah2 ke..Mulai dari hari itu aku mulai cari apa-apa sahaja yang berkaitan dengan seorg yang bernama Faezah Elai..apa lagi try tanya pokcik Geoglelah...Selepas itu baru aku reseach pasal NORFAEZAH MD ELAI..atau nama glamour beliau Faezah Elai rupa-rupanya Faezah nie anak jati pulau pinang..Anak mami rupanya patutlah hidung mancung dan comel..

Filem pertama Faezah Elai adalah Otai beliau memegang watak mawar isteri muda kepada Apek..Kebanyakkan wartwan hiburan ramai yang memberi maklum balas yang negatif dan kritikkan terhadap mutu lakonan Faezah Elai sampai ada yang memberi komen Faezah adalah" Perosak industri Hiburan "Jadi aku pun trylah tengok Filem Otai sanggup tue beli VCD filem nie semata-mata nak tgk Faezah Elai berlakon walaupun aku tak minat Filem 2 pROF A.Razak mohaidein..Tapi demi Faezah elai kena tengok juga tak sangka Nasha pun ada juga berlakon filem nie,Azean Idawaty nama-nama besar tue yang dah diiktiraf mutu lakonan mereka..Oklah berbalik kepada story tadi aku rasa Taklah teruk sgt lakonan Faezah dlm Filem nie sampai wartwan tue komen macam tue..cuma mungkin sedikit kaku sahaja tapi inikan Filem pertama Beliau biasalah jika lakonan pertama tidak bagus boleh dibaiki lagi..

Sejak dihentam teruk oleh Wartawan Faezah seakan sudah serik untuk berlakon lama juga beliau tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan banyak melibatkan diri sebagai Pengacara,antaranya Gegar U..Ada antara lakonan Faezah seperti Cempaka berbunga berpasangan dengan irfan roslan tak silap akulah..irfan Roslan nie ada berlakon dengan Faezah dlm Sutera Maya yang memegang watak Mikhail.Dari drama inilah faezah banyak belajar macammana untuk menjiwai watak.Antara drama lakonan faezah yang aku suka adalah Cinta dan keadillan sekarang nie tengah nk cari drama nie balik drama nie drama lama susah juga nak copy drama2 lama nie..Drama Cinta dan keadillan ada ditayangkan di astro ria dlm drama ini Faezah memegang watak seorg peguam pelatih yang berkerja di sebuah firma guaman Rashid AND co ,watak yang dipegang oleh oleh faezah adalah Sara yang menghadapi konflik jatuh hati dengan majikan sendiri iaitu Rashid lakonan Dato Rahim razali yang jauh berumur dari sara.

Tapi faezah lagi menyerlah dlm watak Maya sofea Sutera Maya masa ini peminat mula menyedari kehadiran Faezah dalam dunia lakonan..Watak Tomboy yang beliau jayakan berjaya memikat hati peminat setia drama ini..malah ada setengah komen yang aku baca di blog2 menyatakan lakonan maya sofea lagi berkesan dari maya medihah watak yang dipegang oleh fasha sadha..Kemunculan Faezah dalam Asmara sebagai zaliya juga adalah lakonan yang paling berkesan sekali terutama dlm ASmara 2 mainan emosi yang diberikan oleh Faezah dlm Asmara2 adalah yang paling berkesan dan terbaik pernah aku lihat ,Iyelah bukan senang untuk bermain dengan emosi dalam tiap2 episode yang memerlukan Faezah zaliya menangis kerana telah kehilangan org yang dia sayang..Walaupun Asmara2 mengecewakan dari segi jalan ceritanya tapi Faezah telah berikan yang terbaik untuk watak ini.Jadi aku boleh katakan watak Zaliya telah berjaya membuatkan Faezah Elai mengumpul peminat tersendiri antaranya adalah aku..


Tahun nie ada lima buah filem faezah yang akan dan telah ditayangkan antaranya adalah cun disamping Remy ishak dan Maya karin sebagai watak Kuntom atau tom banyak wartawan dan blogger yang memuji lakonan faezah elai dlm filem cun.Malah ada perkritik filem juga memberi komen Faezah layak untuk tercalon dalam anugerah Perlakon pembantu Terbaik untuk Filem CUN.Malah ada setengah pendapat menyatakan lakonan Faezah telah overshadow lakonan Maya karin..Aku dah pun menonton filem cun dan komen aku faezah telah berjaya menghidupkan watak tom..Tom adalah penyeri dan antara elemen yang mencetuskan tawa aku dari awal hingga akhir filem ini..GOOD JOB faezah..klau ada 10 Bintang aku kasi untuk faezah dlm filem Cun..Filem senjakala pula adalah filem seram yang dilakonkan oleh Faezah sebagai isabella.Tapi filem nie faezah memang seksi masuk kampung pakai skirt pendek...Filem2 lain yang menungu masa untuk ditayangkan adalah Tolong awekku pontianak, Adik manja Return ,Mantera,(Filem trasformens malaysia yang tomok heronya)jadi aku memang dah ready nak serbu pewagam untuk tgk filem2 baru lakonan Faezah..

Ada antara peminat dan wartwan yang memberi komen menyatakan watak2 yang dipegang oleh Faezah semuanya adalah stereotaip iaitu watak2 kasar dan tomboy tapi aku tak bersetuju kerana bagi aku Faezah juga boleh membawa watak2 lain dengan berkesan sebagai contoh Watak Amira dlm la Dolce Amira pernah ditayangkan di tv3 arahan Shuhaimi Baba watak Amira yang manja dan penuh feminin..comel giler faezah dlm drama ini.watak Sara peguam yang berdedikasi dlm Cinta dan keadilan,Tun Fatimah yang bersemangat tinggi dan rela berkorban dalam DENDAM KESUMAT,DR Najihah yang lemah lembut dan seorg penyanyang dalam Cinta Sempurna , Zaliya yang sombong dan liar dalam ASMARA1 dan kemudian berubah menjadi baik dan insaf dlm ASMARA2,Nur yang lemah lembut dan mencintai faris dalam diam Pondok Ingatan Cinta itu antara watak2 yang berjaya dilakonkan oleh Faezah Elai dengan berkesan sekali..mugkin watak2 kasar memang sinonim dengan Faezah Elai sebab itu ada watak2 yang memang menjadi Kuntom yang kelakar dan pengurus yang tomboy dlm CUN,Ariana minah mental dan rock yang selalu bergaduh dengan adik tirinya dlm HARTAMAS,Nana yang gila2 dan minat kat kartun NARUTO dlm NANA NARITA..Bagi aku itulah keistimewaan Seorg yang bernama Faezah Elai SEMPOI,SELAMBA tapi dlm menghayati watak memang first class..Faezah Elai telah berada dlm kelas tersendiri dan mempunyai stail lakonan yang tersendiri..

Faezah telah berjaya membuktikan beliau bukan setakat bersandar rupa dan gaya seksi semata2 sebaliknya faezah memang mempunyai bakat dan telent yang besar yang boleh membanggakan industri lakonan dlm negara jika diberi lebih peluang..Aku kagum dan suka dengan cara faezah berusaha untuk mempertingkatkan mutu lakonan jika korang lihat lakonan faezah dlm OTAI dan filem serta drama dia sekarang memang jauh berbeza sekali lakonan faezah banyak peningkatan aku suka pasal dia berusaha dan tidak patah semangat dengan kritikkan yang diberikan sebaliknya faezah telah memgambil krtikkan itu untuk memberikan yang lebih terbaik ..Ini antara contoh artis yang ingin memajukan diri kerana itu aku bangga kerana meminati bakat seni yang ada pada Faezah Elai

Di forum2 ada juga peminat2 yang memberi komen faezah terlampau seksi dalam pemakaian .Bagi aku sebenarnya aku tak kisah sgt kalau faezah nak seksi pun sebab itu adalah hak dia asalkan lakonan dia mantap itu dah cukuplah lagipun faezah nie walaupun seksi tapi dia bukan jenis clubbing itu yang aku suka lepas balik kerja dia lebih suka duduk kat rumah dan layan filem2 hisdustan (pandai2 je akukan hehe)ada artis harapkan seksi je lakonan ke laut pasal isu yang kecoh faezah rampas suami org itu pun aku tak ambil pot langsung kesian juga kat faezah kena fitnah .Kadang2 aku rasa org yang mengutuk faezah itu macam diorg kenal sgt faezah..Bagi aku dengan sapa pun faezah nak kahwin itu adalah hak dia klau korang minat dia hormatilah prinsip dan pilihan dia untuk tidak menghebohkan siapa bakal suami yang bertakhta dihatinya sekarang..MInatilah faezah kerana bakat seni yang ada pada dia..

OKlah sampai kat sini dulu coretan aku..Moral of the story aku tetap akan meminati Faezah Elai selagi beliau memberikan lakonan yang terbaik dan berkesan untuk peminat2 beliau.Harap2 selepas dah berkahwin Faezah tetap akan terus berlakon sebab industri akan kehilangan seorg bintang yang bersinar antara seribu bintang..

← NEWER
OLDER →