When I Miss You...

Layout by : Yeza리키
Background : xoxoxo
Best view by Google Chrome.

BAB 15 DAN BAB 16
Selasa, 7 Jun 2011 | 0 comments

BAB 15



SEJAK akhir-akhir ini, senyumannya tidak pernah lekang di bibirnya. Jiwanya terasa berbunga walaupun kemunculan Amanina pagi tadi benar-benar membuat hatinya sakit dan membengkak. Meraih cintanya semula yang sudah tiada untuk gadis itu.

Dia malas untuk memikirkan hal yang berkaitan dengan Amanina. Dari memikirkan hal yang menyakitkan hati, lebih baik dia membiarkan tentang dirinya yang mula dikuasai satu perasaan yang mengembangkan segenggam hatinya. Lakaran plan landskap untuk sebuah taman perumahan ditatap lama. Matanya tertancap pada lakaran itu, sedangkan mindanya sudah sampai ke Teratak Iskandar.

Angau ke aku ni? Detik hatinya. Keluhan halus dihambur keluar. Tubuh di sandar relaks pada kerusi. Senyuman terus meleret. Bahagia yang mula memenuhi kalbunya cukup indah dinikmati. Wajah marah Rudiana pagi tadi tertayang di ruang mindanya. Comel sungguh wajah itu. Belum ada seharian tidak bertemu hatinya mula dipagut rasa rindu.

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku perlu ingatkan dia? Kenapa wajah comel dia sering mengisi ruang ingatan aku? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hatinya terus tertanya-tanya tentang perasaan baharu yang mula bertamu di kalbunya itu. Perasaan yang sama ketika dia mula jatuh cinta pada Amanina lebih kurang empat tahun lalu.

Apakah aku sudah jatuh cinta pada Rudiana? Persoalan itu yang terus membelenggu dirinya. Dia masih tidak pasti tentang perasaannya yang itu. Masakan wanita sekasar Rudiana boleh mengisi ruang hatinya? Tapi… dia tidak pernah membataskan ciri-ciri wanita idamannya.

Ada sesuatu pada Rudiana yang telah menjentik hatinya untuk merasa kerinduan. Rudiana di matanya tidak seperti wanita lain. Wanita berwajah ayu, bersopan satun dan lengkap ciri-ciri kewataannya tidak semestinya semuanya baik. Namun, berbeza dengan Rudiana. Walaupun wanita itu kasar dan suka mengenakan t-shir, jean dan memakai topi. Keperibadian Rudiana masih ada ciri-ciri wanita walaupun tidak banyak.

Hatinya senang setiap kali terlihat Rudiana kusyuk menunaikan solat di biliknya. Jiwanya lapang tatkala mendengar alaunan lenggok taranun bacaan al-Quran Rudiana. Tepagut hatinya melihat Rudiana mengajar Maisarah dan Harez mengaji setiap kali selepas solat magrib. Keperibadiannya yang itu membuatkan dia semakin tertarik dengan gadis itu.

Dalam diam dia teringin solat berjemaah bersama Rudiana dan anak-anak tirinya. Namun, dipendam perasaannya itu kerana dia takut Rudiana akan fikir yang bukan-bukan dan menganggap dia cuba untuk mengambil kesempatan.

Kau ni kenapa Iskandar? Kau dah tertarik pada Rudiana ke? Kau cubalah ambil kesempatan atas gelaran suami yang kau pegang sekarang. Dia isteri kau. Dia halal untuk kau sentuhi. Kenapa kau biarkan gadis yang halal untuk kau begitu sahaja tanpa menyentuh tubuhnya? Nafsunya berbisik.

Eh Iskandar, kau dah lupa ke yang kau pernah dikecewakan oleh wanita sebanyak dua kali. Diulangi, sebanyak dua kali. Kau sanggup untuk menanggung derita untuk kali ketiga? Kau lupa kekejaman Amanina menghancurkan cinta pertama kau? Kau sudah lupa akan penipuan dan kepalsuan cinta Zakiah? Kau sudah lupa semua itu? Lagi pun, perkahwinan kau dengan Rudiana hanya sekadar ingin melangkapkan perjanjian pekerjaan dia untuk mengelak kau dan dia kena tangkap khalwat. Bukan kerana cinta. Dan yang penting, Rudiana suka ke pada kau? Egoisnya pula mencelah.

Ya, memang Rudiana sudah halal bagi kau. Apakah kau sanggup menyentuhnya tanpa ada rasa cinta dan kasih sayang dari Rudiana? Menyentuh seorang wanita itu tanpa kerelaan, cinta da sayang samalah seperti kau memperkosanya. Buatlah pertimbangan yang sebiaknya Iskandar. Jangan terburu-buru. Akalnya turut berbisik.

Keluhan berat lagi sarat dihambur keluar. Iskandar semakin keliru dengan perasaannya sendiri. Dia sedar Rudiana adalah isterinya. Tapi itu bukan alasan untuk dia menyentuh gadis itu tanpa kerelaan. Dia bingung bila nafsu, egois dan akalnya mula menimbulkan pelbagai persoalan yang amat membingungkan. Dia keliru. Keliru dengan perasaannya sendiri.

Apakah perasaan ini adalah cinta atau nafsu semata-mata? Hatinya tertanya sendiri.

Lamunan Iskandar terhenti bila pintu pejabatnya diketuk. Dia beristifar panajang. Terlalu jauh dia tenggelam dalam mainan perasaan dan mindanya. Perkataan ‘masuk’ dilaung. Beberapa saat kemudian pintu dikuak dari luar. Tersembul wajah Khairulnizam di muka pintu.

“Eh kau Nizam, masuklah.” pelawa Iskandar sambil menegakkan tubuhnya. Senyuman bahagia Iskandar mula pudar. Dia masih terkilan dengan kawan baiknya itu kerana telah mempertemukannya semula dengan Amanina minggu lepas. Disebabkan pertemuan itu Amanina sudah semakin berani mencarinya. Motif sebenar wanita itu mencarinya semula masih belum diketahui sepenuhnya.

Khairulnizam melangkah masuk. Melihatkan wajah Iskandar yang seolah tidak suka akan kehadirannya ke pejabat ini, tahulah dia yang kawan baiknya itu marahkannya sebab merancang pertemuan semula lelaki itu dengan Amanina minggu lepas.

“Ada apa kau datang ni?” jawab Iskandar dengan soalan hendak tak hendak sahaja. Matanya kembali dipaut pada lakaran plan di atas mejanya. Sengaja berlakon sibuk. Wal hal mindanya langsung tidak difokuskan pada lakaran itu.

Khairulnizam melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan meja Iskandar tanpa dipelawa.

“Aku nak minta maaf sebab hal makan tengah hari minggu lepas. Aku cuma nak pertemukan kau dengan Nina aje. Aku ingatkan kau akan suka sebab dah lama tak jumpa,” pohon dan jelas Khairulnizam.

Keluhan halus dihabur keluar. Pandangannya dialih pada lelaki di hadapannya itu. “Hal dah lepas dahlah. Cuma aku nak minta satu aje pada kau. Jangan masuk campur dalam urusan aku dengan Amanina boleh tak?” pinta Iskandar dengan nada biasa.

Khairulnizam mengeluh halus. Walaupun terasa hati, dia tetap terima. Bukan salah Iskandar. Salah dirinya sendiri kerana masuk campur dalam urusan peribadi kawan baiknya itu. Niatnya hanya untuk mengubati kewalangan jiwa Amanina. Tanpa sedar dia telah menguris hati kawan baiknya sendiri dengan mencampak kawan baiknya itu ke kolam masa silamnya.

“Aku minta maaf sebab masuk campur urusan kau. Aku janji tak akan masuk campur urusan kau dengan Amanina lagi. Pelase Is, maafkan aku?” pohon Khairulnizam sayu sekali. Mengharap kemaafan masih ada untuknya.

Iskandar tidak terus bersuara. Lama dia meneliti wajah sayu Khairulnizam itu. Mencari keikhlasan dan kejujuran lelaki itu. Beberapa saat kemudian dia mengukir senyum. Masakan krana hal sekecil ini dia ingin bermusuhan dengan kawan sejatinya sendiri.

“Okey, aku maafkan.”

Khairulnizam tersenyum gembira. “Okey, kalau macam tu aku belanja kau lunch tanda mintak maaf, jom.”

“Huh? Dah waktu lunch ke?” balas Iskandar dengan pertanyaan. Tidak sedar masa berlalu.

Khairulnizam tertawa. “Tulah kau, busy sangat dengan kerja sampai waktu lunch pun kau tak perasan,” perli Khairulnizam.

Dia sudah lali dengan perangai Iskandar. Terlalu sibuk dengan kerjanya. Terkadang sampai terlupa waktu makan.

“Ya Allah, aku betul-betul tak perasan.”

Khairulnizam menghabiskan sisa tawanya.

“Kalau macam tu, cepatlah siap kita keluar lunch. Kau jangan risau, aku tak ajak sesiapa hari ni. Kita berdua aje,” ujar Khairulnizam sejujurnya. Baik dia jelaskan awal-awal supaya Iskandar tidak syak was sangka.

“Okey,” akur Iskandar sambil mengulung semula lakaran landskap di atas mejanya. Bersiap sedia untuk keluar makan tengah hari.

“Eh, pagi tadi aku terserempak pengasuh anak-anak kau, kat depan sekolah berhampiran dengan taman perumahan kau tu. Dia hampir dilanggar dengan motor. Nasib baik luka kat siku aje,” beritahu Khairulnizam sekadar ingin memecah kesunyian sementara menunggu Iskandar mengemas mejanya.

Iskandar terkejut mendengar perkhabaran itu. “Rudiana hampir dilanggar motor? Teruk ke luka dia?” tanya Iskandar tiba-tiba cemas.

Khairulnizam turut terkejut dengan riaksi cemas Iskandar. “Tak teruk pun. Luka sikit kat siku kanan dia. Dia hampir dilanggar. Belum dilanggar lagi. Aku nak bawa dia ke klinik, tapi dia tak nak,” jawab Khairulnizam jujur.

Iskandar dengan pantas terus mencapai kunci keretanya. Ketenangan hatinya tiba-tiba diragut rasa cemas. Tanpa menghiraukan Khairulnizam dia terus melangkah laju ke arah pintu pejabatnya.

“Eh, kau nak ke mana pulak tu? Dah siap ke kemas?” tanya Khairulnizam hiaran bila melihat Iskandar tiba-tiba tergopoh-gapah ingin meninggalkan pejabat itu sedangkan lakaran di atas meja lelaki itu masih belum dikemas semuanya.

“Aku nak balik rumah,” jawab Iskandar.

“Lunch kita?”

“Cancel. Esok ajelah ya?” balas Iskandar lalu berlalu meninggalkan Khairulnizam terpinga-pinga di situ.

Khairulnizam menggeleng. Kenapa Iskandar tiba-tiba cemas bila aku memberitahu yang Rudiana hampir dilanggar? Dia tertanya sendirian. Musykil. Dia dapat menghidu sesuatu mengenai hubungan Iskandar dan Rudiana.

***

“KENAPA dengan siku mak cik tu? Berdarah? Pergilah sapu ubat,” tanya Maisarah selepas terpandang siku sebelah kanan Rudiana yang kelihat menyenyeh luka. Pendarahannya masih belum kering sepenuhnya.

Rudiana yang sedang menuang nasi goreng kampung dari polistrena ke atas pinggan yang dibelinya dalam perjalan pulang mengambil Maisarah dan Harez dari Tadika tadi hanya mengukir senyum.

“Alah, luka sikit aje,” jawab Rudiana lalu menghulur pinggan berisi nasi goreng kampung tadi kepada Maisarah.

“Sapulah ubat,” Harez mencelah. Comel sekali.

“Okey, nanti mak cik sapu ubat ya? Dah makan…” balas Rudiana.

“Harez bacalah doa dulu,” tingkah Maisarah bila melihat adiknya lekas sahaja mahu menyuap nasi ke dalam mulut.

Harez tersengih sumbing sambil mengaru belakang kepalanya yang tida gatal. “Harez lupa.”

“Ha… lain kali tak boleh lupa. Kalau makan tanpa baca doa, yang makan makanan kita tu bukan kita sorang aje tahu? Kita berkongsi dengan syaitan. Dengan membaca doa makan, kita meminta perlindung dari Allah agar rezeki kita tidak dijamah bersama syaitan,” nasihat Rudiana sambil mengusap lambut umbun-umbun Harez. Tanpa sengaja bekas lukanya terkena belakang kerusi yang diduduki Harez.

“Adeh…,” mengelitik Rudiana menahan pedih.

Maisarah dan Harez tertawa. “Pergilah sampu ubat. Kotak ubat ada dalam almari kat dapur tu,” suruh Maisarah.

“Baik bos!” akur Rudiana sambil menabik pada Maisarah lalu dia melangkah ke dapur.

Maisarah dan Harez serentak membaca doa makan yang dipelari di Tadika. Selesai sahaja mereka berdua mula menjamah makanan masing-masing.

“Mak cik tak makan sekali ke?” tanya Maisarah dari meja makan.

Rudiana yang sedang mencari kotak ubat di dapur tidak terus menjawab. Bila kotak ubat yang dicari sudah ditemui barulah pertanyaan Maisarah itu dijawab. “Makanlah dulu, mak cik masih kenyang.”

Diam seketika.

“Eh, papa balik? Awalnya?” kedengaran suara Harez menanya.

Rudiana berkerut dahi mendengar pertanyaan Harez itu. Encik Iskandar dah balik? Biar betul? Takkan dia balik nak makan kat rumah kut? Aku dahlah tak masak. Budak-budak tu pun aku belikan nasi bungkus aje. Matilah aku kena marah. Bebel Rudiana cemas. Kotak ubat yang baharu ingin dibuka kembali disumbat ke dalam almari.

“Mak cik mana?” kedengaran pula suara Iskandar menanya.

“Kat dapur,” Maisarah menjawab.

Dalam masa tiga saat Iskandar sudah berada di dapur dengan wajah serius. Nasib baik Rudiana sempat menurunkan lengan kemejanya. Menutup bekas lukanya. Lukanya yang pedih terkena baju terus ditahan-tahan. Dia tidak mahu Iskandar tahu akan lukanya itu. Senyuman sampai ke telinga diukir. Sedaya upaya wajah selamba dipamerkan.

Iskandar serius memandang Rudiana. Tanpa bersuara dia melangkah menghampiri almari bersebelahan dengan Rudiana. Dengan kasar pintu almarinya dibuka. Kotak ubat dicapai lalu lengan Rudiana dipegang dan dibawa Rudiana ke ruang tamu.

Rudiana terpinga-pinga dengan tindakan itu. Apa hal dengan mamat ni? Kenapa dia bawak kotak ubat tu? Dia tahu ke pasal luka aku ni? Rudiana membebel di dalam hati. Langkah terus mengekori langkah Iskandar tanpa bersuara. Melihat wajah serius Iskandar memuatkan dia tidak mahu bersuara. Takut disembur dengan maki hamun lelaki itu.

“Duduk!” arah Iskandar serius sekali.

Dengan teragak-agak dan rasa cemas Rudiana melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Maisarah dan Harez mengetap bibir melihat perlakuan serius papa mereka itu. Mereka berdua turut cemas. Kalau papanya sudah serius seperti itu. Janganlah bersuara, kalau rasa tidak mahu dimaki.

Iskandar menghempas punggungnya kasar di atas sofa yang berhadapan denga Rudiana.

“Lipat lengan baju kemeja awak tu sampai melepasi siku tangan kanan awak,” arah Iskandar masih serius sambil membuka kotak ubat.

Rudiana menelan liur. Sah! Dia dah tahu pasal luka aku ni. Ni mesti Encik Nizam yang bagi tahu ni. Busy body juga lelaki tu. Yang Encik Iskandar tiba-tiba buat muka ketat ni apa hal? Aku yang luka pun okey aje? Ni, dia pulak yang nak marah-marah apa hal? Gumam Rudiana.

Pantas tangan Iskandar mencarik kapas. Cecair Dettol dibuka penutupnya lalu kapas tadi dibasahkan dengan cecair berubat itu. Lengan kanan Rudiana dicapai lalu ditarik menghampirinya. Dengan selamba kapas basah dengan cecair Dettol tadi ditenyeh pada luka Rudiana.

“Argh!!!” jerit Rudiana sekuat hati. Pedih yang dirasakan sampai ke tulang. “Pedihlah Encik Iskandar!”

“Diam! Saya sumbat mulut awak dengan kapas ni kang. Dah tahu luka macam ni, bukan nak call saya bagi tahu. Nasib baik Nizam bagitahu. Kalau tak, sampai bila-bila pun saya tak tahu. Nasib baik nyaris kena langgar? Kalau awak kena langgar tadi macam mana?” bebel Iskandar sambil menenyeh kapas basah tadi selamba tanpa memikirkan perasaan Rudiana.

Rudian sudah mengelitik menahan pedih.

“Ala… bukan teruk pun,” jawab Rudiana sambil berkerut muka menahan sakit.

“Tak teruk awak kata? Ni, tengok ni, sampai nampak daging. Sikit lagi nampak tulang tau?” balas Iskandar sambil mengunting kain kasa. Botol ubat kuning dicapai.

“Huh? Nampak tulang? Biar betul Encik Iskandar?” Rudiana terkejut. Risau wajahnya. Tidak menyangka lukanya separah itu. Lekas dia mengangkat punggung. Lengan Iskandar dicapai. “Encik Isakandar, bawak saya pergi hospital. Cepatlah! Saya tak nak tangan saya kena potong!” ajak Rudiana cemas sekali. Risau. Sangkanya lukanya sekadar luka ringan. Tidak sangka sampai nampak tulang.

Ketawa yang ditahan-tahan sedari tadi akhirnya terhambur keluar. Berguling-guling Iskandar ketawa di atas sofa sambil menahan perut.

Rudiana kaku sambil mengukir muka toya memandang Iskandar yang ketawa macam nak pecah perut. Baharu dia sedar yang dia telah dipermainkan.

“Agak-agaklah awak. Mana ada luka macam tu boleh sampai kena potong tangan. Mengarutlah awak ni,” perli Iskandar dalam ketawa.

“Benci!” bentak Rudiana sambil menarik muka. Bengang bila diri telah diperkotak-katikan. Tahulah dia tidak berpelajaran tinggi. Sekolah pun sampai tingkatan tiga saja. Tapi, tiada sesiapa berhak mempersendakannya. Dia sudah terkilan. Belum sempat Rudiana menyusun langkah, lengannya telah dicapai oleh Iskandar lalu ditarik kasar. Dia kembali terduduk di atas sofa yang berhadapan dengan Iskandar yang masih menghabiskan sisa ketawanya.

Rudiana merengus benci. Muncung bibirnya sudah ditarik empat inci. Bengang.

“Sini siku awak tu. Lain kali cakaplah kalau ada apa-apa berlaku pada awak. Awak tu dibawah jagaan saya. Isteri saya. Kalau berlaku apa-apa pada awak saya juga yang risau tau?” bebel Iskandar sambil menempel kain kasa yang sudah dibasahkan dengan sedikit ubat kuning pada luka Rudiana. Kemudian kain kasa itu ditampal dengan plaster.

Rudiana kaku. Kata-kata Iskandar itu membuatkan dia kaku. Perkataan ‘isteri saya’ membuatkan dia meremang. Dadanya terasa kembang. Perutnya terasa bagai ada rama-rama bahagia berterbangan. Indah perasaan itu. Apakah nama perasaan ini?

Iskandar terus mengemaskan tampalan plaster pada luka Rudiana. Apa yang dituturkan oleh lidahnya tadi langsung tidak diperasani.

“Dah siap. Lain kali, kalau luka macam ni cepat-cepat sapu ubat. Kalau lambat takut dijangkiti kuman. Kotak ubat ni selalu ada kat dapur tu. Kalau tak tahu nak ubat luka, call aje saya. Nanti saya tolong ubatkan,” Iskandar masih membebel sambil mengemas kotak ubat.

Rudiana kaku memandang Iskandar. Tidak menyangka dengan keperihatinan Iskandar terhadap dirinya ketika ini. Masih ada yang sanggup ambil berat tentang dirinya selain Rosalinda. Tanpa sedar, dia begitu senang dan bahagia sekali dengan sikap ambil berat dan kerisauan Iskandar itu.

“Dengar tak apa saya kata ni?” tanya Iskandar bila melihat Rudiana kaku memandangnya.

Rudiana tersentak. Lekas dia melarikan anak mata. Dia malu sendiri. “Dengar…” perlahan dia menjawab.

“Ha, baguslah!” akur Iskandar sambil mencuit pantas hujung hidung Rudiana lalu dia mengangkat punggung untuk meletak semula kotak ubat tadi ke dalam almari di dapur. Senyuman puas diukir di sebalik bibirnya. Suka hatinya dapat mengusik Rudiana. Hari ini, buat kali keduanya dia dapat melihat wajah merajuk Rudiana. Comelnya!

Rudiana suba menepis tangan Iskandar yang dengan selamba mencuit hidungnya. Namun, tangannya hanya menepis angin. Tangan Iskandar lebih pantas bergerak. Hujung hidung diusap beberapa kali. Suka hati aje nak cuit hidung aku. Gumamnya sambil menjeling tajam ke arah Iskandar yang sudah melangkah ke dapur.

Maisarah dan Harez saling berpandangan selepas melihat sketsa papanya melayan pengasuh mereka. Mesra sekali. Kemudian mereka berdua menahan ketawa. Senang hati mereka berdua melihat gelagat papanya dengan Mak Cik Diana.

“Kan best kalau papa kahwin dengan Mak Cik Diana, kan?” cadang Harez.

Maisarah angguk laju lalu mereka berdua menyambung ketawa.

***

MAKANAN di tangan terlepas lalu jatuh ke lantai anjung banglo itu. Sketsa yang mewarnai pandangan matanya dari pintu gelangsar lutsinar itu benar-benar menyiat-nyiat dan menumbuk lumat hatinya. Begitu perihatin Iskandar merawat luka Rudiana di ruang tamu. Hatinya berdetak laju. Tanggapannya semakin kuat mengenai hubungan sebenar Iskandar dan Rudiana. Mereka seakan ada hubungan istimewa.

Ada ke majikan begitu perihatin pada pekerjanya? Sampaikan sanggup pulang ke rumah semata-mata ingin merawat luka pengasuh anak-anaknya? Setahunya, Iskandar tidak pernah pulang ke rumah pada waktu tengah hari. Ini sudah dikira ‘mencemar duli’. Hati Amanina berkata-kata.

Tanpa sedar air matanya menitis. Niatnya untuk menghantar makanan pada Maisarah dan Harez dalam masa yang sama ingin mengenali wanita kasar yang bernama Rudiana itu terbantut. Makanan yang terdampar di atas lantai dibiarkan. Langkah dipesong ke arah keretanya semula. Tidak sanggup untuk melihat babak seterusnya dari Iskandar dan Rudiana.

Sampai sahaja di dalam kereta yang diparkir di seberang jalan berhadapan dengan banglo itu dia terus menghamburkan tangisannya.

“Apa istimewanya perempuan tu? Is dah buta ke apa? Perempuan yang tak berapa jelas keperempuananya tu yang dia nak, kenapa? Apa? Aku ni tak cukup cantik ke? Tak cukup perempuan ke? Takkanlah disebabkan kecewa empat tahun lepas dia sudah mengubah citarasa?” Jerit Amanina sekuat hati menuturkan persoalan-persoalan itu. Melepaskan kekecewaannya. Air mata sudah melencunkan pipinya. Celak dibawah mata sudah merembes sealir air matanya.



Kepala diletak pada stereng kereta. Tangisnya sudah bersedu. Tersengut-sengut tubuhnya menahan tangis. Kemesraan Iskandar melayan Rudiana begitu mencurigakan. Bila memikirkan akan kemungkinan hubungan sebenar Iskandar dan Rudiana, pasti akan membuat dadanya senak.

Dia perlu tahu apa hubungan sebenar di antara Iskandar dan Rudiana. Dari anak mata Iskandar memandang Rudiana tadi, dia dapat merasakan Iskandar ada menaruh hati pada Rudiana.

Apa yang ada pada budak tu sampaikan Is suka pada dia? Pesoalan inilah yang terus mengusai mindanya. Serta merta membuat dadanya semakin sempit untuk bernafas. Cemburunya sudah mencengkam segenggam hatinya.

Perlahan Amanina memandang ke arah Teratak Iskandar. Tanpa sedar wajah sinis mengukir di seraut wajahnya.

Aku perlu pastikan apa sebenarnya perasaan Iskandar pada Rudiana. Aku juga akan pastikan yang budak hingusan itu sedar diri yang dia sebenarnya tidak layak untuk Iskandar. Aku tak akan benarkan budak hingusan tu miliki Iskandar! Wahai pipit jangan nak berangan terbang dengan enggang. Kau tak layak untuk dicintai oleh Iskandar! Bentak Amanina geram. Tanpa sedar dia berdendam.


BAB 16

BAB 16
Petang itu Amanina telah ke pangsapuri Liena kawan baiknya sejak university lagi.Diantara dia dan Liena sudah tiada rahsia .Kepada Liena dia selalu mencurahkan perasaan suka dan duka bersama.Hal kisah percintaannya juga tidak pernah dirahsiakan dari pengetahuan gadis comel yang berasal dari perak itu.
“Seminggu kau tak datang apartment aku.Busy ke?’Perli Liena selepas pelukkan terlerai.Amanina hanya tersemyum hambar lalu menlangkah menuju ke ruang tamu yang bertemakan konsep moden itu.Sofa kulit berwarna hitam rekaan ringkas dan moden menjadi citarasa Liena merangkap Tuan pengsapuri itu.”Kenapa ni?’’Monyok aje muka ?’’ Tanya Liena selepas melabuhkan punggung dia tas sofa bersebelahan dengan Amanina.
Hanya keluhan yang dihamburkan .Apa yang berselirat didalam hatinya ketika ini amat menjerut tangkai hatinya .Senak yang menendang –nendang dadanya sungguh menyenakkan sehingga sukar untuk dia menarik denmenghembuskan nafas.Belum sempat amanina bersuara ,Liena terlebih dahulu meminta diri ke dapur untuk membancuh air.
“Kau nak kemana ?”Tanya Amanina bila melihat Liena tiba2 mengangat punggung.”Aku nak bancuh air kejap.Aku ada beli rempeyek kat pasar depan apartment ni pagi tadi.Nanti aku bawa keluar sekali.Boleh mencekik sambil tengok tv.”jawap Liena lalu melangkah menuju ke dapur.Sampai sahaja didapur .pemegang cerek terus dicapai lalu dibawa ke singki .Air diisi separuh dalam cerek itu lalu ditenggek di atas dapur gas .Api dihidupkan .Dia berpaling kea rah cabinet dapur.
“Ah .mak kau”.Spontan Liena terlatah bila melihat Amanina sudah duduk dengan wajah sugul di meja makan.Entah bila kawan baiknya itu duduk di situ .Dada diurut perlahan.
“Kau ni buat aku terkejut tau?’’ keluh Liena sambil membuka daun pintu cabinet dapur.Dua bungkus teh bancuhan segera dicapai.Daun pintu cabinet ditutup semula .Dua biji cawan di rak bersebelahan dengan singki dicapai lalu dibawa ke meja makan yang betul-betul bersebelahan dengan peti sejuk.
Punggung dilabuh di atas kerusi yang bersebelahan dengan Amanina yang masih kelihatan lesu dan monyok.”Kau kenapa ni?’’ Sejak dua minggu ni setiap kali kau datang rumah aku mesti buat muka kemik macam ni.Apa hal?’’Apa sebenarnya masalah kau?’’ Tanya liena bersungguh sambil mengoyak bungkusan teh bancuhan segera ditangannya lalu dituang ke dalam cawan .Amanina hanya mengeluh .Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin memulakan cerita.Sebelum ini dia sendiri sudah bersungguh untuk tidak mengenang kisah lama dan bina hidup baru.Tidak mahu mengingati cinta pertamanya.Tapi selepas pertemuan tidak diduga dengan Iskandar beberapa minggu yang lalu membuatkan cintanya yang ingin dipadamkan nyalaannya kembali marak apinya.,Ternyata dia masih mencintai Iskandar .Tapi apakah liena bisa menerima jawapannya nanti ?”
“Ada kaitan dengan is ke”? teka Liena sambil menuang bungkusan kedua teh bancuhan segera ke dalam cawan kedua .Lekas Amanina mengangkat muka memandang wajah Liena .Tidak menyangka kawan baiknya itu dapat menebak masalah yang sedang dia tanggung ketika ini.Liena mengeluh halus bila melihat wajah terkejut Amanina .Menambahkan keyakinannya lagi tekaannya tadi memang tepat.Dengan wajah bosan dia mengangkat punggung bersama dua cawan di tangannya yang sudah berisi teh bancuhan segera.”Kau kata nak lupakan lelaki itu.Mana janji kau” ungkit Liena sambil meletak cawan ditangannya di atas cabinet dapur.Dia berdiri menongkat tubuh pada cabinet dapur .Hatinya terkilan.Amanina cakap tidak serupa bikin,Dua tahun lalu Amanina pernah berjanji padanya yang dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan lelaki yang bernama Iskandar Adam Bin Alias .Tapi kini,kenapa masalah yang melibatkan lelaki itu muncul kembali.?”Minggu lepas Amanina ada memberitahunya yang dia terserempak dengan iskandar Dan hatinya yakin beranggapan dari pertemuan yang tidak diduga itulah hati Amanina kembali goyah untuk memegang janjinya .Dalam masa yang sama memupuk semula cintanya yang masih ada untuk Iskandar.Tapi dlam kes ini,Amanina yang salah .Bukan Iskandar.Amanina yang mintak perpisahan pada Iskandar hanya kerana kasih yang belum pasti untuknya.Bila kasih yang baru didamba hanya kasih seorg teman,dia sendiri yang merana.Kerana terlalu taksub dengan cinta dunia.Akibatnya tanggunglah kau Amanina detik hatinya.Namun dia tidak sampai hati untuk membiarkan Amanina begitu saja.Amanina kawan baiknya sejak diuniversiti .Suka dan duka mereka lalui bersama .Amanina pernah membantunya dalam pelajaran.Jika ingin diukur budi Amanina yang sudah banyak membantunya memang sudah melepasi langit ke tujuh.Tidak mampu untuk dia membalasnya .Dia perlu berada disamping kawannya.Dia tidak boleh terus menghukum dan terus –terusan menyalahkan Amanina.
“Aku mintak maaf.selepas aku terserempak dengan dia kat Anjung Warisan dua minggu lepas.aku terus rindukan dia.Selama ini aku hanya tahu perkembangan dia dari Nizam.Tapi selepas pertemuan tidak diduga itu,kasih aku seolah-olah kembali membara untuk dia,Liena.Puas aku cuba menidakkan .Tapi…..”jelas Amanina lirik sekali nadanya.
Air mata yang ditahan-tahan kembali menitis.Semakin deras bila teringat kemesraan Iskandar dengan pengasuh anak-anak tirinya tengahhari tadi di Teratak Iskandar.Hati Liena tersayat mendengar pengakuan Amanina yang tulus dari hatinya itu.Dia menyangka Amanina akan merahsiakannya .Tetapi tidak Amanina masih menganggapnya teman sejatinya.Dia tersentuh dengan sikap Amanina itu.Dengan perasaan sedikit serba salah dia berpaling memandang Amanina sambil menyimpul tangan di dada .Tubuh disandar pada cabinet dapur .Wajah Amanina yang sudah basah dengan airmata dipandang lama.
“Kau masih cintakan diakan” uji Liena dengan nada wajah yang serius.Amanina menundukkan wajahnya.Takut untuk memandang wajah serius Liena.Dia tahu dia telah mungkir janji.Tapi dia tidak kuat untuk terus menidakkan perasaannya.Tiga tahun dia cuba mengusir cinta Iskandar .Tapi dia tidak boleh .Cinta lelaki itu masih beraja dihatinya walaupun puas dia menafikannya.Dengan teragak-agak dia mengangguk .Menjawap pertanyaan Liena itu dengan bahasa tubuh.
“Kau masih nak meraih cinta Is?’’ Tanya Liena lagi masih serius,seolah-olah pengetua sekolah sedang menyoal siasat pelajarnya yang membuat onar.Amanina mengangkat wajah.Matanya bertembung dengan pandangan Liena.Dia berasa ada sinar cerah mendengar pertanyaan Liena itu.Seketika kemudian dia menundukkan wajah .Memandang tangannya yang tersimpul rapi di ribanya .Takut untuk meluahkan jawapan.Risau Liena akan memarahinya.
“Kalau kau nak mintak prtolongaN aku,cakap ajelah.Aku akan cuba tolong semampu aku.”ujar Liena lalu berpaling semula kea rah dapur gas.Air yang dijerang di atas dapur gas itu kendengaran sudah mendidih .Wapnya sudah berawangan di udara.Amanina terharu mendengar kata-kata kawan baiknya itu.Dengan linangan air mata dia melangkah medapatkan kawan baiknya itu lalu dipeluk dari belakang.
“Terima kasih ina.Kaulah kawan sejati aku” ucap Amanina gembira sekali.”Weh ,apa ni?klau ye nak berpeluk pun tunggulah aku siap bancuh air ni dulu.Nasib baik aku belum pegang cerek ni lagi tau?’Kalau tidak ,sia-sia aje klau tumpah kena tangan aku” marah Liena.Namun tidak pula.menepis pelukan kasih sayang seorg sahabat dari Amanina.
“Thank you Ina.Aku sayang kat kau”ujar Amanina lagi.Liena mengukir semyuman lalu memalingkan tubuhnya memandang Amanina.”Walau apa pun yang berlaku .Kita tetap kawan.aku akan sentiasa sokong kau Nina.”jelas Liena sambil mematikan api dapur gas.
“So ,apa kau nak buat sekarang?’’tanya Liena melarikan sedikit topic perbualan .Tapi tajuknya masih sama,Iskandar .Semyuman gembira Amanina pudar perlahan-lahan .Dia sendiri masih belum tahu apa yang perlu dilakukan untuk meraih semula cinta Iskandar.Namun,apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah menceritakan masalahnya terlebih dahulu pada Liena.Masalah yang berkaitan dengan Iskandar dan pengasuh anak-anak lelaki itu.

Telekung dilipat lalu disidai di penyidai.Dia baru sahaja menunaikan Solat Asar.Sejadah yang masih terbentang di atas karpet dilipat dua laku disidai pada tenpat yang sama.Dia melangkah ke hadapan cermin .Sikat dicapai lalu rambut diraut lembut.Dia terkaku seketika .Telinga dipasang cuba mencari arah bunyi seolah-olah org sedang berbicara di ruang tamu.Macam bunyi suara TV.Siapa yang tengok tv?Maisarah dan Harez kut.Dia mengomel sendirian lalu menyusun langkah keluar dari bilik.Dia semakin hairan bila melihat Maisarah dan Harez sedang khusyuk mewarna buku latihan masing-masing di ruang makan.
“Mai.Rez kenapa pasang Tv kalau tyak tengok?’’Membazir karan eletrik aje.” Rungut Rudiana laku melangkah ke dapur.Tiba-tiba sahaja tekaknya merasa haus .Gelas kaca dirak dicapai lalu dibawa ke peti sejuk.Pintu peti sejuk dikuak.Sekotak jus oren dicapai .Isinya dituang ke dalam gelasnya tadi.Jus oren tadi disimpan semula di dalam peti sejuk .Sambil berjalan dia meneguk minuman itu sehingga separuh .Dia melangkah pula ke cabinet dapur.
“Bukan kitaorg yang tengok”.Soalan Rudiana dijawap oleh Maisarah.Rudiana berkerut dahi.Balang berisi kerepek kegemarannya dicapai.Otaknya berfikir-fikr .Kalau bukan Maisarah dan Harez yang tengok,siapa pulak yang tengok tv.Takkan hantu kut?’omel Rudiana .
“Dah tue siapa yang tengok TV tu?’’ lanjut Rudiana selepas langkah sampai di ruang makan.
“Papa “Sepatah Maisarah menjawap tanpa memandang kea rah Rudiana.Pandangannya masih tepat pada lukisan di tangannya.Rudiana terkejut .Dengan kerepek ubi yang masih di mulut dia menoleh kea rah ruang tamu.Tiada sesiapa pun di situ.
“Papa?” Tak ada pun?’’ Tanya Rudiana lagi.”Ada papa tengah baring kat sofa panjang .”Rudiana angguk akur lalu melangkah menuju ke ruang tamu.Benar kata Maisarah .Kelihatan Iskandar sedang nyenyak tidur di sofa panjang.Dia mengeleng.Air minumannya dan balang berisi kerepek ubi diletakkan di atas meja.Orang tengok TV.Dia pulak,TV tengok dia.Gumam Rudiana.
Rudiana memandang sekilas kea rah Maisarah dan Harez di ruang makan.Khusyuk sekali anak-anak tiri Iskandar itu mewarna buku masing-masing.Dengan penuh berhati-hati Rudiana memandang wajah Iskandar dekat-dekat.Meneliti wajah lelaki itu dari jarak paling dekat.Bekas kumis didagu dan di atas bibir lelaki itu menyerlahkan Kekacakkan wajah Iskandar.Bersih juga muka dia ni.Tak ada bekas jerawat.Kalau dia ada janggut mesti lagi comel.bebel Rudiana dengan nada yang cukup perlahan sambil meneliti sepuas-puasnya wajah Iskandar dari jarak dekat.Comel jugak dia ni masa tidur.Siapa yang jadi girlfriend dia ni mesti beruntung sambung Rudiana lagi.
Tiba-tiba terlintas idea jahat dikepalanya .Ni kalau aku cucuk hidung dia ni syok jugak.Rudiana memandang kea rah meja kopi .Dia terpandang sebatang pensil .Sudah pasti kepunyaan Maisarah atau Harez .Lekas dia mencapai pensil kayu itu.Semyumannya sudah meleret .Tanduk sudah kelihatan dikepalanya .Dengan penuh berhati-hati hujung pensil di tala kea rah lubang hidung Iskandar yang sbelah kanan.Bibirnya sudah menahan gelak.Belum sempat pensil itu sampai ke hidung Iskandar tiba-tiba …..
“Huah !’’ Sergah Iskandar sekuat hati.”Mak !’’ jerit Rudiana lalu tercampak ke sofa belakangnya akibat terkejut.Hampir sahaja jantungnya tercabut bila di sergah Iskandar sedemikian .Iskandar ketawa terkekeh-kekeh melihat aksi terkejut Rudiana tadi.
“Woi .En cik Is ni suka buat saya terkejut tau?’’Kalau saya ada barah otak tak ked ah arwah sekarang ni” ucap Rudiana Bengang sambil mengusap dadanya.Wajah Isakandar dipandang benci.Iskandar kaku memandang Rudiana .Berapa saat kemudian dia menyambung ketawanya lagi .Kelakar mendengar kata-kata Rudiana itu.”Mana ada org sakit barah otak boleh mati terkejut .awak ni sewel kea pa?’’ ejek Iskandar dalam tawanya.Rudiana menjeling sinis pada Iskandar .Sakit hatinya mendengar gelak ketawa Iskandar itu,Niat mahu mengenakan lelaki itu.Tiba-tiba dia yang terkena balik.Sumpah! selepas ni klau Encik Is tertidur kat sofa ni aku tak nak ambil tahu.Penipu ! Bentaknya di dalam hati.
Balang Kaca berisi kerepek ubi dicapai.Isinya diambil sekeping lalu dikunyah paksa.Bengang .Pandangannya di alihkan kea rah televisyen .Malas untuk melayan Iskandar lagi.Biarlah lelakiitu ketawa sepuas-puasnya.Penat,diamlah nanti.
“Awak ni kelakarlah .Ada hati nak kenakan saya konon.” Perli Iskandar sambil menghabiskan sisa ketawanya.Tiba-tiba dia terpandang segelas air oren yang tinggal separuh di atas meja.Tanpa meminta kebenaran dia mencapai gelas itu.
“Haus pulak”.selamba isi gelas itu diteguk sehingga habis.Bulat mata Rudiana melihat Iskandar meneguk minumanya .Namun tiada kata-kata yang diluahkan .Mentang-mentang ini rumah dia,suka hati dia aje nak minum air aku, rungut Rudiana dalam hati.Pandangannya kembali ditaut pada skrin dengan wajah bengang.Iskandar menyeka air matanya .Sampai menitis air matanya kerana tergelak tadi.Buat kali ketiga untuk hari ini dia Berjaya mengusik Rudiana.Tiga kali jugalah dia melihat rajuk Rudiana yang comel itu.”Dahlah saya nak mandi.Nak ikut tak?’’ Iskandar masih mahu mengusik sambil membuka dua butang bajunya yang paling atas.Rudiana menelan air liur.Lekas dia memandang Iskandar ,lelaki itu sudah melangkah meninggalkan ruang tamu.Dengan pantas dia mencapai bantal kecil di sisinya lalu dibaling kea rah Iskandar.
“Miang! Jeritnya lalu berpaling semula kea rah skrin televisyen.Iskandar tertawa.Sempat dia mengelak balingan itu.”Tak kena “ejek Iskandar lalu berlari mendaki anak tangga ke aras atas.Takut Rudiana mengejarnya sampai ke tingkat atas.”Sengal betul Encik Is tu” rungut Rudiana sambil menonton siri Lagenda di TV3.Tanpa sedar .pipinya merona merah.





Teh bancuhan segera yang telah dibancuh oleh Liena diminum sedikt.Sekadar di hujung bibir sahaja kerana minuman itu masih panas.Cerita animasi SPONGEBOB tetayang di televisyen
“Mcammana dengan sekolah ?’’tanya Amanina melencongkan topic persoalan.”Okeylah .Budak-budak zaman sekarang ,four four dah pandai bercinta dalam kelas”.Pening kepala aku”jawap Liena langsung tidak memandang wajah Amanina.Selepas tamat membuat kursus Ijazah Kejuruteraan Awam semasa Universiti dulu Liena terus memohon KPLI .rezeki menyebelahi bila permohonannya di terima .Selepas setahun setengah menjalani latihan kursus Perguruan selepas Ijazah itu dia terus dihantar mengajar di sekolah teknik sekitar Johor Bahru.Amanina mengangguk akur.Suasana diam seketika .Suara televisyen menjadi latar bunyi mereka ketika ini.
“So,apa kau nak buat sekarang ?tak akan kau nak duduk diam sahaja .Membiarkan Is terus syok pada pengasuh anak-anak tirinya” ujar Liena membangkitkan isu yang tergendalan tadi.Amanina mengeluh halus .Semangat untuk menonton televisyen terus hilang.Dia duduk bersandar pada sofa sambil memandang kipas siling yang laju berputar.Begitulah laju mindanya mencari jalan meraih semula cinta Iskandar .Buat masa ini dia sudah kebuntuan.
“Entahlah Ina.Aku pun pening sekarang ni.Aku takut apa yang aku pandang tengahari tadi hanya tanggapan aku aje,Takut tanggapan aku salah.”Keluh Amanina tapi hatinya kuat menyatakan yang Iskandar ada sesuatu dengan pengasuh anak-anak tirinya sendiri.
“Kalau dah tolong balutkan luka ,itu kau kata tak ada apa-apa.Tak pernah aku tengok majikan sanggup balik rumah semata-mata nak rawat luka ringan macam tue,tau?’’Kecuali jika mereka bercinta.Sakit kena gigit semut pun dia pasti risau macam kena gigit dinosaur.Aku rasa kau tak salah anggap .Aku yakin mereka memang ada apa-apa.ujar Liena seolah-olah mengapikan –apikan hati Amanina.Diam lagi.Amanina mercerna dan menimbang kata-kata Liena itu dengan akal warasnya.Apa yang dikatakan oleh Liena itu ada benarnya.Keprihatinan Iskandar pada Rudiana melampaui batas seorg majikan dengan pekerja.
“Apa kata kau tolong rangka rancangan aku dengan Is kena tangkap khalwat?’’ Dengan cara itu aku boleh miliki dia “ Amanina memberikan buah fikirannya.Liena memandang Amanina bosan.”Kau tahu tak cara kau tu dah ketinggalan zaman.Dalam drama novel dan filem ,Dah banyak sangat cara itu digunakan.Kau sanggup berkahwin dengan lelaki yang tidak menyintai kau sepenuhnya.?Tanpa cinta ,rumah tanggan tak akan bahagia tahu tak?’’Kau mahu Iskandar menyentuh kau hanya kerana nafsu?Terpaksa?Tanpa ada kasih sayang?Sanggup ?’’tepis Liena menolak mentah-mentah cadangan Amanina yang dianggap sudah terbelakang.Amanina mengeluh .
“Dah tu.kau ada idea ke ?’’Liena diam mendengar pertanyaan Amanina itu.Berkobar-kobar dia menolak cadangan Amanina .Namun dia sendiri masih tidak tahu apa yang perlu dan mungkin mereka harus lakukan untuk meraih cinta Iskandar.”Aaa….buat setakat ni belum ada” jawap Liena sambil tersengih sumbing.”Tapi apa-apa pun pokok utamanya rancangan kau tu walaupun jahat perlu melibatkan perasaan Is .Kau kena buat Is kembali jatuh cinta pada kau” idea sudah menyapa minda Liena.Amanina mengeluh halus.Kurang faham dengan penjelasan Liena.
“Apa yang perlu aku buat?’’Selagi pengasuh budak itu ada di bangle Iskandar hamper setiap hari .susahlah aku nak pikat Iskandar balik” jawap Amanina dengan keluhan berat.Liena mengeluh bosan melihat sikap mudah putus asa dan malas berfikir kawan baiknya itu.Dia bangun lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Amanina.Kaki disila di atas sofa menghadap Amanina.
“Aku tahu saingan kau tu hamper setiap hari akan berada di bangle Is.Tapi kau kenalah berfikir cara halus untuk merubah perasaan Is pada pengasuh budak tu kalau betul Is ada feeling dengan budak itu.” Jelas Liena beria-ia,Amanina berkerut dahi memandang kawan bainya itu.Dia masih tidak jelas sepenuhnya apa yang cuba Liena cadangkan.
“Aku masih tak faham “.Amanina sudah kebingungan .”Macam ni…..”Liena menghampirkan bibirnya pada cuping telinga Amanina lalu nembisikkan rancangan yang baru memutik sebentar tadi.Amanina memandang Liena lama selepas kawan baiknya itu selesai membisikkan rancangannya.
“Aku tak sampai hatilah .Dia terlalu baik dengan aku”.Amanina sangsi dengan cadangan kawan baiknya itu.Rancangan Liena seolah-olah menjelaskan dirinya begitu kejam.”Kau nak cinta Is balik ke tak ni?’’Kalau Is sudah tawar hati dengan budak hingusan itu,peluang kau untuk meraih cinta Is semakin cerah dan terbuka luas.” Pujuk Liena bersungguh dan yakin yang rancangannya itu akan Berjaya.
“Tapi……..”Amanina masih sangsi.Sanggupkah dia menuruti rancangan Liena yang dianggap zalimitu?’’Sanggupkah dia mempergunakan orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri?hatinya berbelah bahagi.”Nah! Liena menghulurkan telefon Amanina yang sedari tadi di atas meja kepada gadis di sebelahnya itu.Dengan teragak-agak Amanina menyambutnya .”Call dia.Cakap nak jumpa malam ni jugak sebab nak jelaskan apa yang kau nak dia buat.Kau kena cepat kalau lambat kau juga yang merana nanti” pujuk Liena lagi.Amanina masih kebingungan .Apakah dia akan meneruskan rancangan Liena ini?’’

← NEWER
OLDER →