When I Miss You...

Layout by : Yeza리키
Background : xoxoxo
Best view by Google Chrome.

CUCUR BAWANG KOPI O KARYA HASRUDI JAWAWI BAB 1 DAN 2
Rabu, 1 Jun 2011 | 4 comments





PERLAKON UTAMA:

SHAHZJASZLE - ISKANDAR
FAEZAH ELAI - RUDIANA

KHAIRULNIZAM – GAMBIT SAIFULLAH
ROSALINDA - WATIE



PENGENALAN….


siapa sangka cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu sketsa perang ditepi jalan.Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi.Kerana terdesak ,Rudiana terpaksa berkahwin dengan iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata .Bila sudah duduk serumah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala.Perkahwinan mereka hanya sekadar diatas kertas dan terus menjadi rahsia.Kemunculan Khairulnizam membuatkan iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tetarik hati dengan Rudiana.

‘’Esok ajelah ,hari dah malam .Aku perlu kuat.Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul cintakanya.Walaupun cinta aku ditolak aku kecewa dengan bergaya.Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi…ISKANDAR

‘’Andai bisa kau aku miliki akan aku laksanakan kau bagai bulan.Akan kunanti setiap hari.Akan kurindu setiap waktu .Walaupun cahayamu terkadang kelam .serimu tidak pernah berbalam.Andai kau laksana bulan ,aku laksana mentari .Saling berkongsi cahaya,mengindahkan siang dan menyerikan malam.Kau begitu indah dimataku…KHAIRULNIZAM

“Cinta tidak pernah celik menilai manusia.sesiapa pun boleh merasai cinta.Sesiapa pun layak jatuh cinta.Yang pandai menilai hanyalah hati.Mata pun boleh menjadi buta kerana cinta.Kalau dah cinta seburuk mana pun dia dimata insan lain dia tetap cantik dimata kita..itulah kuasa cinta……RUDIANA


BAB 1

Rudiana berlari lintang pukang seperti dikejar anjing gila.seorg lelaki sedang mengejarnya dari belakang,Dada Rudiana berombak berombak laju menghembus nafas .Semakin sesak rasanya .Namun apa yang berada ditangannya ini lebih diutamakan .Perlu dijaga rapi.
''woi berhenti !berhenti aku kata !pekik lelaki itu dengan sekuat hati.Berdengung suara lelaki itu melantun dari dinding bangunan.Lorong kecil itu perlu diredah mengejar manusia yang tidak bermoral itu.Larian diteruskan sehingga sampai di kawasan yang agak ramai manusia .Berlari dicelah-celah manusia memudahkan Rudiana mengelak dari terus dikejar lelaki itu.

Rudiana: aku tak kira apa nak jadi pun.jadilah.Yang Penting benda ni akan masuk ke dalam perut aku..Ada betulnya kata org malang memang tidak berbau macam minyak wangi Escada sudah pasti ramai ramai yang sentiasa berhati-hati .Kerana terlalu taksub dengan apa yang dipegangnya mata Rudiana sudah tidak pandang ke depan sedangkan kakinya terus berlari laju.Tubuh terus mengelak segala halangan yang ada di hadapan mata .Entah macammana nasib malang lebih menghampiri Rudiana hari ini.Kebiasaannya dia akan lepas dari menlakukan aktiviti kesukaannya merangkap hobinya itu.Tapi kali ini dia tewas .Bak perpatah melayu sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
''kedebuk! Rudiana terlanggar pintu sebuah kereta yang tiba-tiba terbuka ditepi jalan itu.Tubuhnya melantun balik ke belakang lalu rebah ke tanah.sakitnya hanya tuhan yang tahu.

''Aduh! Rudiana mengeluh panjang .Dia memandang apa yang dipegangnya ketika ini.
''Hui ....nasib baik tak jatuh.Kalau tak meraung perut aku beb!'' luah Rudiana lega sambil tersemyum puas .Dia mula bangun .Amarahnya masih meluap-luap.
Seorg lelaki berkemeja ketat berwarna merah jambu berjalur biru dan berseluar slek kemas dipadankan dengan kasut hitam berkilat melangkah keluar dari kereta itu.

''Cik tak apa-apa ke? tanya lelaki itu kelihatan risau .Terkejut pun ada .Iyalah baru sahaja dia nak buka pintu kereta tiba-tiba pintu keretanya yang tidak bersalah itu dirempuh dari arah depan.Mujurlah dia belum mengeluarkan kakinya .Jika tidak ,mahu patah riuk tulang betisnya..Rudiana membetulkan t-shirtnya .Topi hitam dikepala dibetulkan juga.Bengang perasaannya .Mengah didada diredakan dengan mengambil nafas berulang kali.
Lelaki itu memandangnya hairan.Dia ni perempuan ke atau lelaki?Detik lelaki itu sambil memandang ke seluruh tubuh manusia dihadapannya.Dia keliru.

'' Lu buta ke apa ? Tak nampak gua nak lalu sini tadi .Masa gua lari kat sini masa tu juga lu nak bukak pintu .Nasib baik gua tak parah bro .Kalau gua parah gua tadi, gua tuntut ganti rugi lima juta woo.’’sesedap oren Rudiana menyembur lelaki yang kelihatan terpinga-pinga dihadapannya .Sudahnya dia yang yang salah .Maaf pun tak ada.

Lelaki itu terkejut .Apa hal plk aku yang kena marah ni? Bukan ke dia yang langgar kereta aku yang tak bernyawa ni.Lelaki itu juga mula naik darah.Tiba-tiba disembur dengan maki hamun depan org ramai..Siapa boleh sabar beb!

‘’Eh .encik .Encik yang langgar kereta saya tau? Kenapa pulak nak marah saya? Lagipun ,ini memang kawasan parkir kereta.Semua yang nak masuk ke dalam bangunan ni akan parking kereta dihadapan bangunan ni” jelas lelaki itu sambil mendepakan tangan kea rah bangunan di sisi kanannya yang tersengam megah.

“Lagipun ,banyak lagi kawasan kat Malaysia ni boleh dijadikan kawasan tempat awak berlari .Kenapa kat depan bangunan pejabat saya ni jugak awak pilih untuk main kejar-kejar ? Pergilah berlari kat stadium Merdeka ke tasik Titiwangsa ke”.sambung lelaki itu lagi.

Rudiana terkejut .Amboi Nampak macam pendiam.Sekali dia bercakap ,membebel dah macam murai kena cabut ekor .Pedih telinga aku dengar .Ada ke dia gelar aku encik?Gumam Rudiana sambil menunjukkan gaya gengsternya .

“Suka-suki hati lu aje kan? Nak panggil gua encik ?Apa? Lu ingat lu dah bagus dengan baju pink cerah ni?Ada ke lelaki macho pakai baju pink?ujar Rudiana tetap tidak mahu ketinggalan memaki lelaki di hadapannya itu.Lelaki itu sudah mengetap bibir menahan geram .Namun perasaan itu ditahan.

“Kau nie lelaki ke perempuan ?Atau kau ni peng….”Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, satu penumbuk menghempas pipi lelaki itu.Wajah lelaki itu terpaling ke kanan.Hujung pipi sebelah kirinya dipegang.Terasa pedih dan kebas buat seketika .Dia tumbuk aku?Ini dah lebih .Belum sempat dia menyerang balas,tiba-tiba kedengaran suara lelaki menjerit dari jauh.

“Bang! Tangkap budak tue bang!”Mendengar suara itu membuatkan Rudiana kecut perut.Dengan kudrat yang masih bersisa dia mula menyusun langkah .Belum pun sempat dia melangkah jauh,tangannya sudah direntap oleh lelaki tadi.

“Woi! Apa ni?Lepaskan aku !Lepaslah “teriak Rudiana sambil memukul-mukul tangan lelaki itu yang kuat mencengkam pergelangan tangannya.
Lelaki itu tetawa sinis.Aku ingatkan kuatlah sangat budak ni.Tadi berlagak macam gangster kampun.Sekarang?Merengek macam perempuan.Dia ni lelaki ke perempuan?Nak kata perempuan .kenapa badan dia sekeping aje?Tak Nampak pun apa yang sepatutnya seorg perempuan ada?Sempat lagi lelaki itu berfikir-fikr dalam keadaan cemas begitu.

Rudiana tiada pilihan.Dengan kudrat yang ada walaupun rasa kasihan dan simpati .dia terpaksa lakukan.Tapi apa pilihan yang dia ada.Hanya ini sahajalah jalan yang dia ada untuk melepaskan diri.Dia menghayunkan kepala lututnya ke celah kelangkang lelaki itu.

Cengkaman tangan lelaki itu terlepas .Merah padam muka lelaki itu sambil menahan celah kelangkangnya menahan sakit.Dengan pantas zaliya melangkah lari.Namun sekali lagi Rudiana merempuh pintu kereta yang tiba-tiba terbuka .dia terdampar lagi di atas tanah.Tiada lagi kesempatan untuk dia melarikan diri .Lelaki yang mengejarnya tadi dengan pantas mencengkam kolar baju Rudiana.

“Bang !Maafkan saya bang .Tak ada niat pun nak curi!’’pohon Rudiana sambil mengikut rentak tangan lelaki itu yang kuat mencengkam kolar bajunya.
“Banyaklah kau punya maaf.Masuk kali ni lebih 30 kali kau curi cucur bawang aku.Bagi balik!”maki lelaki itu sambil merampas cucur bawang yang ada ditangan Rudiana.Tiga biji cucur bawang yang dicucuk pada lidi sate .Dijual dengan harga seringgit satu cucuk ,rugi rasanya kalau hari-hari kena curi.

“ Alah abang ni,saya bukan ambil banyak pun.satu cucuk aje.Tu pun kedekut.Bukan rugi pun?’’sempat lagi Rudiana mempertikaikan walaupun nyawa sudah di hujung tanduk.

“Banyaklah kau.Kau cuba kumpul balik dari hari pertama kau curi cucur bawang aku sampai sekarang.Anggaran dah lebih dari 30 cucuk .Aku dah rugi 30 ringgit disebabkan manusia macam kau ni tau?’’Kau tau tak makanan ni akan jadi darah daging?Kau tak takut kena bakar dalam api neraka kat akhirat nanti?”lelaki it uterus memaki.Aduh,aku ingat dia ni peniaga jual makanan bergoreng aje.Rupanya merangkap ustaz jugak,gumam Rudiana.

“Alah bang nanti raya saya datanglah rumah abang mintak maaf zahir dan batin.Halalkan segala makan minum saya.Tahun lepas masa abang buat open house ,saya datang tau walaupun tak dijemput,Kan saya ada mintak maaf .Abang je tak perasan”
Lelaki yang sedang kuat mencengkam kolar bajunya itu terpinga-pinga seketika.Ada ke?Tak perasaan pun?

“Bang bawa dia ke balai bang”Tiba-tiba lelaki berkemeja merah jambu tadi muncul dengan muka bengang.
“Huh?Balai?Balai apa? Balai raya?’’sempat lagi Rudiana loyar buruk.

“ Balai polis.Masukkan kau dalam jail .padan muka kau” ejek lelaki itu penuh amarah.’’Apa? Balai polis?” Rudiana terkejut besar ,”Takkan disebabkan cucur bawang abang yang tak berapa sedap ni pun kena pergi balai polis?”Nama je cucur bawang.bawang tak Nampak pun?” sambungnya lagi.Sempat lagi mengkritik .

“Sempat lagi kau kutuk cucur bawang aku ya?”Kalau tak sedap kenapa kau curi?”Dah ,jangan nak banyak songel.Jom aku bawa kau ke balai”.Lelaki yang menjual cucur bawang itu tetap dengan perdiriannya.Lelaki yang menjadi mangsa tendangan hamper maut Rudiana tadi tertawa sinis.

“Rosalinda!Tolong aku!’’ pekik Rudiana dalam tangis.




“Kau ni betul-betul buat aku malu tau tak”?marah Rosalinda sambil menunjal kepala Rudiana semahunya.Rudiana merengus bosan sambil bersungut .Lehernya yang merah diusap lembut .Dek tercekik kuat dengan kolar baju akibat perbuatan si penjual cucur bawang tadi menyebabkan lehernya merah dan pedih.’’Sejak bila kau buat kerja tak berfaedah ni?” Tanya Rosalinda sambil menghempas kasar punggungnya diatas sofa yang bersebelahan dengan Rudiana.
‘’Punyalah banyak benda kat dunia ni apa hal kau nak curi cucur badak tu jugak?’’ sambung Rosalinda.’’Bila masa pula cucur bawang boleh jadi cucur badak ?’’pintas Rudiana membetulkan .’’sukahati akulah mulut aku’’tepis Rosalinda pantas.ingin menutup rasa malu sebenarnya sebab sudah tersalah sebut.’’Lainkali kalau nak curi pun,curilah ayam KFC ke,burger McD ke ,Pizza Hut ke.Baru ada kelas .Ni curi cucur badak secucuk seringgit .Lepas tu lari.Dah macam merompak Bank Negara .Dah kena tangkap aku juga jadi mangsa kena jaja muka kat balai polis.Nasib baik abang cucur badak tu boleh berkompromi .Settle tepi selepas aku bayar 40 ringgit.Kalau tak satu kerja pulak aku nak jamin kau .Melawat kau bawak ketupat dan rendang masa hari raya ke jail”.Rosalinda sudah membebel macam emak tiri.Aduh.si Rosalinda ni kalau membebel kalah mak kiah sebelah rumah.Nak tak nak terpaksalah aku tadah telinga jugak.Dah salah aku .Pasrah ajelah kena bebel ,gumam Rudiana sambil menadah telinga.
‘’Bukan cucur badaklah .Cucur bawang .Berapa kali aku nak cakap ?’’Yang kau ni nak feeling sampai nak bawak ketupat dan rendang untuk aku masa raya ke jail ni apa hal?’’Berangan lebihlah minah ni.’’Kenapa ?”Teringin nak melawat banduan masa hari raya ke.Kesalahan aku bukannya merompak jutaan ringgit .Hanya cucur bawang berharga seringgit .Takkanlah sampai nak kena masuk jail sampai raya kut”?ujar Rudiana sambil membuat muka bosan.Skrin televisyen plasma di hadapannya dipandang .Sinetron dari Negara jiran sedang ditontonnya.Sekadar menonton mahu menghilangkan rasa bosan sebab kena lecture dengan Rosalinda merangkap kawan baiknya.
‘’Oh yak e?’’ over sangat ke imaginasi aku”?tanya Rosalinda sambil tersengih sumbing.Rudiana menjeling siling.Menyampah.’’Kalau kau nak tahu ,masuk tadi dah lebih 30 kali aku curi cucur udang kat kedai abang tu.Kau bayar 40 ringgit tu cukuplah bayar ganti rugi cucur udang yang aku dah curi selama ni” jelas Rudiana selamba tanpa ada perasaan bersalah.Rambutnya yang separas telinga dibiarkan serabai .Dia memang suka gaya itu,Rosalinda mengetap gigi menahan geram.Namun tiada kata-kata diluahkan .Dia tahu apa yang dia cakap pasti ada sahaja yang akan dijawap Rudiana.Dia sudah masak dengan perangai gadis itu.
‘’ Lain kali kalau kau tak ada duit nak beli makanan cakaplah dengan aku.Kau anggap aku ni siapa dalam hidup kau.kau tu dahlah anak yatim piatu .Tak ada siapa dalam dunia ni .Kalau terjadi apa-apa pada kau siapa susah?’’Aku juga .tau?’’Dah dekat 10 tahun kita duduk serumah takkan kau masih janggal dengan aku?’’ujar Rosalinda sudah buat babak telenovella.
Rudiana mengeluh lembut.Tiba-tiba dia terjentik dengan kata-kata Rosalinda itu.Semenjak ibubapanya meninggal dunia 10 tahun lalu,hidupnya hilang punca .Dalam usia 15 tahun dia sudah berani ke ibu kota untuk menyara hidupnya.Dia sudah tiada sesiapa di dunia ini .Mau harapkan saudara –maranya yang terdekat ,dia sendiri tidak pernah mengenali saudara-maranya .Emaknya tidak pernah bercerita tantang saudara –maranya yang lain.Apa yang dia tahu ayahnya meninggal dunia semasa dia masih kecil.Rudiana mengenali Rosalinda semasa berkerja di sebuah pusat beli belah sebagai cashier 10 tahun lalu.Dari situ hubungan mereka terus baik .Rosalinda juga anak yatim piatu yang turun mencari rezeki di ibu kota .Namun nasib lebih menyebelahi Rosalinda.Kini Rosalinda sudah memegang jawatan sebagai sentiausaha di tempatnya bekerja.Namun nasib Rudiana selalu malang.Sering dibuang kerja kerana sifat suka ikut kepalanya sendiri yang sukar dibandung.Berpuluh kali bertukar kerja.Sehinggalah kembali menganggur .Hampir tiga bulan juga dia menjadi penganggur terhormat di pangsapuri itu.
Mujurlah ada Rosalinda yang telah menerimanya sebagai sebahagian dari hidup wanita itu.Rosalinda telah menganggapnya seperti adiknya sendiri .Rosalinda tidak pernah berkira dengannya .Sama ada yang berkaitan dengan duit atau makanan.Sewa pun Rosalinda yang bayar .Dia terlalu menyayangi Rosalinda kerana sudi menerima dirinya menjadi sebahagian dari hidup wanita berkerjaya itu.Walaupun hanya sekadar SPM rezeki untuk org hyang terus berusaha tidak akan putus .Tapi dia?,entahlah ……..apalah nak jadi dengan Rudiana .Degil.Rosalinda rasa serba salah selepas melihat wajah Rudiana tiba-tiba sugul.Aduh aku dah terlepas cakap ke?’’dengan perlahan dia menghampiri Rudiana.
‘’Diana ,maafkan aku kalau kata-kata aku tadi ada menyinggung perasaan kau.Tapi aku Cuma nak kau tahu.Kita kenal bukan baru setahun dua.Kita senasib .Mak ayah kita dah lama tinggalkan kita.Aku nak kau jadi org yang berguna diana .Kalau tak ada duit cakap .aku boleh bagi apa yang aku termampu.Kan banyak makanan kat dapur tu kenapa tak masak aje?’’Stok mi segera kesukaan kau tu.Aku baru refill minggu lepas.Kenapa tak masak aje mi segera tu?’’pujuk Rosalinda cuba mengembalikan keceriaan Rudiana.Tanpa keceriaan Rudiana yang melampaui batas,pasti hidupnya akan sunyi .Walaupun gaya Rudiana agak kasar dan persis lelaki,tapi dia tahu isihati Rudiana yang sebenar.
‘’Aku malulah dengan kau Rosa.Kau selalu tolong aku.Dah dekat tiga bulan aku tak kerja .Tak mampu aku nak bayar hutang kau nanti.”jelas Rudiana apa yang terbuku didalam hatinya.itulah perasaannya ketika ini.Terlalu banyak budi Rosalinda yang telah ditelan .Kata org termakan budi .tergadai body.Tapi nak ke Rosa ni body aku?’’ops! Tiba-tiba Rosalinda bangun dengan penuh bergaya .Rudiana terkejut.
“Kurasakan pudar dalam hati ,rasa cinta yang tiada lagi untukku ,kulelah dengan semua yang ada inginku lepas semua……”Dengan penuh ceria Rosalinda menyanyikan lagu Pudar nyanyian Rossa dan meniru gaya penyanyi itu dalam video klip lagu itu.
“Kau ni sengallah!” maki Rudiana sambil mencampak sebiji bantal berbentuk bulat yang menjadi perhiasan sofa ke arah Rosalinda .Bantal itu betul-betul terkena muka Rosalinda.
“Sakitlah!” marah Rosalinda lalu mencapai bantal itu.Dengan perasaan bengang ,dia memukul Rudiana berkali-kali dengan menggunakan bantal itu.mereka berdua terus main pukul-pukul bantal.Hilang terus kesedihan dan kemarahan mereka.Hilang juga topic cucur bawang tadi.Begitulah hidup mereka.Walaupun ada kesedihan bila teringat diri yatim piatu .Namun keceriaan juga masih berada dihati mereka.

Iskandar berjalan terkengkang-kengkang .Wajahnya kelihatan berkerut seolah-olah sedang menahan perit.Apalah malang nasibnya hari ini.Selesai minum petang dengan seorg pelanggan tadi tiba-tiba dia dipertemukan dengan seorg insan yang masih keliru jantinanya.Dari nada suara macam perempuan .Tapi imej Nampak macam lelaki.Dia mengeluh senak sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi penuh berhati-hati .Rasa senaknya masih terasa,
“Tak guna betul banyak-banyak tempat kat situ jugak dia nak pukul.Aku rasa budak tu mesti perempuan .Kalau lelaki mustahil akan pukul kat situ.Sebab semua lelaki tahu betapa seksanya bila dipukul kat situ.Aku rasa budak tu perempuan.Ya,perempuan “,kata iskandar yakin dengan tanggapanya,.
‘’Tapi ,budak tu tak macam perempuan pun”? ujar iskandar kembali keliru.
‘’Tuk!Tuk!Tuk! Tiba –tiba pintu pejabatnya diketuk.serta merta menghancurkan lamunan lelaki itu.Rasa senaknya masih terasa hingga ke perut .”Masuk!’’ laung iskandar .
“Assalamualaikom”. Khairulnizam member salam selepas daun pintu dikuak ke dalam.Terjengul kepalanya di muka pintu.’’Waalaikumussalam.Masuklah,tak perlu nak tercegat kat pintu tu”suruh iskandar.Khairulnizam tertawa senang hati lalu melangkah untuk masuk ke dalam pejabat serba santai itu.Langkah terus disusun menuju ke meja kawannya itu untuk bersalaman.Iskandar bangun sambil menghulurkan salam pada sahabat baiknya sejak university itu.Lalu mereka berpelukkan seketika.Namun,pergerakannya terbatas dek senak yang masih terasa .Berkerut dahinya menahan pedih.
“Kau apa hal pulak ni?’’tanya khairulnizam selepas pelukan terlerai.Hairan melihat kerutan di wajah iskandar yang jelas kelihatan .Seolah-olah sedang menahan kesakitan.Iskandar tidak terus menjawap .Dengan penuh berhati-hati dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi semula.’’Tadi kat bawah ,ada seorg hamba allah itu dengan suka hati dia aje pukul celah kelangkang aku dengan lutut dia.Tak bermoral betul manusia itu” jawap iskandar perit.
Berkerut dahi khairulnizam memandang iskandar sebelum tergelak.Punggung dilabuhkan di atas kerusi empuk dihadapan meja iskandar.’’macam mana hamba allah tu boleh pukul kau kat situ?’’Mesti perempuan kan?’’ Tanya kahairulnizam sambil menyelesakan duduknya.Iskandar menjeling bengang pada khairulnizam .Org tengah sakit dia boleh gelak pulak.gumamnya.
“Entahlah .aku pun confuse sama ada hamba Allah itu lelaki atau perempuan .Dari gaya pakaiannya macam lelaki Tapi suara dia macam perempuan” ujar iskandar masih keliru.
Khairulnizam masih tertawa.’’Tomboi kut”tebak khairulnizam sambilm menghabiskan sisa ketawanya.Iskandar menjeling maut .Bengang .Dia tidak member apa-apa kata. Malas meneruskan topic itu.Semakin dilayan semakin menjadi-jadi khairulnizam mengusiknya.
Diam seketika .
‘’Ada apa hal kau datang ofis aku ni? Dah dekat sebulan kau tak bertandang ke sini.Rindukan aku ke ?’ ujar iskandar menukar topic.
‘’Rindu kau ?Buang masa aku aku saje rindukan kau .Baik aku rindukan awek dari rindukan kau .Tak mendatangkan hasil langsung “jawap khairulnizam menyambung gelak..
“Dah tu? Takkan kau datang sini nak buat lawatan kut”?Bukanlah.Aku kan outstation ke bandung minggu lepas.Baru balik sini semalam .Aku datang ni sebab nak jumpa kau nak Tanya pasal pengasuh anak-anak kau tu.Sebab aku dengar cerita kau sedang giat mencari pengasuh untuk anak-anak kau betul ke?’’ ujar khairulnizam tentang tujuan dia bertandang ke pejabat iskandar.
Iskandar mengeluh halus.Entahlah dah dekat 30 org aku upah .Seorg pun tak tahan .Paling lama pun lima hari aje mereka tahan.lepas tue cabut lari.Tension kepala aku nizam.” Jawap iskandar sambil memicit hujung dahinya.Bila memikirkan masalah pengasuh anaknya pasti akan buat dia tertekan.Anak-anaknya terlalu degil.Ada sahaja rancangan nak mengenakan pengasuhnya .Dia sudah buntu .Tidak tahu bagaimana lagi cara untuk mengurangkan kedegilan dan kenakalan anak-anaknya.
‘’kau dah cuba cari ibunya?’’lanjut khairulnizam tanpa memikirkan soalan itu akan menjentik hati iskandar.Seperti yang diduga iskandar terjentik dengan pertanyaan itu.Dia sendiri tidak tahu kenapa semua ini boleh berlaku .Selama ini dia sudah buat yang terbaik untuk kebahagiaanya .Namun disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.Mahligai yang disangka indah selamanya berderai dalam sekelip mata di saat mahligai itu baru siap dibina.Cintanya selama ini telah hidup disebalik kedustaan.
Kata org bercinta selepas bernikah membahagiakan .Dan itulah yang diinginkan.Menikmati kehebatan cinta selepas sah bernikah.Namun.semua itu tidak berlaku padanya disaat selesai akad nikah semuanya terbongkar .selama ini dia hidup dalam pernipuan bekas isterinya.Berkenalan bercinta dan bertunang itu perlu.Jangan terlalu ikutkan prinsip hidup mahu bercinta selepas bernikah.Dia menduda sebelum mengecapi nikmat berumah tangga .Menjadi bapa sebelum sempat berasmaradana .Itulah liku-liku hidupnya yang perlu dia lalui.Walaupun perit dia tetap telan dan menempuhinya dengan redha.
Isakandar hanya memandang wajah khairulnizam yang terus menanti jawapan darinya.Tiada jawapan diberikan.Apa yang pasti dia malas meneruskan topic itu.

Bad 2


‘’A rgh !!! kedengaran suara jeritan dari dapur.iskandar yang sedang mengetatkan tali lehernya dihadapan cermin di almari terkejut dengan pekikan itu .Dengan perasaan cemas dan berdebar dia menyusun langkah ke aras bawah menuju ke dapur.
Sampai sahaja di dapur iskandar terkaku.Terkejut melihat pengasuh anak-anaknya tertiarap di atas lantai berlumuran tepung dan telur mentah di muka .menangis seperti anak kecil.
“Ya allah Siah ,apa hal dengan awk ni?’’tanya iskandar cuba menolong.Namun bila memikirkan dirinya sudah siap mahu ke pejabat dia memberhentikan niatnya itu.Dia hanya berdiri di muka pintu yang memghubungkan ruang makan dan dapur.
“Tuan ,saya dah tak sanggup nak jaga budak-budak ni.Budak-budak ni degil yang teramat sangat.Saya nak berhenti kerja sekarang juga”.ujar Siah mengongoi macam budak kecil.Lelehan telur mentah di kepalanya kelihatan menitik masuk ke dalam mulutnya.Dengan selamba dia menelan lelehan itu.Entah tak perasan atau sengaja buat tak perasan Iskandar sudah menutup mulut menahan mual.Nak termuntah dibuatnya.
“Tapi awak baru mula kerja kelmarin ,tak rasa awal sangat ke nak berhenti?’ Tanya iskandar hairan.Dia mengharap agar pengasuh anak-anaknya itu boleh melanjutkan waktu berhenti kerjanya.Sekurang-kurang selepas dia mencari pengasuh baru.
“Awal tak awal .Yang penting saya nak berhenti tuan.Saya tak tahan nak jaga budak-budak degil .Tak apalah tuan .Saya tak dapat gaji pun taka pa.Saya tak sanggup nak jaga budak-budak ni lagi.”jelas siah sambil bangun.Tepung di mukanya diseka.Sudah seperti memakai bedak sejuk rupanya.
“Tapi…”
‘’No tapi,tapi.Ini keputusan muktamat saya .Saya nak berhenti .Read my lips”.Siah memuncungkan bibirnya.”Saya nak berhenti “.Boleh tak berhenti lusa atau minggu depan ke?’’iskandar masih cuba memujuk dan dia berharap pujukannya berhasil .
‘’No way”Siah tetap dengan keputusannya.”Tapi saya nak pergi ofis ni.Siapa nak uruskan budak-budak ni ?’’Lantaklah tuan.itu bukan masalah saya .Yang penting saya nak berhenti .Pandai-pandailah tuan jaga anak-anak tuan yang tak bermoral tu.Saya resigh.Benci”.Sempat Siah merengus benci sebelum meninggalkan dapur.
“Kedebuk!Iskandar terkejut bila terdengar seperti bunyi nangka busuk menghempas tanah.
“Adoi !’’ jerit Siah yang sudah terlentang di atas lantai menahan sakit.Iskandar terlopong .Tidak jauh dari situ kelihatan Harez dan Maisarah sudah tertawa macam pecah perut melihat Siah dah macam kentang bersalut tepung sedang terlentang menahan sakit di atas lantai.Terpeleset disebabkan sesuatu yang licin di permukaan lantai.
“Rez!Mai! “pekik Iskandar bengis sekali.Kalau bukan anak-anaknya itu yang buat semua ini,siapa lagi.Termasuk Siah sudah 35 pengasuh yang tidak tahan dengan kerenah degil anak-anaknya itu.Harez dan Maisarah menutup mulut.Terkejut melihat papanya sudah membengis persis singa jantan kelaparan.Liur ditelan kesat.

Bau seperti makan bergorengan telah menjentik deria bau Rudiana.Serta merta perutnya beralun keroncong .Hari baru menjelma .Bermula lagi kisah hidupnya hari ini.Dia sudah kebosanan.Tidak tahu untuk buat apa lagi.Segala DVD dan VCD drama tempatan dan luar Negara sudah ditontonnya.Sehingga ada yang diulang tayang beberapa kali semata-mata ingin menghilangkan rasa bosan.Dengan rasa lesu yang masih bersisa ,digagah juga tubuhnya untuk duduk.Rudiana lebih selesa tidur diruang tamu.Diatas toto yang dibentang dihadapan televisyennya .
Bunyi dentingkan pinggang berlaga di dapur sedikit sebanyak telah membingitkan telinga. Sudah pasti Rosalinda sedang menyediakan sarapan pagi. Tapi dia hairan. Biasanya Rosalinda hanya menyediakan roti dan air kopi panas saja. Tapi pagi ini dia merasakan ada manu istimewa untuk mereka berdua. Kebiasaannya kalau rajin pun, hanya roti bakar sahaja Rosalinda akan sediakan. Tapi pagi ini… ada bau yang cukup menyelerakan. Seolah bau ini selalu mencucuk hidungnya.

Dengan muka mamai dan keadaan rambut yang kusut masai dah macam penyanyi wanita tahun 80-an, dia melangkah ke dapur.

“Mak ai! Banyak gila!!!” terkejut bukan kepalang Rudiana bila melihat apa yang terhidang di atas meja. Ini kali pertama dia melihat longgokan itu.

“Hai puteri kembang semangkuk. Buang tabiat ke? Awal bangun? Biasanya selagi jurum pendek jam kat dinding tu tak mencecah angka 12. Jangan harap kau nak celikan mata,” tegur Rosalinda yang muncul dari dapur bersama seteko air kopi panas yang baharu siap dibancuh.

“Kau perli aku ke ni?” tanya Rudiana masih terkesima melihat selonggok cucur bawang di atas meja. Bukan sedikit. Banyak!

Rosalinda menahan gelak sambil menuang kopi panas yang dibancuhnya tadi ke dalam cawan. “Mana ada aku perli kau?”

“Tak pernah-pernah kau buat cucur bawang pagi-pagi buta hari berkerja macam ni. Biasanya hujung minggu aje kau rajin buat breakfast. Hari ni rajin pulak kau mengoreng. Banyak pulak tu. Siap perli aku lagi.” Ujar Rudiana lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Rosalinda.

“Mana ada aku perli kau,” Rosalinda masih berdalih sambil menahan gelak.

“Kalau tak perli, apa hal kau cucuk cucur bawang ni pada lidi sate ni?” tanya Rudiana sambil mencapai secucuk cucur bawang di atas meja. “Tak ke ni namanya memerli aku. Bukan sikit, lebih 20 cucuk ni.” Sambung Rudiana sambil menyumbat seketul cucur bawang yang dibuat oleh Rosalinda. Penuh mulutnya dengan cucur bawang itu.

Rosalinda memburaikan ketawanya. Memang itu pun niatnya. Memerli kawan baiknya itu.

“Yelah, aku harap aku buat cucur bawang ni cukup untuk stok satu hari ni. Tak payahlah kau nak mencuri cucur bawang abang kat depan pejabat aku tu. Lain kali kalau teringin sangat nak makan cucur bawang, cakap ajelah. Aku boleh buatkan,” sindir Rosalinda.

“Kau, kan busy. Kerja pergi pagi balik petang. Balik pulak muka dah toya. Dah macam penat gila baharu balik dari berkebun tanam pokok petai!” balas Rudiana.

“Kau gila? Kau tahu tak pokok petai tu memakan masa lima hingga sepuluh tahun baharu berbuah? Kau ingat pokok petai tu macam pokok terung? Tanam hari ni bulan depan dah boleh petik hasilnya? Orang petik petai pun biasanya dalam hutan tau?” maki Rosalinda.

Rudiana tersegih sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. “Oh ye ke? Manalah aku tahu.”

Rosalinda menjeling menyampah. “Setakat nak buat cucur bawang ni apalah sangat. Dalam masa dua jam aku dah settlekan semua ni tau?” Rosalinda kembali ke topik asal.

“Sempat kau beli tepung, bawang dengan lidi sate ni, kan?” perli Rudiana sambil mencapai secucuk lagi cucur bawang. Berselera sekali dia makan. Lagi-lagi cucur bawang itu masih panas. Semakin terbuka seleranya.

“Malam tadi masa kita pergi Carrefour aku kaut sekali. Kau aje yang tak perasan. Sibuk dengan makanan ringan kau tu.” Jawab Rosalinda sambil menyuap sedikit cucur bawang ke mulut.

“Tapi cucur bawang kau ni lagi sedap. Banyak bawang. Tak macam cucur bawang abang tu. Tak nampak bawangnya. Tapi ada rasa bawang. Mungkin dia kisar kut bawang tu. Nak jimat.”

Rosalinda yang mencebik. Air kopinya dihirup sedikit.

Diam seketika.

“Apa plan kau hari ni? Nak tengok DVD lagi ke? Aku ada beli DVD terbaharu semalam kat pasar malam.” Rosalinda menukar topik perbualan.

“Sempat lagi kau membeli, kan?”

“Aku beli sebab fikirkan kau. Kebosanan duduk kat rumah. Aku takut kau buat lagi kerja gila kau tu, mencuri cucur bawang abang kat depan pejabat aku tu. Adalah dalam dua tiga movie. Kau layanlah nanti.”

Rudiana angguk sambil menghirup air kopinya.

Diam.

“Emm… kat ofis kau tak ada kerja kosong ke?” kali ini Rudiana pula menukar topik. Perbualan berubah mood serius.

Rosalinda diam. Berfikir-fikir sejenak. “Tak sure. Sebab ofis aku jauh dengan bahagian sumber manusia. Tak apa, nanti kalau ada kerja kosong aku roger-roger kau, okey?”

“Tak kisahlah kerja apa pun. Cleaner ke… pencuci tandas ke… janji kerja. Terseksa beb hidup tanpa duit. Asyik terima duit dari kau aje. Naik segan aku.”

Rosalinda mengeleng. “Kau ni, berapa kali aku nak cakap? Aku dah anggap kau macam adik aku. Aku dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni selain kau. Walaupun kau ni tak berapa perempuan. Tapi aku tetap terima kau sebagai adik aku. Dah! Kalau kau ungkit pasal duit-duit ni lagi. Aku tak akan teragak-agak mintak kau bayar balik dengan kadar faedah 60%,” tukas Rosalinda pantas. Dia tidak kisah pun pasal hal itu. Dia sudah menganggap Rudiana seperti adiknya. Dia tidak pernah berkira dengan Rudiana.

“Wo… banyak gila! Okey, aku janji tak akan ungkit pasal ni lagi. Walau bagaimana pun aku sayang kat kau. Muah!” Rudiana melayangkan fliying kiss pada Rosalinda.

Rosalinda mencebik.

“Dahlah, aku dah lambat ni. Kalau kau lapar, kau balunlah cucur bawang ni sampai habis okey? Kalau tak cukup kau telefon aku. Nanti aku order kat abang tu hantar ke sini ya?” kata Rosalinda sambil mencapai tisu di tengah meja. Tangannya yang berminyak dilap dengan menggunakan tisu itu.

“Perlilah tu,” regus Rudiana. Namun sedikit pun dia tidak ambil hati. Dah terbiasa dengan sindiran sebegitu.

“Ni, kalau kau nak keluar beli apa-apa guna duit ni. Jangan nak mencuri pulak,” jelas Rosalinda sambil meletakkan sekeping not 50 ringgit di celah cawan Rudiana.

“Eh, tak payahlah. Duit yang kau kasi kelmarin pun ada lagi balance dua ringgit.” Serba salah Rudiana ingin menerima pemberian itu. Seolah dia anak Rosalinda pula. Terima wang saku setiap hari.

“Dah, jangan nak banyak songel. Aku tak nak kau mencuri lagi. Kalau duit tu dah habis cakap. Tapi jangan nak ambik kesempatan pulak. Sila berjimat!” pesan Rosalinda lalu melangkah ke muka pintu. Sudah tiba masanya untuk dia ke pejabat.

Rudiana tersengih gembira. Duit RM 50 tadi dicium berkali-kali. Rezeki jangan ditolak.

“Ingat! Lepas makan kemas meja tu. Basuh cawan dan pinggan kotor. Jadilah anak dara sikit!” sempat lagi Rosalinda berpesan sebelum melangkah keluar dari rumah.

“Yalah!” balas Rudiana sambil membuat muka.

***

“ROSALINDA, bos awak ada kat dalam?” tanya Fauzan sambil membimbit sebuah fail di tangan. Keterampilannya hari ini cukup kemas dan kacak.

Ya Allah, indahnya ciptaan-Nya. Kacaknya Encik Fauzan ni. Kalaulah dia jadi suami aku alangkah bahagianya hidup. Sepat lagi Rosalinda berangan berpimpin tangan menuju ke pelamin yang berkongsepkan etnik moden dengan dihiasai bunga ros merah dan putih. Semerbak bau bunga itu. Tidak ketinggalan sekuntum bunga ros di celah telinganya. Tetap nak tiru gaya Thalia dalam telenovella ‘Rosalinda’.

“Linda, awak okey ke?” tanya Fauzan hairan bila melihat Rosalinda tersengih panjang sambil mengerdipkan matanya berulang kali memandang ke arahnya.

“Huh?” Rosalinda baharu terjaga dari angannya. Aduh! Tak sempat nak majlis bertepung tawar. Detik di hatinya.

“Awak okey ke tak ni? Kalau tak okey baik awak mintak cuti,” ulang Fauzan masih hairan dengan sikap Rosalinda di hadapannya itu. Entah mengapa, setiap kali dia berhadapan dengan setiausaha pengurus besar Wasialh Landskap merangkap kawan baiknya itu, pasti gadis itu akan bersikap seperti itu. Memandangnya seolah dia tidak berbaju. Gila!

“Eh, Encik Fauzan. Ingatkan siapa tadi. Apa Encik Fauzan tanya tadi?” jawab Rosalinda dengan pertanyaan. Tesipu-sipu malu dia kerana berangan tidak bertempat tadi.

Fauzan mengeleng. “Bos awak ada?”

“Bos? Ada, baharu aje masuk. Tapi, muka dia nampak ketat. So, berhati-hati sikitlah ya?” jawab Rosalinda. Sempat dia berpesan di hujung kata-katanya. Hampir empat tahun dia menjadi setiausaha ketuanya itu. Jadi, segala corak jiwa ketuanya telah diketahui. Kalau masuk ofis dengan wajah yang mencuka. Pasti ada hal di rumah yang menyebabkan keadaan jiwa ketuanya itu tidak elok.

“Muka ketat? Kenapa ya?” tanya Fauzan dengan nada berbisik. Sekadar ingin tahu jika setiausaha kawan baiknya itu tahu apa yang telah berlaku.

“Emmm…” Rosalinda mengelamun memikirkan jawapan untuk pertanyaan Fauzan itu. “Mungkin sebab pengasuh anak dia lagi kut? Mesti dah lari pagi ni,” agak Rosalinda beria sekali.

Fazuan mengetap bibir. Menimbang jawapan Rosalinda itu. Sejak kawan baiknya itu menduda, masalah pengasuh anak-anaknyalah yang selalu membebankannya. Dan kali ini, tidak mustahil masalah itu berulang kembali. Seminggu sekali pasti kawan baiknya itu akan tertekan mencari pengasuh baharu untuk anaknya.

Diam seketika.

“Linda!” satu suara muncul. Suara yang sangat digeruni jika angin tuan punya suara itu tidak elok. Serentak Rosalinda dan Fauzan menoleh ke arah suara itu. Berkerut muka Rosalinda menahan takut jika dimaki. Ya Allah ya Tuhanku. Kau selamatkanlah hamba-Mu ini dari makian singa yang sudah menjadi naga yang garang ini. Sempat lagi dia berdoa di dalam hati.

“Ya bos!” jawab Rosalinda sambil membetulkan roman wajahnya suapaya tidak nampak ketakutan. Namun, senyuman paksanya jelas nampak janggal.

Ketuanya melangkah menghampiri mejanya. Rosalinda sudah terkulat-kulat menahan takut. Aduh! Nak kena maki ke ni? Matilah aku macam ni. Gumamnya di dalam hati.

“Saya nak awak cari sesiapa sahaja kat luar sana yang sanggup manjadi pengasuh budak. Tak kiralah siapa pun. Yang penting perempuan! Berapa tinggi pun gaji yang dia nak saya tak kisah. Saya nak awak cari sebelum pukul sepuluh pagi ni. Boleh?” arah ketuanya tegas sekali.

“Huh? Pukul sepuluh bos? Mana sempat?”

Ketuanya membengiskan wajahnya. Rosalinda tersenyum sumbing ketakutkan. “Baik bos. Saya akan cuba usahakan.”

“Saya tak nak awak cuba! Saya nak awak dapatkan. Kalau awak tak dapat cari selepas pukul sepuluh pagi. Gaji awak saya potong separuh bulan ni,” ketuanya sudah mengungut.

“Wah bos! Janganlah macam tu sekali,” celah Rosalinda. Kalau gaji aku kena potong separuh bulan ni. Aku nak bayar kereta aku macam mana?

“Kalau tak, sila cari sebelum pukul sepuluh. No Excuses!” pantas ketuanya membalas dengan wajah yang cukup garang.

Rosalinda tersentak dengan tengkingan itu. “Baik bos!” mahu tidak mahu Rosalinda terpaksa akur. Dah arahan ketuanya, masakan boleh melawan? Kalau melawan tak fasal-fasal jadi ahli kelab peminat Rudiana pula. Ahli kelab penganggaur terhormat. Tidak! Hal itu tidak boleh berlaku padanya. Dia perlu berusaha.

Ketuanya berlalu bersama Fauzan menuju ke pejabat. Rosalinda sudah mengeluh. Dengan lemah dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuknya.

“Aduh… mana aku nak cari pengasuh budak ni? Apa? Ingat nak cari pengasuh budak macam nak cari gula-gula dalam tepung ke? Setiap minggu mesti aku tertekan macam ni. Cukup dua tahun aku tertekan begini, boleh gila aku dibuatnya. Kenalah aku apply masuk Hospital Bahagia awal-awal. Takut tak cukup katil pulak. Aduh… mana aku nak cari orang ni,” omel Rosalinda sendirian. Kepalanya dipicit-picit. Mencari idea untuk menyelesaikan masalah besarnya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Ada satu jam lima belas minit sahaja lagi masa yang tinggal. Sempat ke dia nak cari pengasuh budak-budak ni?

Beberapa saat kemudian dia tersentak kecil. Seolah teringat sesuatu. Lambat-lambat senyuman mula terukir di bibirnya. Gagang telefon dicapai lalu dia membuat satu panggilan.

***

“APA hal kau moody aje ni?” tanya Fauzan sambil menutup semula daun pintu pejabat serba santai itu.

“Moody? Aku bukan moody. Aku bengang dengan anak-anak aku aje,” jawab Iskandar sambil menghempas kasar punggungnya di atas kerusi. Dadanya berombak kencang menahan bengang.

Fauzan tertawa kecil. Punggung dihenyak di atas kerusi berhadapan dengan meja Iskandar walaupun tidak dipelawa. Fail di tangan dihulur kepada Iskandar.

“Fail apa ni?” tanya Iskandar.

“Fail quotation untuk projek landskap taman rikreasi kat Taman Permas Jaya. Dia orang dah faks semalam. Aku nak kau tegok harga-harga yang aku buat. Kalau kau rasa okey baharu kau approve,” jelas Fauzan penuh dedikasi.

Iskandar hanya memandang fail itu tanpa disentuh. Keadaan jiwanya ketika ini sedang bercelaru dengan masalah anak-anaknya. Bila memikirkan tentang masalahnya itu pasti akan mengubah mood kerjanya. Pening kepala!

“Pengasuh anak kau cabut lari lagi ke?” tanya Fauzan menukar topik perbualan. Dia tahu jiwa kawan baiknya itu langsung tiada pada kerja.

Iskandar mendesah berat. “Entahlah, aku pun tak tahu bila masalah aku ni nak settle. Seminggu sekali bertukar pengasuh. Aku pun tak tahulah ikut perangai siapa budak-budak tu. Kenapalah aku yang perlu dibebani dengan masalah ni? Mama budak-budak tu pun satu. Suka hati dia aje nak bebankan aku dengan budak-budak tu. Kadang-kadang aku menyesal kerana teguhkan perinsip aku nak bercinta selepas bernikah sebelum ni. Baharu kenal sebulan, terus dah gatal nak kahwin. Belum pun sempat aku rasai malam pertama, dia dah hilangkan diri macam tu aje. Lepas tu tinggalkan bebanan pada aku. Tertekannya aku!” luah Iskandar panjang lebar.

Fauzan mengeluh halus. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dikatakan untuk mengulas masalah kawan baiknya itu. Di Wasilah Landskap dia hanya memegang jawatan sebagai Pengurus Projek. Jadi, dia tiada hak yang mutlak untuk mengulas lebih lanjut walaupun hubungan sahabat mereka terlalu akrab. Masalah yang dialami oleh Iskandar bukan masalah kecil. Dia terjebak dalam cinta paslu seorang perempuan yang sudah bergelar janda beranak dua.

“Perinsip bercinta selepas bernikah tu digalakkan Is. Mungkin kau tersilap pilih orang. Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Anak dara duduk kat rumah menunggu lelaki masuk meminang. Wanita zaman sekarang dah berkejaya. Dah berperinsip tinggi. Apa lelaki buat mereka pun nak buat. Jadi, keterbatasan sosial zaman sekarang pun semakin berkurangan. Pembohongan semakin melata. So, lepas ni kau kenalah berhati-hati nak memilih pasangan hidup,” hanya itu yang mampu Fauzan luahkan sebagai nasihat. Sebenarnya alasan ini jugalah yang akan diulang-ulang setiap kali isu ini berbangkit.

Iskandar hanya mengeluh bosan. Terkadang dia menyesal kerana mengahwini bekas isterinya enam bulan yang lalu. Perinsip punya pasal, dalam masa sebulan berkenalan terus mahu bernikah. Luarannya, bekas isterinya begitu berbudi perkerti. Mengaku anak dara sunti. Selepas majlis akad nikah selesai. Muncul dua kanak-kanak memanggil bekas isterinya ‘mama’. Hari itu juga segala tembelang bekas isterinya terbongkar. Rupanya selama ini dia telah ditipu hidup-hidup. Dia berkahwin dengan janda beranak dua. Malam itu juga jatuh talak dari mulutnya sendiri akibat rasa marahnya yang membuak kerana ditipu bulat-bulat. Selepas malam majlis akad nikah, isterinya terus menghilangkan diri. Meninggalkan dua anaknya tanpa khabar berita sehingga kini. Nak tak nak dia terpaksa menjaga anak-anak bekas isterinya itu merangkap anak-anak tirinya kini. Menduda dan menjadi ayah sebelum masanya.

“Lepas ni, sesiapa yang nak jadi pengasuh anak-anak aku, aku kan sediakan kontrak,” luah Iskandar selepas beberapa minit mendiamkan diri.

Fauzan berkerut dahi memandang Iskandar. “Kontrak? Kontrak apa?”

“Dalam kontrak tu nanti, pengasuh anak-anak aku tu tak boleh berhenti kerja sebelum tiga bulan berkerja. Tapi kalau dia cabut lari sebelum tiga bulan, dia kena bayar balik gaji dia dua kali ganda pada aku. Dan kena duduk kat rumah aku,” jawab Iskandar.

Fauzan angguk akur. Idea ketuanya itu di anggap bernas. “Tapi kau kan nak pengasuh perempuan. Kau tak takut kena tangkap khalwat sebab duduk serumah?” Fauzan membangkitkan kemungkinan yang pasti akan berlaku. Masakan lelaki dan wanita bukan muhrim boleh duduk serumah? Walaupun tidur di bilik yang berasingan dan mereka tidak melakukan apa-apa, masyarakat tetap memandang berat akan hal ini.

Iskandar mengeluh berat. Dia tidak terfikir akan hal itu. Dia kembali kebingungan.

***

RUDIANA tergelak besar menonton DVD yang telah dibeli oleh Rosalinda malam tadi. Cerita komedi itu benar-benar mencuit hatinya. Seketul demi seketul cucur bawang yang dibuat oleh Rosalinda pagi tadi disumbat ke dalam mulut. Namun, fokusnya terganggu bila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Lekas dia mencapai alat gajet itu lalu butang hijau ditekan.

“Waalaikumussalam, ha Linda. Apa hal?”

Diam.

“Ada kerja kosong kat opis kau?

Diam. Hanya suara dari televisyen sahaya menjadi latar bunyi ketika ini.

“Apa? Pengasuh budak???” tanya Rudiana terkejut. Membuntang matanya. Terlopong mulutnya. Cucur bawang di tangannya yang sebelah lagi terlepas dengan sendirinya lalu jatuh bergolek ke bawah sofa.

← NEWER
OLDER →