When I Miss You...

Layout by : Yeza리키
Background : xoxoxo
Best view by Google Chrome.

BAB 3 DAN 4
Selasa, 7 Jun 2011 | 0 comments

BAB 3


“YANG kau pakai baju macam ni kenapa? Cubalah pakai baju yang nampak perempuan sikit?” pinta Rosalinda sambil memakai subang di telinga.

Rudiana memakai topinya. Tubuh direbahkan di atas sofa. Kebiasaannya selepas solat Subuh dia akan menyambung tidurnya. Tetapi hari ini, awal-awal lagi Rosalinda sudah memekak menyuruhnya bersiap. Wal hal, waktu pejabat ada dua jam lagi.

“Kau nak suruh aku pakai baju apa?” jawab Rudiana dengan pertanyaan. Rasa kantuknya masih bersisa.

“Pakailah baju kurung ke, balous ke. Ini, balik-balik jean dan t-shirt. Cuba nampak wanita sikit. Kerja yang kau dapat ni jadi pengasuh budak. Bukan mekanik kat bengkel.” Ujar Rosalinda sambil mencapai berus rambut lalu rambutnya diraut lembut dengan berus itu. Rambutnya yang separas bahu terurai lurus.

“Huh? Tak ada kerja aku nak pakai baju-baju macam tu. Menghalang pergerakkan. Lagi pun, kau tu macamlah tak kenal aku. Aku manalah ada baju pelik-pelik macam tu.”

“Baju pelik-pelik?” Rosalinda sudah memandang Rudiana. Masakan baju kurung di anggap baju pelik? “Setiap tahun aku belikan baju kurung untuk kau. Mana kau buang?” sambung Rosalinda. Kali ini nadanya agak garang. Susahnya mahu suruh Rudiana pakai baju yang nampak wanita. Kalau tidak kerana Hari Raya. Jangan harap tubuhnya akan di sarung dengan baju kurung. Itu pun hanya untuk beberapa jam sahaja semasa mahu ingin ke masjid menunaikan solat sunat Hari Raya. Sampai rumah semula, t-shirt dan jean sudah menjadi teman setia.

Rudiana tersegih sumbing. “Aku lupalah aku letak mana heee…”

Rosalinda mengeleng. Tidak tahu mahu berkata apa lagi.

“Alah, pakai macam ni pun okey apa? Janji munutup aurat dahlah,” Rudiana masih mahu menang. Dia selesa dengan pakaiannya. Dia tidak suka dipaksa-paksa. Kalau dia ingin melakukan sesuatu perkara itu, dia tetap akan lakukannya walapun dilarang. Baginya kepuasan diri lebih diutamakan. Hal lain soal kedua. Sebab itu dia sering bertukar pekerjaan. Kena maki dengan ketuanya, ketuanya pula dimaki balik. Siapa boleh tahan?

“Suka hati kaulah Diana oi. Aku dah bagi tahu awal-awal. Aku dah tolong kau carikan kerja. Kalau kau tak dapat kerja ni jangan salahkan aku pulak? Dan lagi satu, pada aku ini peluang yang terlalu berharga untuk kau.”

Rudiana berkerut dahi mendengar kata-kata kawannya itu. Rosalinda yang sedang mengikat rambutnya menjadi satu di hadapan cermin panjang di bahagian tengah rumah di pandang sekilas. Dia kurang faham maksud kata-kata kawannya itu.

“Peluang berharga untuk aku? Maksud kau?”

Rosalinda menoleh memandang Rudiana selepas selesai mengingat rambutnya. Langkah disusun ke ruang tamu. Punggung dihenyak di atas sofa yang berhadapan dengan Rudiana.

“Sebelum ni lebih 30 orang pengasuh anak bos aku tu melarikan diri. Sebab tak tahan pressure dengan kedegilan anak-anak dia. Jadi, disebabkan tertekan, dia sanggup bayar berapa banyak gaji pun yang kau mintak asalkan kau sanggup jaga anak dia. Kau setuju?” jelas Rudiana beria. Lambang duit samar-samar kelihatan pada anak matanya.

“Lebih 30 orang? Apa hal ramai sangat? Degil sangat ke anak-anak bos kau tu?” Rudiana terkejut.

Rosalinda dengan muka selamba angguk kepala.

Rudiana diam sejenak. Berfikir-fikir. Kalau sudah lebih 30 orang mengasuh anak dia, dan semuanya cabut lari. Aku pasti kedegilan anak bos Rosalinda ni bukan calang-calang. Nampaknya kerja aku paling mencabar.

“Kau sanggup ke? Tapi bila difikirkan bayarannya sangat lumayan.” Rosalinda ingin kepastian.

“Okey, aku tak kisah. Alah, setakat budak-budak apa ada hal? Tak apa, biar aku settlekan. Kalau dia orang degil, aku siku ajelah!” Rudiana sanggup!

“Eh, suka-suka kau aje nak siku anak orang. Kena saman baharu tahu.”

Mereka berdua tergelak bersama.

“Kalau kau dah setuju, jomlah!” ajak Rosalinda teruja sekali.

“Eh, agak-agaklah, baharu pukul tujuh setagah pagi. Amboi, aku yang dapat kerja, kau pulak yang excited ni apa hal?” masakan baharu pukul 7.30 pagi Rosalinda sudah mahu ke pejabat kut? Breakfast pun belum lagi.

“Aku ajak breakfast, bukan ke pejabat. Sengallah kau ni!” bentak Rosalinda sambil menunjal kepada Rudiana.

“Woi, apa ni main kepala ni?” balas Rudiana sambil membetulkan topinya. Mereka berdua mula melangkah menuju ke meja makan. Sampai sahaja, Rudiana terlopong kerana terkejut.

“Cucur bawang lagi?”

Rosalinda hanya tergelak.

***

SURAT perjanjian di tangannya dipandang lama. Setiap item yang tercetak di atas kertas tebal bersaiz A4 itu dibaca satu per satu. Berkerut dahinya cuba memahami setiap item. Ada yang boleh diterima. Ada yang mengarut. Yang buat dia tergelak pun ada.

“Boleh ke budak baharu tu terima item-item mengarut ni?” tanya Fauzan masih tergelak. Melucukan sungguh.

Iskandar berkerut dahi memadang Fauzan di hadapannya. “Kenapa pulak tak boleh terima. Apa yang aku buat ni untuk kebaikkan aku. Aku tak nak bila aku dah bayar gaji awal-awal, baharu kerja tiga hari dah cabut lari. Dah banyak aku rugi beb,” jawab Iskandar serius sekali. Pengalaman lalu telah mengajar dia erti kehidupan. Peh! Macam banyak pengalaman aje.

“Tapi, ada item-item yang tak masuk akal. Kau dah macam nak kongkong budak baharu tu. Kalau famili dia tak setuju macam mana?”

“Itu bukan masalah aku Zan. Kalau dia nak kerja ni dia kena persetujui segala item yang aku buat ni. Lagi pun berapa bayaran yang dia mintak pun aku akan bayar mengikut permitaan dia. So, dia setuju dengan item-item aku, dia pun dapat habuan yang dia minta. So, fair and square, kan?” tukas Iskandar.

Fauzan mengeluh halus. Tawanya masih bersisa. Ini kali pertama dia membaca surat perjanjian yang isi kandunganya berat sebelah.

“Kenapa kau diam?” tanya Iskandar bila melihat Fauzan seolah terkelu seribu bahasa.

Fauzan hanya mengeleng. Menghabiskan sisa tawanya sambil membaca sekali lagi item-item yang ada di atas surat perjanjian di tangannya. Cuba mencerna kembali. Namun, logik akalnya seolah tidak mahu menerimanya dengan telus.

“Kau jangan terlepas pandang pulak. Ada ruang kosong kat item kedua tu. Ruang kosong itu untuk jumlah bayaran gaji yang diminta. So, di situlah point item yang memihak budak baru tu,” sambung Iskandar seolah dapat membaca apa yang bermain di fikiran Fauzan.

“Kalau family budak baharu tu tak setuju macam mana? Sebab dalam perjanjian ni, kau nak merahsiakan semuanya. Boleh ke benda ni semua belaku? Sah ke?” Fauzan memunculkan kemungkinan lain.

“Kau bacalah item kat page kedua tu. Masing-masing perlu berlakon…”

“Itu aku tahu…” pintas Fauzan sebelum sempat Iskandar menghabiskan kata-katanya. “Aku cuma tak yakin sama ada ikatan ini sah atau tak. Kau kan tahu benda-banda macam ni mana boleh buat main-main.”

“Sah atau tidak bukan poinnya. Yang penting ianya dijalankan dengan procedure yang betul. Janji dapat sijil. Untuk mengelak dari dicekup dengan orang pejabat agama. Kalau Linda tak cakap budak tu masih bujang, aku tak akan wujudkan syarat-syarat tu,” pintas Iskandar balik.

Fauzan mengeluh halus. Tidak tahu untuk berkata apa.

Tuk! Tuk! Daun pintu pejabat diketuk serta merta menggangu perbualan mereka.

“Masuk!” laung Iskandar.

Pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah Rosalinda di muka pintu.

“Ya Linda, ada apa?” tanya Iskandar penuh dedikasi.

“Budak baharu tu dah sampai. Nak suruh dia masuk sekarang ke?” jelas Rosalinda penuh hormat.

“Okey, suruh dia masuk ke bilik mesyuarat sekarang,” suruh Iskandar sambil tersenyum. Dia berharap budak baharu kali ini dapat bertahan dengan karenah anak-anak tirinya.

Iskandar dan Fauzan saling berpandangan. “Aku balik ofis dululah,” pinta Fauzan. Dia tidak mahu mengganggu perbincangan antara Iskandar dan bakal pengasuh baharu anak-anaknya.

“Eh, relakslah. Aku nak kau ada dalam perbincangan ni,” tahan Iskandar.

“Apa kaitan dengan aku?”

“Ikut ajelah, aku nak kau jadi saksi aku.”

Fauzan akur. Dia sedar kawanya itu pengurus besar di syarikat ini. Dia hanya sekadar pekerjanya hanya mampu turutri segala arahannya.

***

“KAU nak ke mana tu?” tahan Rosalinda sebelum sempat Rudiana melangkah lari. Entah mengapa tiba-tiba sahaja keyakinannya hilang bila menjejakkan kaki di pejabat serba mewah ini. Dekorasi dalamannya sungguh menarik. Almaklumlah sebuah syarikat pengurusan dan rekaan landskap. Jadi, ciri-ciri dekorasi dalaman pejabat ini perlu mengikut tema perkhidmatan yang ditawarkan.

Aduh, kontoilah pulak. Dengan sengihan lebar Rudiana berpaling memandang Rosalinda yang sudah bercekak pinggang sambil mengukir wajah garang di belakangnya.

“Masuk!” arah Rosalinda serius sekali. Dah macam gaya pengetua sekolah pula.

Dengan lemah Rudiana melangkah menghampiri Rosalinda.

“Tiba-tiba aku rasa sakit perut. Minggu depanlah aku jumpa bos kau erk?” dengan selamba Rudiana menuturkan kata-kata itu lalu menyusun langkah meninggalkan pejabat itu sambil menekan perut dan mengukir wajah kesakitan. Mereka alasan palsu untuk melarikan diri. Keyakinan dan keberaniannya di rumah tadi tiba-tiba memipih terbang.

“Selangkah kau melangkah lagi, high heel aku terpacak kat kepala kau,” ujar Rosalinda serius sekali nadanya. Beria dia melobi (memuji) Rudiana pada ketuanya semalam. Tiba-tiba hari ini Rudiana mahu tarik diri di saat akhir. Mahu dia kena hamun dengan ketuanya nanti.

Rudiana mengeluh hampa. Mendengarkan nada suara Rosalinda yang serius dan tegas, tahulah dia yang kawan baiknya itu sudah marah. Mahu tidak mahu dia perlu akur. Tulah kau Diana. Malam tadi kau tak fikir masak-masak. Main terima aje. Tapi apa hal pagi ni aku rasa tak sedap hati pulak? Ngomel Rudiana di dalam hati. Memaki dirinya sendiri.

Dengan perlahan dia memalingkan tubuhnya semula memandang Rosalinda yang masih dengan gaya ibu tiri sedang mendera anak tirinya yang bernama Cinderella. Hui… garangnya. Terkulat-kulat Rudiana melangkah menghampiri Rosalinda dengan wajah kecewa.

“Linda, apa hal lambat sangat ni? Awak ingat saya ada banyak masa ke nak tunggu kat dalam tu?” tiba-tiba suara ketuanya memekik dari arah pintu bilik mesyuarat.

Rosalinda terkejut. Lekas menukar roman wajahnya.

Rudiana terkejut selepas melihat lelaki itu. Dengan sepantas kilat dia memalingkan tubuhnya. Dia tidak mahu kewujudannya di situ diperasani oleh lelaki itu.

Aduh… macam mana lelaki ni boleh ada kat sini? Itukan mamat yang aku pukul kelengkangnya dengan kepala lutut kelmarin. Alamak! Rudiana tersentak. Takkanlah lelaki ni bakal bos aku? Tidak!!! Cabut lari!!!

“Nanti!” langkah Rudiana terhenti. Liur sudah ditelan kesat.

Matilah aku. Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini. Rudiana sudah berdoa di dalam hati.

Iskandar melangkah menghampiri Rosalinda. Berkerut dia memandang manusia bertopi di hadapannya yang sedang berdiri kaku membelakanginya. Macam dia kenal gaya insan itu.

“Ini ke budak yang bakal jadi pengasuh anak-anak saya?” tanya Iskandar pada Rosalinda. Matanya masih memandang dari atas ke bawah tubuh manusia di hadapannya.

Dengan sengihan janggal Rosalinda angguk. Dia melangkah pantas menghampiri Rudiana. “Yang kau berdiri kaku membelakangi dia kenapa? Kau tahu tak dia ni lombong emas kau?” bisik Rosalinda sambil memaksa Rudiana memalingkan tubuhnya mengadap Iskandar.

Rudiana mengeraskan tubuhnya. Dia tidak sanggup menunjukan muka pada lelaki yang bengis di hadapannya itu. Masakan lelaki itu akan mengambilnya sebagai pengasuh anaknya? Mereka bertembung dalam satu insiden yang sangat memalukan. Dia tertangkap mencuri cucur bawang di hadapan lelaki itu. Masakan dia boleh diterima? Jika dia menolak posisi kerja ini, berkemungkinan akan mengugat periuk nasi Rosalinda kerana dibuang kerja. Dia serba salah. Walaupun tubuhnya sudah mengadap lelaki yang telah dipukul kelengkangnya kelmarih. Namun kepalanya terus ditundukkan. Tidak sanggup untuk menunjuk muka pada lelaki itu.

Iskandar berfikir sejenak. Dia seolah kenal dengan manusia di hadapannya ketika ini. Tapi di mana ya?

“Kenalkan bos, nilah budak yang bakal jadi pengasuh anak-anak bos,” Rosalinda memperkenalkan Rudiana.

Dengan perit dan takut, Rudiana mengangkat muka sambil mengukir sengihan tidak bersalah. “Selamat pagi bos,” ucap Rudiana sambil mengangkat tangan.

“Kau!” Iskandar baharu teringat. Wanita itulah yang telah memukul celah kelengkangnya kelmarin. “Kau yang curi cucur bawang tu kan?” Iskandar ingin memastikan.

Rosalinda terkejut. Terlopong matanya memandang Rudiana yang masih tersengih macam kerang busuk. Jadi, lelaki yang ditendang celah kelengkangnya yang telah Rudiana ceritakan kelmarin adalah ketuanya? Belum apa-apa sudah ada rekod buruk. Bolehkah Rudiana diterima?

“Sorry bos,” pohon Rudiana masih tersengih lalu menyusun langkah untuk melarikan diri. “Cabut!!!” dia sudah menyusun langkah laju.

“Nanti! Kalau kau lari aku tak teragak-agak pecat kawan kau ni!” tahan Iskandar serus sekali.

Sekali lagi Rosalinda terlopong. Jatuh rahang. Sampai begitu sekali hukuman yang akan dia terima atas kesalahan Rudiana. Tapi… aku mana terlibat dalam kes ni? Yang pukul bos aku adalah Rudiana. Apa hal pulak aku yang kena buang kerja? Ini tidak adil! Protes Rosalinda sekadar di kerongkong.

Rudiana membuat brek kecemasan. Mujurlah dia dapat mengimbangi tubuhnya dari tersungkur. Ugutan lelaki itu terlalu melampau. Apa kaitan Rosalinda dalam kes ini? Dengan serba salah dia berpaling memandang Iskandar yang sudang menyilang tangan di dada sambil memandangnya tajam. Hanya sengihan yang dapat diberikan.

Rosalinda berlari anak menghampiri Rudiana yang sudah sepuluh meter di hadapan. “Kau jangan nak buat hal Diana. Kalau aku dibuang kerja. Siapa nak bayar sewa rumah? Macam mana aku nak bayar kereta aku?” bisik Rosalinda sambil manarik Rudiana menghampiri ketuanya.

Mahu tidak mahu Rudiana memaksa langkahnya mengahmpiri Iskandar yang terang-terang sedang bengang dengannya. Paiseh(malu) siot! Sudah mengunung budi Rosalinda padanya. Masakan dia mahu membalas budi itu dengan racun? Dengan terpaksa, dia akur dengan apa yang terjadi.

***

ISKANDAR memandang lama Rudiana di hadapannya. Perasaan bengangnya kelmarin kembali membuak. Kerana wanita itu dia terpaksa menanggung seksa yang masih bersisa sehingga kini. Dia agak was-was sama ada gadis di hadapannya itu boleh atau tidak menjadi pengasuh anak-anaknya.

Apa hal pulak dia pandang aku macam tu? Apa? Dia ingat gaya aku macam ni tak reti jaga budak ke? Cucuk mata tu dengan lidi sate yang Rosalinda buat cucuk cucur bawang pagi tadi, baharu tahu. Biar buta mata kau! Sempat lagi Rudiana memaki lelaki di hadapannya itu di dalam hati.

Fauzan dan Rosalinda yang dipaksa berada di dalam bilik mesyuarat itu saling berpandangan. Mereka perlu ada di dalam bilik itu pun kerana perlu manjadi saksi untuk memeterai satu perjanjian sebentar lagi.

“Kau dah fikir masak-masak nak terima kerja ni?” tanya Iskandar serius sekali.

Rudiana terus melarikan pandangan. Serba salahnya pasal hal kelmarin masih bersarang di kepalanya. Boleh ke dia bekerja dengan lelaki yang pernah dia pukul kelengkangnya?

Ni sesi temuduga ke apa ni? Agak-agaknya, dia akan balas dendam pada aku ke nanti? Tapi, aku mana ada pilihan lain. Aduh… susahnya kalau tiada pilihan ni. Aku tak boleh pentingkan diri. Kalau dia tak ugut nak berhentikan Rosalinda. Sah-sah (tentu) aku dah blah (pergi) tadi.

“Emmm…” Rudiana gugup.

“Jawablah! Aku tanya ni!” bentak Iskandar.

“Ya! Saya sanggup. Kalau saya tak sanggup saya tak datang hari ni!” hampir terkencing Rudiana dibuatnya bila dibentak sedemikian. Dia ni nak bunuh aku ke apa ni? Kalau kau ada penyakit jantung, tak ke aku dah arwah sekarang ni?

Fauzan dan Rosalinda yang turut ada di dalam bilik mesyuarat itu sudah mengurut dada. Terkejut bila Iskandar tiba-tiba menengking.

Iskandar menyembunyikan senyum. Best jugak dapat mengertak perempuan yang tak berapa perempuan ni. Inilah masanya untuk aku balas dendam. Dalam diam Iskandar rupanya ingin membalas dendam.

“Kau pasti?” Iskandar ingin kepastian.

Rudiana memandang Rosalinda sekilas. Kelihatan Rosalinda sudah beria angguk kepala supaya dia bersetuju.

“Ya, saya pasti.” Jawab Rudiana was-was. Ikutkan hati memang dia tidak mahu kerja ini. Tapi, demi Rosalinda dia memaksa diri untuk terima.

Iskandar tersenyum puas. Fauzan di pandang sekilas.

“Aku tak naklah jadi macam sebelum ni. Awal-awal lagi aku dah bagi gaji sebulan. Tapi, tak sampai seminggu berkerja, dah cabut lari.” Jelas Iskandar walaupun tidak ditanya. Untuk kali ini dia telah mengambil langkah berjaga-jaga.

Rudiana membetulkan duduknya. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan pada bakal majikannya itu.

“Kalau tak keberatan, boleh saya tanya. Kenapa pengasuh sebelum ni lari? Degil sangat ke anak-anak Encik Iskandar tu?” dengan selamba Rudiana bertanya. Ini untuk kebaikkan dia juga. Dia perlu tahu juga situasi yang sebenar. Supaya tidak berlaku anjakkan paradigma yang melampau nanti.

“Tak tahan sebab anak-anak saya tu degil. Saya harap awak dah fikir masak-masak untuk kerja ni. Berapa gaji pun yang awak nak saya akan bayar. Tapi, kita kena buat satu perjanjian,” jelas Iskandar serius nadanya.

Simbul duit sudah terpancar pada anak mata Rudiana. Tidak ketinggalan di mata Rosalinda juga.

“Saya sanggup!” tanpa berfikir panjang, Rudiana sudah bersetuju. Dia belum tahu bahana yang bakal dia lalui nanti.

Iskandar sudah tersengih. Nampaknya budak ni mata duitan. Dersis di dalam hatinya.

“Kalau dah macam tu sila turunkan tandatangan kat surat perjanjian ni,” Iskandar menghulurkan surat perjanjian yang sedari tadi di tangannya pada Rudiana.

“Sign mana?” tanya Rudiana selepas surat perjanjian itu sudah di tangannya.

Rosalinda di sebelahnya terkejut. Terbuntang matanya memandang Rudiana yang dengan selamba terus sahaja ingin menurunkan tandatangan tanpa membaca item-item yang ada di dalam surat perjanjian itu. Fauzan dan Iskandar juga turut terkejut.

“Pen,” pinta Rudiana pada Iskandar. Apa yang dia dapat lihat ketika ini adalah simbul duit.

Dengan teragak-agak Iskandar menghulurkan pennya. Dia masih terkejut dengan tindakkan Rudiana. Betul-betul terdesak budak ni. Desis di dalam hatinya.

“Tandatangan mana ni?” ulang Rudiana sambil menyelak setiap helaian surat perjanjian itu. Mencari ruang yeng perlu di tandatangan.

“Page akhir, bawah sekali,” jawab Iskandar sudah tersenyum. Tidak perlulah dia peningkan kepala mahu cari pengasuh lagi. Mahu tidak mahu, Rudiana perlu turuti setiap item yang ada di dalam surat perjanjian itu selepas gadis itu menurunkan tandatangan.

Dengan rakus, Rudiana terus menyelak ke muka surat terakhir. Selepas ruang yang telah diberitahu oleh Iskandar ditemui, dengan tanpa berlengah tandatangan terus diturunkan.

Rosalinda baharu sahaja ingin menahan, tapi Rudiana sudah selesai tandatangan. Dia terkaku. Seperti ingin menangis dia dibuatnya. Begitu mudah Rudiana menurunkan tandatangan sebelum membaca isi kandungan surat perjanjian itu.

“Saya nak sepuluh ribu ringgit sebulan. Boleh?” pinta Rudiana sambil mengukir senyuman paling manis serentak mengerdipkan kelopak matanya berulang kali.

Iskandar mencapai surat perjanjian yang dihulur kembali oleh Rudiana. “Okey,” akur Iskandar lalu menulis jumlah yang dipinta oleh Rudiana itu pada ruang yang sepatutnya di atas surat perjanjian itu.

Rudiana sudah tertawa senang hati memandang Rosalinda di sebelahnya yang sudah buat muka ketat.

Fauzan tidak terkata apa-apa. Dia masih terkesima. Terkejut. Begitu mudah wanita itu menandatangani perjanjian itu. Adakah wanita itu bisa terima apa yang terkandung di dalam surat perjanjian itu bila perjanjian itu sudah sah kelak?

BAB 4

“APA??? Kahwin dengan dia?” pekik Rudiana terkejut. Berkali-kali dia membaca isi kandung perjanjian yang telah ditandatangannya tanpa membacanya terlebih dahulu kelmarin yang masih tersisip rapi di tangannya. Perjanjian itu sudah sah. Sudah ada cop setem hasil. Itu menandakan perjanjian itu boleh dibawa ke mahkamah jika ada salah seorang dari mereka melanggar isi perjanjian.

Rosalinda menjeling menyampah. “Dahlah Diana. Jangan nak buat-buat terkejut. Feeling konon-konon jadi mangsa keadaan. Bukan ke kau dah setuju kelmarin. Dengan selamba kau sign tanpa membaca apa yang terkandung di dalam surat perjanjian tu. So, kenapa nak terkejut pulak?” balas Rosalinda bengang. Sengaja dia menyindir Rudiana. Dek terlalu taksub dengan jumlah gaji yang dipinta, Rudiana langsung tidak mahu ambil tahu item-item yang ada di dalam surat perjanjian itu sebelum mematrinya.

Laju Rudiana memandang Rosalinda. Sampai hati kawan baiknya itu menyindirkan sedemikian. Bukan nak sokong!

“Sampai hati kau cakap macam tu. Aku telah dianiaya tahu tak?” Rudiana sudah beremosi. Sedih bila kawan baiknya sendiri tidak menyebelahinya.

“Dianiaya apa bendanya? Kau ketuk bos aku sebulan sepuluh ribu ringgit. Gaji Encik Fauzan tu pun tak sampai sepuluh ribu. Kau yang hanya jadi pengasuh anak-anak dia dapat gaji sepuluh ribu. Kau ni tak beragaklah Diana.”

“Kau kata bos kau tu sanggup bayar berapa aje, kan?” Rudiana mempertikai.

“Memanglah. Tapi beringatlah sikit. Mintak lima ribu sudahlah. Nah sekarang, nak tak nak kau kenalah ikut setiap item yang ada dalam surat perjanjian tu. Dia dah bayar berapa yang kau mintak. So, kau kenalah ikut syarat dia. Lagi pun surat perjanjian ni dah sah di sisi undang-undang. Kalau kau langgar, lokaplah tempat kau,” omel Rosalinda penjang berjela.

Rudiana sudah merengek. Masakan dia boleh turuti perjanjian ini? Langkah disusun lemah menghampiri Rosalinda. Punggung dihenyak di atas sofa bersebelahan Rosalinda. Dengan perasaan sedih Rudiana melentokkan kepalanya di bahu kawan baiknya itu.

“Yang kau nak menangis ni apa hal? Bukan ke ini yang kau nak?” tanya Rosalinda masih menyindir. Rasa bengangnya masih bersisa. Sikap Rudiana yang tidak mendengar cakap kelmarin telah mengores hatinya. Dia diabaikan. Bila hal ini sudah berlaku, dia juga menjadi mangsa rengekkan Rudiana. Bukan dia rimas, tapi sikap kurang berhati-hati Rudiana itu membuatkan dia terkilan. Jika berginilah sikap Rudiana, tidak mustahil dia boleh ditipu dengan mudah kelak.

“Janganlah perli aku lagi,” rengek Rudiana sedih sekali.

Rosalinda tersayat dengan rengekkan Rudiana. Sayu. Dia tahu Rudiana sudah tiada sesiapa di dunia ini. Hanya pada dia Rudiana mengadu dan menumpang kasih. Dengan perlahan dia merangkul bahu Rudiana lalu diusap lembut.

“Nak tak nak kau kenalah ikut syarat perjanjian tu,” hanya itu sahaja yang Rosalinda dapat luahkan sebagai kata pujuk. Ingin menentang, mustahil. Segala-galanya sudah sah.

Rudiana mengangkat muka lalu wajah Rosalinda dipandang sedih. “Kau nak aku kahwin dengan bos kau tu? Sampai hati. Kau tak kasihankan aku ke?”

“Kau ada pilihan lain ke?” balas Rosalinda dengan pertanyaan.

Rudiana terdiam. Tertunduk sedih. Air mata yang sudah berjejeran di seka dengan baju. Dia benar-benar terkejut selepas membaca item-item yang ada di dalam surat perjanjian di antara dia dan Iskandar. Salah satunya dia perlu bernikah dengan lelaki itu.

Syarat lain seperti tinggal serumah, waktu kerja dari celik anak-anak Iskandar sehingga tidur anak-anaknya dan membuat kerja rumah masih boleh diterima. Tapi, syarat dia perlu bernikah dengan Iskandar itu, langsung tidak boleh diterima. Tidak pula dijelaskan dengan terperinci mengenai item itu.

“Linda, aku tak nak kahwin dengan dia,” rengek Rudiana lagi lalu memeluk tubuh Rosalinda. Dia tidak sanggup untuk menunaikan perjanjian ini. Di dalam perjanjian itu, jika dia ingin berhenti sebelum tiga bulan, dia perlu membayar balik jumlah gaji bulanan yang dipinta sebanyak dua kali ganda untuk tiga bulan berturut-turut. Mana dia nak cari RM 60 000 dalam masa tiga bulan?

Rosalinda semakin sayu. Dengan perlahan pelukan kawanya itu dibalas. Belakang tubuh Rudiana diusap lembut. Dia juga turut simpati. Jika menurut surat pejanjian itu, dua minggu dari sekarang Rudiana akan mula bekerja. Rudiana akan berpindah ke rumah ketuanya. Serta merta mengubah status Rudiana dari bujang kepada berkahwin. Dari bujang kepada isteri orang. Dia masih terkejut dan belum boleh terima sepenuhnya hal ini bila memikirkan Rudiana akan bergelar isteri kepada Pengarah Syarikat Wasilah Landskap.

Selepas ini dia akan kesunyian duduk di rumah ini. Hilang keceriaannya. Rudiana tidak akan duduk di rumahnya lagi selagi khidmatnya diperlukan. Rindulah dia pada keceriaan Rudiana nanti. Dia mengeluh sedih.

“Nasi dah jadi bubur. Kalau kau baca isi kandungan perjanjian ini kelmarin, pasti semuanya tak akan berlaku. Walaupun kau setuju mungkin kau akan meminta bayaran yang lebih tinggi. Yelah, ia melibatkan status diri kau. Buatnya tiba-tiba bekas isteri dia muncul nak ambil anak-anak dia balik, mesti kau akan berhenti kerja. Jadi, bos aku akan cerikan kau. So, kalau kau minta tambahan item kelmarin iaitu pampasan status janda, pasti boleh. Tapi sekarang…” pujuk Rosalinda. Dalam pujuknya sempat lagi merancangkan rancangan lain. Tetapi, sudah tidak berguna. Sudah terlambat.

Rudiana meleraikan pelukan. Wajah Rosalinda dipandang benci. “Aku tengah bersedih ni sempat lagi kau memikirkan hal keuntungan kan?”

“Mestilah, kau dah korbankan status bujang kau. Perlulan bos aku tu bayar pampasan status janda bila kau kena talak nanti. Kau ingat kalau orang tahu kau janda, saham kau akan terus melambung? Lelaki bujang yang kat luar sana sah-sah terus reject kau walaupun kau dengan bos aku tak buat apa-apa,” jelas Rosalinda.

Rudiana terdiam seketika. Kata-kata Rosalinda itu ada benarnya. Kenapalah dia tidak terfikir apa yang Rosalinda fikir? Menyesal sungguh tidak merujuk pada Rosalinda sebelum menandatangani surat perjanjian itu kelmarin. Tapi apa yang bisa dia lakukan lagi? Semuanya sudah berlaku. Masa yang berlalu tidak bisa diulang semula.

“Tulah kau, bodoh! Tak nak baca dulu sebelun sign,” Rosalinda menunjal kepala Rudiana.

“Sampai hati kau kata aku bodoh,” rajuk Rudiana sambil menyungutkan bibirnya.

“Dah memang betul, tak kan aku nak kata kau pandai?”

Rudiana buat muka.

“Dahlah aku nak balik ofis. Aku balik ni pun nak bagi salinan surat perjanjian ni pada kau. Bersiap sedialah kau nak bergelar isteri ya?” pinta Rosalinda lalu bangun dari duduk. Sempat langi memerli. Waktu makan tengah harinya hampir tamat.

“Aku nak ikut!” pinta Rudiana sambil mencapai topi birunya di atas meja kecil di sisi sofa.

“Nak buat apa? Kalau nak diikutkan dalam perjanjian tu, kau bernikah dengan bos aku dua minggu lagi tau. Itu pun kat pejabat agama. Depan hakim. Amboi, dah tak sabar pulak ke?” perli Rosalinda sambil bercekak pingang.

“Bukanlah! Aku nak buat perhitungan dengan bos kau tu. Macam tak adil ke perjanjian ni. Aku nak dia perjelaskan kenapa aku perlu bernikah dengan dia,” jawab Rudiana.

Rosalinda mengeluh bosan. Dia sudah masak dengan perangai keras kepala Rudiana. Semakin ditegah, semakin menjadi-jadi. Lebih baik akur dan menurutinya sahaja. “Lantak kaulah. Jangan libatkan aku sudah!” akur Rosalinda lalu mencapai kunci kereta di atas meja kopi.

Rudiana sudah tersengih lalu menbontoti langkah Rosalinda keluar dari rumah.

***

PINTU pejabatnya kedengaran diketuk. Fokusnya pada lakaran landskap sebuah taman rikreasi di Taman Permas Jaya terganggu. Tanpa melarikan pandangan, Iskandar melaung perkataan masuk.

Beberapa saat kemudian kedengaran bunyi engsel pintu berbunyi. Kedengaran juga bunyi hentakkan kasut menghampiri mejanya. Tanpa mendengar suara, beberapa helai kertas bersaiz A4 diletakkan di hadapannya. Fokusnya serta merta hilang. Dengan perasaan sedikit bengang dia mengangkat muka. Dia kaku seketika.

“Saya nak penjelasan dari Encik Iskandar mengenai salah satu item perjanjian yang ada di dalam surat perjanjian ini. Item yang dianggap gila dan tak masuk akal,” sembur Rudiana dengan wajah ketat. Dengan tiada salam, terus sahaja ke topik utama mengapa dia berada di dalam pejabat ini.

Iskandar menjeling siling pejabat. Ini yang aku bosan ni. Nak melayan karenah dia. Kelmarin tak nak baca habis-habisan sebelum sign. Sekarang baharu nak melalak macam anjing tersepit apa hal? Iskandar mengabaikan kerjanya. Tubuh di sandar relaks pada kerusi.

“Kalau ya pun jemput…”

“Terima kasih,” pintas Rudiana lekas sebelum sempat Iskandar menghabiskan kata-katanya. Punggung dilabuh kasar di atas kerusi empuk di hadapan meja Iskandar. Merengek kerusi itu menerima benanan secara mendadak. Jika kerusi itu boleh bercakap, pasti sudah memekik kesakitan.

Iskandar mengeleng kepala. Belum apa-apa bakal pengasuh barunya sudah mula berkerenah.

“Item mana yang Cik Rudiana tidak jelas,” sengaja Iskandar menekankan perkataan ‘Cik’ itu. Dilahirkan sebagai perempuan tapi nak bergaya kasar persis lelaki. Pelik betullah minah ni. Sempat lagi Iskandar mengkritik di dalam hati.

“Item, saya kena bernikah dengan Encik Iskandar. Apa maksud semua tu? Kenapa perlu ada item tu? Apa motif Encik Iskandar mahu menikahi saya? Kita baharu kenal, masakan boleh bernikah? Encik Iskandar ni waras ke tidak? Ke… dah gila? Encik Iskandar ingat bernikah ni macam main pondok-pondok?” tujah Rudiana dengan tujuh soalan sekali gus.

Iskandar menelan liur. Mai ai… banyak gila soalan. “Tak boleh ke Cik Rudiana tanya soalan satu per satu?”

Rudiana merenung tajam lagi sinis. Dalam keadaan serius begini Iskandar masih mahu bercanda? Hal nikah kahwin bukan hal kecil. Hal besar.

“Kalau awak tak setuju kenapa sign kelmarin?” tanya Iskandar selamba. Dia tahu soalan itu bakalan membuat wanita di hadapannya itu terkedu.

Rudiana terdiam. Gagau. Dia akui yang dia terlalu teruja dengan bayaran yang bakal dia terima sehingga lalai untuk membaca segala item yang ada di dalam surat perjanjian mereka sebelum menurunkan tandatangan. Nah sekarang, bahananya dia sendiri yang menanggungnya.

“Tulah Cik Rudiana, lain kali sebelum sign apa-apa surat perjanjian, baca dengan teliti dulu item-item yang ada di dalam surat perjanjian tu.” Nisihat Iskandar.

“Bila hal bergini berlaku, dah tak boleh buat apa-apa dah. Sebab surat perjanjian ini sudah sah di sisi undang-undang. Dah ada setem hasil. Nak tak nak awak kena turuti segala item yang ada atau… awak sanggup bayar RM 60 000 dalam masa tiga bulan?” sambung Iskandar lagi.

Rudiana sudah mengeluh. Dia buntu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Menjadi pengasuh anak-anak Iskandar dia boleh terima. Tapi ingin menjadi isteri Iskandar… dia sangsi.

“Apa tujuan Encik Iskandar menyelitkan syarat ini? Kenapa kita perlu bernikah?” soalan yang ingin ditanya sedari tadi akhirnya diluahkan juga.

Iskandar mengeluh halus. Terlalu naif wanita di hadapannya itu. “Kalau mengikut perjanjian asal, item tu tak ada. Tapi, bila Rosalinda mengatakan yang awak bujang dan belum pernah berkahwin, nak tak nak saya perlu tambah item itu. Saya dah tebalkan huruf dalam item tu, tapi awak tak tak baca,” jawab Iskandar. Kali ini dia sudah mula menggunakan bahasa yang lebih sopan.

“So, apa motif Encik Iskandar tambah item tu?” tanya Rudiana inginkan kepastian.

Takkanlah dia dah syok kat aku kut? Malunya. Rudiana tersipu-sipu malu.

“Okey saya perjelaskan. Awak tu perempuan walaupun…” Iskandar sudah melihat Rudiana atas bawah.

“Amboi mata, tengok apa tu?” maki Rudiana sambil menutup kawasan dadanya dengan tangan bila melihat mata Iskandar merayap ke seluruh tubuhnya.

Iskandar melarikan pandangannya. Perempuan rupanya. Baharu perasan. Detik di hatinya. Tergetar sedikit jiwa lelakinya.

Rudiana menjeling benci. Dasar duda gatal. Ni belum jadi bini. Kalau dah jadi bini dia nanti. Entah apa yang akan ditengoknya nanti. Seramnya!!! Pekik di dalam hati Rudiana sudah memikirkan hal yang bukan-bukan.

“Maafkan saya, saya sambung. Awak perempuan dan saya lelaki. Terkandung di dalam surat perjanjian itu, awak kena duduk di rumah saya. Menjadi pengasuh anak-anak saya 24 jam sehari berbaloi dengan upah yang awan sendiri tetapkan. Saya setuju dengan jumlah gaji yang awak nak dan awak pula setuju dengan syarat saya. Pernikahan ini perlu dilakukan secara sah sebab untuk mengelak kita di tangkap khalwat. So, pernikahan di dalam perjanjian ini adalah bertujuan untuk memiliki sijil dan kad nikah sahaja supaya hal memalukan itu tidak berlaku. Awak nak ke masuk paper kena tangkap basah?” jelas Iskandar penjang lebar mengenai item yang telah ditanya oleh Rudiana tadi.

Rudiana mengulum bibir. Betul juga kata lelaki yang suka warna pink ni. Bernas juga cadangan dia. Tapi… masih ada yang disangsikan oleh Rudiana.

“Apa jaminan yang awak tak akan apa-apakan saya?” tanya Rudiana serius. Walaupun pernikahan itu hanya untuk memiliki sijil dan kad nikah untuk mengelak ditangkap khalwat. Tapi… bagaimana dengan jaminan keselamatannya? Walau apa pun yang berlaku, Iskandar tetap lelaki. Macam-macam boleh berlaku. Lagi-lagi jika dia sudah sah dan halal bagi lelaki itu kelak. Tidak!!! Jeritnya di dalam hati.

Iskandar tertawa geli hati. Sampai ke situ Rudiana berfikir. “Awak ingat saya ni tak ada perasaan dan citarasa ke? Tidak dapat bezakan antara kerja dan hal peribadi? Pleaselah…”

Rudiana sudah merenung sinis. Wah… wah… wah… dia sindir aku nampak? Tahulah aku ni tak sejelita Siti Nurhaliza. Tak secantik Erra Fazira. Tapi ini sudah lebih. Dia menghina aku dengan ayat sopan.

“Pernikahan ini akan dirahsiakan. Awak ni dah baca ke belum keseluruhan perjanjian ni? Kan saya ada jelaskan tentang item ni. Perkahwinan ini perlu dirahsiakan dari sesiapa. Hanya awak, saya dan saksi kita sahaja yang boleh tahu. So, faham-fahamlah. Tak akan berlaku apa-apa antara kita okey?” keras Iskandar menegaskan.

Rudiana masih sangsi dengan penjelasan Iskandar itu.

“Kalau awak sudah berkahwin, atau sudah berusia, sudah pasti item ni saya mansuhkan. Tapi memandangkan awak masih muda dan bujang, terpaksalah saya wujudkan item ini. Demi kebaikan bersama. Agar kes tangkap khalwat dapat dielakkan.” Sambung Iskandar lagi.

“Macam mana dengan kebebasan saya? Takkanlah saya kena duduk di rumah tu 24 jam? Saya juga perlu berjalan-jalan. Cari boyfriend. Bercuti,” Tanya Rudiana.

Sampai bila aku nak jaga anak-anak dia? Buatnya sampai anak-anak dia berusia 18 tahun, jadi anak dara tualah aku nanti. Tak kan aku nak habiskan usia remajaku tanpa ada kekasih hati kat rumah dia kut? Pembaziran usia tu namanya. Omel Rudiana di dalam hati.

“Awak janganlah risau, bila budak-budak tu di sekolah, awak bebas nak buat apa pun. Janji semua kerja rumah dah settle. Nak shopping ke, tengok wayang ke, berkaraoke ke, nak cari boyfriend ke, carilah. Tapi bila budak-budak tu ada di rumah awak kena jaga mereka, seperti kebiasaan perkerja seorang pengasuh kanak-kanak. Saya harap awak pandai manage masa awak sendiri.,” jawab Iskandar.

Rudiana angguk. Dia menghela nafas lega. Mujurlah dia tidak dikurung bagai tahanan penjara. Jika tidak, buntu juga hidupnya. Dan yang membuatkan dia lagi lega apabila Iskandar tidak mengungkit insiden dia memukul celah kelangkang lelaki itu. Leganya…

“Hari jumaat minggu depan kita bernikah kat pejabat agama. Tapi petang Khamis ni sampailah Khamis minggu depan saya nak awak ikut saya,” arah Iskandar kembali serius. Dia sudah menyambung kerjanya lagi. Rasanya perbincangan mereka sudah sampai ke penghujungnya.

“Khamis, ikut Encik Iskandar? Pergi mana?” tanya Rudiana hairan. Takkan dia nak ajak aku dating kut? Malu seh…

“Pergu kursus kahwinlah. Sebelum bernikah, kena ada sijil kursus kahwin. Walaupun perkahwinan ini hanya untuk cukupkan syarat perjanjian kita. Tapi saya nak pernikahan ini berjalan mengikut cara yang betul,” jelas Iskandar langsung tidak mengangkat muka. Tanganya sudah laju mewarna rekaan projek landskapnya.

“Huh? Kursus? Kita nak kena nikah jugak ke?” Rudiana mempertikai.

Iskandar angat muka dengan wajah bengang. Boleh pulak dia tanya lagi. Berbuih aku terangkan tadi dia ingat aku sedang berpidato? Aku sekeh jugak minah sengal ni kang.

Rudiana sudah tersengih sambil menyatukan kedua tapak tangannya seolah ingin memohon sembah diraja. “Sorry bos, saya balik dulu,” terkial-kial Rudiana melangkah keluar.

Spoilkan mood aku aje! Desis di dalam hati Iskandar lalu menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

***

PINTU lif tertutup perlahan. Butang bernombor lima ditekan. Dalam beberapa saat sahaja lif mula bergerak ke atas. Lima saat kemudian, telefon bimbitnya pula berbunyi. Lekas alat telekomunikasi tanpa wayar itu dikeluarkan dari dalam poket jeannya. Sekilas dia melihat nama yang tertera di skrin telefon, butang hijau terus ditekan.

“Hello,” sapa Khairulnizam selepas talian disambungkan. Tangannya yang sebelah lagi memegang kuat beberapa fail tipis bersaiz A3.

“Kau kat mana? Apa hal lambat sangat sampai?” tanya dari sebelah sana.

“Sabar boleh tak? Aku dah kat dalam lif ni. Sekajap lagi aku sampailah. Relakslah bro. Projek ni akan siap pada tarikh yang ditetapkan. Kau janganlah mengelabah,” jawab Khairulnizam penuh karisma. 30 saat kemudian pintu lif terbuka. Lekas dia melangkah keluar menuju ke pejabat Iskandar.

“Okey, aku tunggu kau,” balas Iskandar lalu talian dimatikan. Khairulnizam menggeleng kepala. Tak sabar menyabar. Rungut Khairulnizam. Dia ke Wasilah Landskap ini atas gesaan Iskandar kerana kawan baiknya itu memerlukan pertolongannya.

“Encik Iskandar ada di dalam?” tanya Khairulnizam pada Rosalinda yang sedang asyik menaip sesuatu pada papan kekunci komputernya.

Rosalinda terpempan seketika. Dia datang lagi. Kacaknya dia ni. Kenapa semua kawan-kawan Encik Iskandar kacak-kacak erk? Encik Fauzan kacak, Encik Iskandar pun kacak. Ni lagi sorang kacak. Aduh, kalaulah salah seorang dari mereka menjadi kekasih hatiku. Alangkah bahagianya… Sempat lagi Rosalinda berangan.

“Cik, cik tak apa-apa ke?” tanya Khairulnizam hairan pada Rosalinda yang sedari tadi kaku memandangnya sambil tersengih sendirian.

Rosalinda tersentak bila Khairulnizam melambai-lambaikan tangan di hadapan mukanya. “Encik cari bos? Dia ada di dalam,” jawab Rosalinda sepontan seolah melatah.

Khairulnizam terkejut. “Okey… terima kasih,” ucapnya takut-takut. Pelik dengan sikap aneh setiausaha kawan baiknya itu. Lama dia memandang hairan pada Rosalinda di mejanya. Sasau ke apa budak tu? Dia tertanya sendiri. Semasa dia ingin berpaling semula ke hadapan tiba-tiba dia terempuh seseorang. Berteraburan isi failnya di atas lantai.

“Ops, maafkan saya encik,” pohon Khairulnizam serba salah. Dia terkaku sektika. Keliru dengan status diri insan di hadapannya ketika ini. Dia ni lelaki ke perempuan? Gaya macam lelaki.

“Tak apa, saya memang selalu kena langgar. Saya pun pelik dan tak tahu kenapa. Orang asyik nak langgar saya aje kat mana-mana,” balas insan itu sambil mengutip kertas-kertas lakaran Khairulnizam yang bertaburan di atas lantai.

Khairulnizam turut membantu. Boleh dikira membantu ke? Sedangkan kertas-kertas itu miliknya.

“Sorry encik, silap saya jugak jalan tak guna mata, guna lutut,” pohon insan itu sambil menyerahkan kertas-kertas yang bertaburan tadi kepada Khairulnizam. Walaupun tidak tersusun cantik, janji dia sudah tolong kutip cukuplah. Kalau dibiarkan tadi, di tuduh tidak berbudi bahasa pula. Bukan ke budi bahasa budaya kita?

Khairulnizam menahan ketawa. Dia tahu salah dia sebab jalan tak tengok-tengok. Dia sedar insan itu menyindirnya. “Maafkan saya juga sebab jalan tak tengok-tengok,” Khairulnizam turut memohon maaf.

“Okey,” akur insan itu lalu melangkah meninggalkan pejabat itu.

Khairulnizam masih mengekor langkah insan itu dengan ekor matanya. Dari nada suaranya, seperti wanita. Tapi… cara pemakaiannya persis lelaki. Kulitnya hitam manis. Semyumannya sungguh menawan. Tanpa ada bekas kumis. Sah! Insan itu seorang perempuan. Sepasang mata itu sungguh mempersona. Siapa sebenarnya dia? Apa dia buat di sini? Khairulnizam tertanya sendirian.

“Ya Allah, dia boleh tercegat kat luar ni lagi? Aku punyalah tunggu kau macam cacing kepanasan kat dalam. Kata dah kat dalam lif, tapi tak jugak sampai-sampai. Rupanya duk berangan kat luar ofis pejabat aku. Cepat masuk!” pinta Iskandar lalu menarik tangan Khairulnizam masuk ke dalam pejabat.

Khairulnizam menuruti seolah orang yang dipukau. Di dalam kepalnya ketika ini sibuk memikirkan siapa sebenarnya wanita persis lelaki tadi?

“Siapa perempuan tadi tu?” tanya Khairulnizam selepas mereka berdua selesa duduk di ruang pembincangan.

Iskandar diam sejenak. Perempuan mana? Siapa ya? Emmm.. huh? Takkan Nizam terserempak dengan Rudiana kut? Aku tak boleh bagi tahu Nizam siapa wanita itu. Aku tak mahu sesiapa tahu tentang Rudiana. Cukuplah Nizam tahu yang Rudiana bakal pengasuh anak-anak tiri aku. Belum masanya lagi untuk aku berterus terang pada Nizam. Aku perlukan masa.

“Perempuan mana?” Iskandar buat-buat tidak tahu.

Khairulnizam memandang Iskandar seketika. Ah, mungkin wanita tu tiada kaitan dengan Iskandar. Dia beranggapan. Kertas-kertas rekaannya yang tidak tersusun rapi akibat insiden berlanggar tadi mula di susun di hadapan Iskandar.

“Apa hal berterabur ni?” tanya Iskandar hairan. Setahunya Khairulnizam seorang yang pembersih dan teratur. Mustahil boleh bersepah sana sini fail rekaannya.

“Tadi kat luar aku terlanggar seseorang sampai terlepas fail ni dari tangan. Berterabur atas lantai. Tu yang tak tersusun ni,” Khairulnizam menjawab jujur apa yang berlaku sebentar tadi.

Iskandar diam. Malas ingin mengulas lanjut. Buat seketika mereka berdua berdiam sepi.

“Apa kes pengasuh anak-anak tiri kau tu? Dah jumpa dah?” tanya Khairulnizam menukar topik.

Iskandar terkejut. Sangknya isu ini tidak akan berbangkit. Liur ditelan kesat. Apa aku nak jawab ni?

← NEWER
OLDER →