When I Miss You...

Layout by : Yeza리키
Background : xoxoxo
Best view by Google Chrome.

CHEMISTRY LAKONAN DAN REALITY
Selasa, 25 Oktober 2011 | 1 comments

Hai hari nie memang tak ada mood nk tulis dlm blog tapi tiba2 datang idea untuk menulis berkenaan dengan chemistry lakonan dan reality.Tentu korang semua pernah ada hero dan heroin yang digemari dan mengharapkan hubungan cinta mereka menjadi reality bukan setakat dlm lakonan sahaja.disini ada beberapa contoh pasangan hero dan heroin yang aku rasa mempunyai keserasian yang kuat dan chemistry yang menjadi.Pasangan hero dan heroin ini adalah mengikut citarasa dan fav aku.







AGNES MONICA


Glenn Alinskie


Glenn Alinskie dan AGnes Monica

Sebenarnya aku bukanlah peminat setia sinerot indonesia dan sinetro KAHWIN MASSAL adalah sinetro indonesia pertama yang aku tonton kerana selain jalan cerita yang menarik dan kelakar chemistry pasangan hero dan heroin drama ini iaitu Glenn dan AGnes memang serasi dan sepadan.






Jericho Rosales and Kristine Hermosa

Jericho Rosales and Kristine Hermosa

Gadingan pertama kali dlm drama FILIPPINA soap opera Pangako Sa 'Yo telah menjadikan drama ini mencatat rating yang tinggi di filippina.Pangako Sa 'Yo juga telah memenangi anugerah untuk Best Drama Series award di PMPC's Star Awards for Television.Walaupun pasangan ini pernah bercinta tetapi realitynya Kristine Hermosa sudah pun berkahwin dengan Oyo Boy Sotto salah seorg artor popular filippina setelah bercerai dengan Diether Ocampo.

P/S: Pasangan ini juga telah bergadingan sekali lagi untuk drama Sana'y Wala Nang Wakas sebagai Arabella Garcia dan Christian Soriano.Pada tahun 2009 drama
Dahil May Isang Ikaw sekali lagi mepertemukan mereka sebagai pasangan kekasih. Mereka berdua juga telah memenangi Most Popular Loveteam of Philippine Movies.




RUSDI RAMLI DAN ISTERI SHARON


MAYA KARIN


RUSDI RAMLI





RUSDI RAMLI DAN MAYA KARIN

ini antara pasangan hero dan heroin yang menjadi fav aku rusdi ramli dan maya karin.Keserasian mereka berdua dlm menhayati watak sangat berkesan terutama dlm filem WARIS JARI HANTU dan HATI MALAYA,tidak hairanlah RUSDI dan maya meraih anugerah untuk perlakon lelaki dan wanita terbaik untuk kedua2 fulem ini.Tapi keserasian mereka hanya di dlam filem sahaja kerana rusdi sudah pun sah menjadi milik Sharon Paul Abdullah seorg komposer dan penulis lirik terkenal dan maya karin masih lagi solo setelah berpisah dengan suaminya Steven.

P/S: setakat ini sudah 3 kali aku menonton filem WARIS JARI HANTU.watak yang dibawa oleh rusdi dlm filem ini memang betul2 meninggalkan kesan.








REMY ISHAK DAN TIZZ zaqyah
NUR amina Dan ADAM

Pasangan yang digadingkan dlm drama Nur kasih ini memang tidak asing lagi bagi pegemar drama melayu walaupun aku bukanlah salah seorg peminat drama nur kasih tetapi bagi aku chemistry antara REMY ISHAK dan tizz memang menjadi selain jalan cerita yang menarik.Bagi aku heroin yang sesuai digadingkan dengan remy adalah tizz

P/S: Harap2 ada penerbit dan pengarah yang akan mengadingkan remy dan tizz lagi dlm drama atau filem.Dengar khabarnya Remy dan tizz digoosipkan bercinta klau betul memang sepadan diog berdua nie.



freshie high school


Arthit Tangsawadrat dan Lakkana Huangmaneerungroj



Arthit Tangsawadrat dan Lakkana Huangmaneerungroj(panjang benor nama diorg nie ye)

Aon dan RYU.

Bagi pengemar drama thailand mesti pernah menonton Drama Remaja freshie high school.Kalau nak tahu aku adalah peminat setia drama ini masa sekolah lagi.Walaupun drama ini sudah lama ditayangkan tetapi chemistry antara dua teraju utama drama ini iaitu Arthit (ryu) dan Lakkana (AON)masih segar dlm ingatan.sweetkan pasangan ini tetapi reality Arthit Tangsawadrat sudahpun berkahwin dan Lakkana masih meneruskan karier seni dlm bidang nyanyian.


RAIN DAN SONG HYE KYO



RAIN DAN SONG HYE KYO

Chemistry antara rain dan song hye kyo memang tidak dinafikan lagi hingga fans mereka berdua mengelarkan BIKYO iaitu singkatan nama rain dan song hye kyo.Gadingan pertama kali mereka dlm drama korea FULL HOUSE telah menjadikan drama full house antara drama korea paling mencatat rating tertinggi penayangan di seluruh asia.SONG HYE KYO dan RAin juga telah menerima anugerah Best Couple di KBS Drama Awards 2004.Reality song hye kyo menjalinkan hubungan dengan perlakon korea Hyun Bin.

P/S: harap2 selepas ini akan ada lagi gadingan rain dan song hye kyo.dengar khabarnya FUL HOUSE 2 akan ada tetapi perlakon bukan lagi rain dan song hye kyo tentulah tidak sama kerna gadingan rain dan song hye kyo yang serasi menjadikan full house drama yang bestt sgttt. Rindu dengan telatah Han Ji-eun dan Lee Young-jae yang gaduh2 manja.




NORDIN AHMAD DAN LATIFAH OMAR

Antara pasangan melayu klasik yang menjadi favourite aku arwah nordin ahmad dan latifah omar.Bagi aku arwah Nordin ahmad memang sesuai digadingkan dengan Latifah Omar antara filem gadingan mereka yang menjadi kegemaran aku adalah Gurindam jiwa DAN sri mersing

P/S: antara lagu yang aku masih ingat dlm filem GURINDAM JIWA “Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan”.
aduh tangkap feel..








SHAHID KAPOOR DAN AMRITA RAO

Antara gadingan paling serasi.Filem pertama gadingan mereka berdua adalah ishq vishq mencatat filem box office selain dari vivah.Walaupun mereka berdua serasi bergadingan sebagai pasangan kekasih reality shahid kapoor digossipkan bercinta dengan priyanka chopra dan Amrita dikatakan sudah pun mempunyai kekasih.

P/S: mereka berdua mempunyai chemistry yang sama mcm pasangan kajol-shk.Tidak hairanlah filem2 gadingan mereka berdua kebanyakkan box office.



AARON AZIZ DAN ISTERI DIYANA

AARON AZIZ DAN SITI SALEHA

NORA ELENA DAN SETH TAN

Gadingan mereka berdua memang satu fenomena dan menjadi kegilaan selain dari faktor jalan cerita yang mantap chemistry AARON dan siti saleha menjadi antara tarikan drama NORA ELENA.Nora elena bukanlah gadingan pertama kali AARON dan SITI SALEHA sebelum ini mereka berdua pernah bergadingan dlm drama HABIL qabil.Reality Aaron sudah pun berkahwin dengan DIYANA .

P/S: Aaron aziz klau bagi watak romantik memang menjadi..tetapi gadingan heroin paling sesuai setakat ini adalah dengan siti saleha atau nasha aziz.



SHAHZ DAN MIERA LIYANA

FAEZAH ELAI DAN HAIQAL




ASMARA DAN ZALIYA


FAEZAH DAH SHAHZ..(ASMARA DAN ZALIYA)

FAEZAH ELAI DAN SHAHZJASLe

Ini antara pasangan favourite aku antara faktor aku minat kepada pasangan ini selain daripada chemistry ,kimia ,fizik yang ada pada mereka berdua ialah penhayatan pada lakonan iaitu mereka betul2 menjiwai watak ASMARA dan ZALIYA walaupun ending drama asmara2 memang betul2 buat aku sakit hati tambah hampeh..kerana jalan cerita asmara2 yang memang klise dan mendatar tetapi ramai peminat masih menungggu ke episode penamat kerana kebanyakkan mereka menyukai chemistry yang ada pada watak asmara dan zaliya.Drama Asmara ini juga telah menaikkan populariti SHAHJASZLE dan FAEZAH ELAI.Di masa kehangatan drama Asmara ini juga telah membuatkan fans2 asmaraliya iaitu gabungan nama ASMARA DAN ZALIYA sabar menanti untuk melihat asmara dan zaliya bersama di akhir episode tetapi tidak kesampaian..Realitynya Faezah sudah pun berkahwin dengan pengarah drama ASMARA ini iaitu HAIQAL HANIFAH dan SHAHZ digossipkan mempunyai hubungan cinta dengan perlakon baru Miera Leyana.

P/S:chemistry yang bagus tetapi ending asmara 2 hampeh..membuatkan seluruh fans ASMARALIYA frust termasuklah aku lama jugalah aku frust gara2 drama ASMARA nie sampai aku rasa nk boikot je penulis skrip DRAMA nie.satu je pesanan aku lainkali jangan buat sambungan klau jalan cerita tetap sama.klau ada ASMARA THE MOVIE aku fikir byk kali nk tgk kt pawagam bukan apa takut frust sekali lg..





fasha sadha




FASHA SADHA DAN ADYPUTRA

Pasangan kekasih dlm SAMSOM DELAILA ,CHINTA ini memang serasi bersama dlm menghayati watak sebagai pasangan yang bercinta tetapi reality ADY PUTRA adalah suami kepada aida tetapi bagi aku walaupun fasha sudah berlakon dengan banyak hero2 malaya ADY PUTRA tetap gadingan fasha yang paling serasi.








KUNWAR AMAR DAN SAKHTI MOHAN

Aku tahu korang mesti tak kenal mereka berdua ini, mereka berdua antara bakat baru yang meningkat naik di India terutama dlm bidang tarian dan lakonan dlm soap opera DIL DOSTI DANCE.Dlam post yang terdahulu aku ada kenalkan sapa mereka berdua ini dan kenapa aku boleh terminat kt mereka berdua.Keserasian dan chemistry mereka memang menjadi sebab utama kenapa DIL DOSTI DANCE menjadi popular di india,mereka juga mempunyai fansclub yang ditubuhakan atas gabungan nama mereka berdua ARSHA/KRISHA.(amar/sakti) dan watak lakonan mereka kria/rey.Sebenarnya chemistry diorg berdua bermula dari DANCE INDIA DANCE lg.(DID2).Dari keserasian itu sebenarnya yang menyebabkan penerbit memilih mereka berdua untuk menjadi teraju utama drama ini.Hakikat yang sebenarnya Kunwar Amar atau amar sudah pun mempunyai teman wanita dan SAkhti dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan salah seorg peserta DID 2 iaitu JACK.Walaupun kebanyakkan fans mereka berdua mengharapkan hubungan mereka lebih daripada seorg kawan hinggakan ada fans mereka yang menulis kisah mereka berdua bercinta dan jatuh cinta dlm bentuk tulisan dan berharap agar menjadi kenyataan..

p/s : rasanya klau amar nie kahwin dengan org lain dan sakhti sahkan hubungan sebenar dia dgn jack adakah rating drama ini akan turun.rasanya byk fans diorg akan merasa kecewa tetapi di masa hadapan kita tak tahukan manalah tahu mereka berdua betul2 felling in love hehe..



KAJOL DAN AJAY



reality SHAHRUKH KHAN DAN GAURI



SHAH RUKH KHAN DAN KAJOL

SHAHRUKH KHAN DAN KAJOL

Di bollywood juga ada pasangan yang digemari ramai dan sering menjadi pilihan penerbit dan pengarah antaranya adalah SHAHRUKH KHAN dan Kajol setiap filem yang mengadingkan mereka berdua dari filem pertama mereka iaitu Baazigar ,kuch kuch hota hai ,Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Khushi Kabhie Gham sering menjadi pilihan peminat mereka berdua dan kebanyakkan filem yang mengadingkan mereka berdua menjadi antara filem2 box office di serata dunia bukan sahaja di india.Tetapi reality pasangan ini tidak seperti rahul dan anjali dlm kuch kuch hota hai cinta dan keserasian mereka berdua hanya di dlm filem sahaja kerana KAJOL sudah pun menjadi isteri kepada Ajay Devgan yang juga seorg pelakon bollywood dan SHAHRUKH KHAN adalah suami kepada Gauri Khan seorg produser filem di bollywood.Tapi klau dlm filem mereka berdua ini macam bercinta betul kan..hehehe..walaupun mereka berdua tidak bercinta dlm dunia reality tetapi shahrukh khan dan kajol merupakan sahabat yang baik.




TIM LODEN DAN Yvonne Strahovski


ZACHARY LEVI DAN Yvonne Strahovski


ZACHARY LEVI DAN Yvonne Strahovski

Pasangan yang memegang watak chuck Bartowski dan Sarah walker ini keserasian mereka berdua yang menjadikan CHUCK sebagai tv series SPY yang diminati ramai selain dari jalan cerita yang menarik sampai ada diantara fans mereka berdua yang memberikan gelaran CHARAH singkatan kepada nama chuck dan sarah .Disebabkan keserasian mereka berdua hinggakan apabila pengarah dan penerbit CHUCK menwujudkan konflik perhubungan antara chuck dan sarah dengan menwujudkan watak org ketiga pada season 3 chuck rating untuk cerita chuck jatuh dan kebanyakkan fans Chuck memberikan respon yang negatif hinggakan pengarah chuck iaitu Josh Schwartz dan Chris Fedak membuatkan kedua watak ini jatuh cinta dan akhirnya berkahwin.kebanyakkan fans CHUCK mengharapkan dlm dunia reality iaitu perhubungan antara ZACH dan Yvonne juga berakhir seperti chuck dan sarah,tetapi realitynya Yvonne Strahovski actress yang berasal dari Australia ini sudah pun mempunyai teman lelaki iaitu Tim Loden.

← NEWER
OLDER →